Perjanjian Lama 2022
17–23 Oktober. Yeremia 30–33; 36; Ratapan 1; 3: “Aku Akan Mengubah Kedukaan Mereka Menjadi Kesukaan”


“17–23 Oktober. Yeremia 30–33; 36; Ratapan 1; 3: ‘Aku Akan Mengubah Kedukaan Mereka Menjadi Kesukaan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“17–23 Oktober. Yeremia 30–33; 36; Ratapan 1; 3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
ukiran nabi Yeremia

The Cry of Jeremiah the Prophet (Tangisan Nabi Yeremia), daripada ukiran oleh Sekolah Orang Nasrani

17–23 Oktober

Yeremia 30–33; 36; Ratapan 1; 3

“Aku Akan Mengubah Kedukaan Mereka Menjadi Kesukaan”

Renungkan tanggapan yang anda terima semasa pengkajian peribadi anda mengenai Yeremia dan Ratapan. Apakah petikan daripada bab-bab ini yang anda rasa bermakna bagi ahli kelas?

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli kelas berkongsi perkara yang mereka pelajari daripada pengkajian kitab suci mereka, anda boleh menulis di papan tulis frasa seperti Saya telah mempelajari…, Saya mempunyai kesaksian tentang…, atau Saya telah mengalami… Ahli kelas boleh berkongsi sesuatu daripada Yeremia atau Ratapan untuk melengkapkan kenyataan ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yeremia 30–31; 33; Ratapan 1:1–7; 3:1–5

Tuhan akan melepaskan orang Israel daripada penawanan dan mengumpulkan mereka.

  • Pesanan harapan dalam nubuat Yeremia boleh memberi harapan kepada ahli kelas dalam situasi mereka sendiri. Ahli kelas boleh menjelaskan situasi yang mungkin menyebabkan orang-orang pada zaman ini berasa kecewa seperti orang-orang pada zaman Yeremia rasakan (lihat Yeremia 30:5; 31:15; Ratapan 1:1–7; 3:1–5; dan petikan dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Anda kemudiannya boleh membahagikan ahli kelas kepada tiga kumpulan dan menjemput setiap kumpulan menyemak Yeremia 30; 31; dan 33 untuk mencari pesanan yang boleh membawa harapan kepada orang-orang pada hari ini. Bagaimanakah harapan terhadap Tuhan telah membantu kita bertahan percubaan?

Yeremia 31:31–34; 32:37–42

“Mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Tuhan mereka”.

  • Ahli kelas anda boleh menyemak Yeremia 31:31–34; 32:37–42 untuk merenungkan perjanjian yang mereka telah buat. Satu cara untuk mendorong perbincangan ayat-ayat ini adalah dengan memberi ahli kelas beberapa minit untuk membaca ayat-ayat itu, kemudian tuliskan soalan-soalan mereka di atas kertas. Misalnya, mereka ingin bincangkan maksud hukum Tuhan tertulis pada hati kita (lihat Yeremia 31:33) atau bagaimana perjanjian membantu kita mengenal Tuhan (lihat Yeremia 31:34). Anda boleh mengumpulkan soalan dan memilih beberapa soalan untuk dibincangkan bersama. Apakah yang kita pelajari daripada ayat-ayat ini yang mengilhami kita untuk berani dalam mematuhi perjanjian kita?

Imej
seorang perempuan sedang mengkaji tulisan suci

Tulisan suci boleh mengilhami kita untuk bertaubat dan berpaling kepada Tuhan.

Yeremia 36

Tulisan suci mempunyai kuasa untuk memalingkan kita daripada kejahatan.

  • Ahli kelas anda boleh memperoleh pandangan mengenai tulisan suci apabila mereka mempelajari Yeremia 36 di rumah. Jemput mereka untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari. Anda juga boleh menugaskan kepada ahli kelas nama seseorang dalam bab ini dan menjemput mereka untuk membaca tentang apa yang orang itu lakukan terhadap firman Tuhan. Ahli kelas boleh mempelajari tentang firman dan tindakan Tuhan (lihat ayat 1–3, 27–31); Yeremia (lihat ayat 4–7, 32); Barukh (lihat ayat 4, 8–10, 14–18); Yehudi dan Raja Yoyakim (lihat ayat 20–26); serta Elnatan, Delaya dan Gemanya (lihat ayat 25). Bagaimanakah firman dan tindakan kita menunjukkan perasaan kita terhadap tulisan suci?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Anda sentiasa boleh menaruh harapan.

Presiden M.Russell Ballard telah menyebut beberapa situasi yang boleh menyebabkan sesetengah orang berputus harapan dan dia telah memberi nasihat tentang mencari harapan:

“Sebilangan daripada kita mungkin mendapati hidup kita dibebani kekecewaan dan kesedihan. Ramai yang merasa tidak berdaya untuk menangani keadaan kelam-kabut yang berleluasa di dunia ini. Yang lain pula berasa pedih disebabkan ahli keluarga yang telah dihanyut ke hilir sungai oleh ombak deras yang merosakkan nilai, menjejaskan standard moral. … Ramai yang telah menerima hakikat bahawa kejahatan dan kekejaman di dunia tidak lagi dapat diperbaiki. Mereka telah putus harapan.…

“…Sesetengah kita mungkin telah kehilangan semua harapan disebabkan dosa dan pelanggaran. Seseorang boleh menjadi sangat terjebak dalam hal-hal dunia sehingga dia tidak melihat jalan keluar dan kehilangan semua harapan. Permintaan saya kepada semua yang telah terjerat dalam perangkap musuh ini agar jangan berputus asa! Tidak kira keadaan mereka menjadi seberapa terdesak atau seberapa kecewa, harap percayalah, anda sentiasa boleh menaruh harapan. Sentiasa” (“The Joy of Hope Fulfilled,” Ensign, Nov. 1992, 31–32).

Satu-satunya harapan yang mudah untuk kita mendapat keselamatan rohani sepanjang tempoh sukar ini adalah dengan memalingkan minda dan hati kita kepada Yesus Kristus. … Iman terhadap Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus adalah sangat penting untuk kita mengekalkan perspektif yang seimbang sepanjang tempoh percubaan dan kesukaran” (“The Joy of Hope Fulfilled”, 32).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengikut Roh. Anda tidak boleh meramalkan bagaimana setiap pembelajaran akan berjalan, tetapi apabila anda mendengar dorongan Roh, Dia akan membimbing pelajaran anda. Apabila anda bersedia secara rohani, Tuhan akan memberi anda “pada saat yang tepat, apa yang harus kamu katakan” (Ajaran dan Perjanjian 100:6; lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 10).

Cetak