Perjanjian Lama 2022
24–30 Oktober. Yehezkiel 1–3; 33–34; 36–37; 47: “Aku Akan Memberi Kamu [Roh] Baru”


“24–30 Oktober. Yehezkiel 1–3; 33–34; 36–37; 47: ‘Aku Akan Memberi Kamu [Roh] Baru,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“24–30 Oktober. Yehezkiel 1–3; 33–34; 36–37; 47,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Yesus sedang membimbing domba

Come, Follow Me (Ikutlah Aku), oleh Scott Sumner

24–30 Oktober

Yehezkiel 1–3; 33–34; 36–37; 47

“Aku Akan Memberi Kamu [Roh] Baru”

Kata-kata Yehezkiel telah dipelihara oleh Tuhan untuk tujuan yang bijaksana dan boleh memberkati ahli kelas anda. Renungkan hal ini semasa anda mengkaji tulisan Yehezkiel pada minggu ini.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Orang yang mendengar Yehezkiel merasakan kata-katanya penuh “cinta” dan “merdu”, “tetapi tidak mentaatinya” (lihat Yehezkiel 33:30–33). Ahli kelas boleh berkongsi petikan Yehezkiel yang mengilhami mereka untuk melakukan sesuatu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yehezkiel 34

Tuhan menjemput kita untuk menggembalakan domba-Nya.

Untuk membantu ahli kelas mencari maksud peribadi dalam Yehezkiel 34, anda boleh menulis di papan tulis situasi yang mungkin dihadapi oleh mereka, seperti membuat persediaan untuk pelayanan misi, membesarkan anak atau menerima tugasan pelayanan. Ahli kelas boleh memilih salah satu daripada situasi ini untuk direnungkan semasa mereka membaca Yehezkiel 34:1–10 dengan senyap. Berdasarkan ayat-ayat ini, jemput mereka untuk berkongsi nasihat yang mereka akan berikan kepada seseorang dalam situasi pilihan mereka. Apakah maksudnya menjaga kepentingan diri sendiri dan bukan domba-bomba Tuhan? Bagaimanakah kita boleh menjadi gembala seperti Juruselamat? (lihat ayat 11–16).

Anda boleh menanya soalan yang membantu ahli kelas merenungkan lambang dalam Yehezkiel 34:11–31. Misalnya, apakah “rumput yang hijau” dan “padang yang tenteram” mewakili dalam ayat 14? Apakah perbezaan antara domba yang “hilang” dan mereka yang “sesat”? (ayat 16). Bagaimanakah Juruselamat menyelamatkan kedua-dua kumpulan domba ini? Ahli kelas boleh berkongsi lambang lain yang ditemui oleh mereka dalam ayat-ayat ini dan membincangkan apa yang lambang ini ajarkan mereka tentang Yesus Kristus.

Yehezkiel 37

Tuhan mengumpulkan umat-Nya dan memberi mereka kehidupan baharu.

  • Dengan membaca Yehezkiel 37 dan memikirkan tentang janji Tuhan untuk mengumpulkan orang Israel, kita boleh memahami maksud pengumpulan ini dan bagaimana mengambil bahagian dalamnya. Untuk membantu ahli kelas, anda boleh menulis di papan tulis soalan seperti Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh Tuhan melalui pengumpulan orang Israel? Bagaimanakah Dia mencapai matlamat ini? Anda boleh meminta separuh daripada ahli kelas membaca Yehezkiel 37:1–14 dan yang lain membaca Yehezkiel 37:15–28 semasa mereka mencari pemahaman dalam dua petikan ini untuk menjawab soalan. Penjelasan tentang kayu Joseph dan Yehuda yang disebut dalam ayat 16–19 mewakili Kitab Mormon serta Alkitab turut membantu. Semasa ahli anggota kelas berkongsi jawapan, galakkan mereka untuk membincangkan peranan mereka dalam pengumpulan orang Israel zaman akhir.

padang pasir dan Laut Mati

Yehezkiel telah menerima penglihatan sungai mengalir dari bait suci dan menyembuhkan Laut Mati.

Yehezkiel 47:1–12

Bait suci membawa kepada penyembuhan rohani.

  • Gambar-gambar dapat membantu ahli kelas memahami penglihatan yang dijelaskan dalam Yehezkiel 47:1–12. Misalnya, anda boleh menunjukkan gambar bait suci, sungai, padang pasir dan Laut Mati (lihat imej pada panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga serta Foto Alkitab, no.3, “Padang Belantara Yudea”). Jelaskan Laut Mati sangat masin sehingga ikan dan tumbuhan pun tidak dapat hidup di dalam laut tersebut. Ahli kelas boleh membaca ayat 1–12 dan berkongsi perkara yang mengagumkan mereka tentang air yang dijelaskan dalam penglihatan ini (lihat juga Wahyu 22:1 dan pernyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Mereka juga boleh melukis gambar mengenai penglihatan Yehezkiel. Apakah yang air mengalir ini melambangkan? Apakah yang pokok dalam ayat 12 mewakili? Ahli kelas boleh berkongsi bagaimana bait suci dan berkatnya telah membawakan mereka kehidupan dan penyembuhan secara rohani.

ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Berkat bait suci boleh menyembuhkan kita.

Merujuk kepada air yang mengalir dari bait suci dalam penglihatan Yehezkiel (lihat Yehezkiel 47:1–12), Elder Dale G. Renlund berkata:

“Terdapat dua ciri penting tentang air itu. Pertama, walaupun aliran kecil itu tidak mengalir ke anak sungai, ia menjadi sungai besar, dan semakin jauh ia mengalir, ia menjadi lebih luas dan mendalam. Perkara yang serupa berlaku dengan berkat-berkat yang mengalir dari bait suci apabila individu-individu dimeteraikan sebagai keluarga. Pertumbuhan bermakna berlaku sepanjang generasi apabila tatacara-tatacara pemeteraian menyatukan keluarga bersama.

“Kedua, air sungai itu memperbaharui semua yang ia sentuh. Berkat-berkat bait suci juga mempunyai keupayaan untuk menyembuh. Berkat-berkat bait suci boleh menyembuhkan hati dan kehidupan dan keluarga” (“Sejarah Keluarga dan Pekerjaan Bait Suci: Pemeteraian dan Penyembuhan”, Liahona, Mei 2018, 47–48.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu orang lain menerima Roh. “Kadang-kadang pengajar mungkin berfikir bahawa pengetahuan atau kaedah atau keperibadian pengajar yang mengilhami para pelajar. … Tujuan anda sebagai seorang pengajar bukan untuk membuat pembentangan yang hebat, tetapi untuk membantu orang lain menerima pengaruh Roh Kudus” (Teaching in the Savior’s Way, 10).