Perjanjian Lama 2022
10–16 Oktober. Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20: “Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau]”


“10–16 Oktober. Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20: ‘Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau],’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“10–16 Oktober. Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

nabi sedang bercakap dengan orang ramai

Jeremiah (Yeremia), oleh Walter Rane

10–16 Oktober

Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20

“Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau]”

Semasa mengkaji, fikirkan tentang ahli kelas anda dan dapatkan bimbingan Roh untuk mengetahui pesanan yang paling penting bagi mereka.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Salah satu cara anda boleh menggalakkan perkongsian adalah dengan menjemput ahli kelas menulis di atas sekeping kertas kebenaran injil yang mereka pelajari sepanjang pengkajian mereka tentang Yeremia pada minggu ini. Kemudian anda boleh mengumpulkan kepingan kertas tersebut dan memilih beberapa kebenaran untuk dibincangkan dalam kelas. Bagaimanakah tulisan Yeremia membantu kita memahami kebenaran ini?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yeremia 1:4–19

Para nabi telah dipanggil untuk mengucapkan firman Tuhan.

  • Anda boleh memulakan perbincangan mengenai panggilan Yeremia sebagai nabi dengan memaparkan gambar seorang nabi hidup dan meminta ahli kelas berkongsi cara mereka tahu nabi telah dipanggil oleh Tuhan. Anda juga boleh meminta mereka berkongsi cara mereka telah membantu orang lain untuk mengetahui tentang kebenaran yang penting ini. Bagaimanakah pengetahuan ini memberkati kehidupan kita? Ahli kelas boleh menyenaraikan di papan tulis perkara yang mereka pelajari tentang nabi daripada Yeremia 1:4–19. Apakah yang nabi zaman kita “mencabut” atau “menjatuhkan”? Apakah yang mereka “membina” dan “menegakkan”? (ayat 10).

  • Jemput ahli kelas untuk berkongsi perkara yang Yeremia tahu tentang dirinya dalam Yeremia 1:5. Bagaimanakah pengetahuan ini telah mempengaruhi pelayanannya? Ahli kelas boleh membaca pernyataan ini dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan tulisan suci berikut yang menyokong kebenaran ini: Alma 13:1–4; Ajaran dan Perjanjian 138:53–56; Abraham 3:22–23. Bagaimanakah kebenaran kehidupan pra-fana kita mempengaruhi cara kita menjalani kehidupan fana kita?

seseorang sedang berdiri di perigi purbakala

Orang Israel purba telah menggunakan perigi untuk menyimpan air yang berharga.

Yeremia 2; 7

“Mereka meninggalkan Aku, sumber air pemberi hidup kepada manusia”.

  • Untuk mendorong perbincangan tentang Yeremia 2:13, anda boleh melukis sebuah perigi (takungan bawah tanah yang besar) dan sebuah air pancut (seperti mata air semula jadi) di papan tulis. Ahli kelas kemudian boleh membaca Yeremia 2:13 dan membincangkan mengapa mendapatkan air daripada air pancut adalah lebih baik daripada mengorek perigi. Apakah yang sama dari segi rohani, dengan membina perigi yang bocor? Anda boleh menjemput ahli kelas membaca ayat daripada Yeremia 2 dan7 serta berkongsi beberapa cara orang Israel telah meninggalkan “sumber air pemberi hidup kepada manusia” (lihat, misalnya, Yeremia 2:26–28; 7:2–11). Mengapakah “sumber air pemberi hidup” merupakan lambang mewakili kurniaan Juruselamat kepada kita?

Yeremia 3:14–18; 16:14–15

Tuhan akan mengumpulkan umat-Nya.

  • Oleh kerana Yeremia membandingkan pengumpulan zaman akhir orang Israel dengan pembebasan orang Israel dari Mesir melalui Musa, anda boleh menunjukkan sebuah gambar tentang Keluaran (lihat panduan bulan April 4–10 dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jemput ahli kelas untuk membincangkan bagaimana Keluaran bermakna bagi orang Israel generasi demi generasi. Ahli kelas kemudiannya boleh membaca Yeremia 16:14–15 dan membincangkan cara pengumpulan zaman akhir orang Israel akan menjadi lebih penting untuk umat Tuhan Yeremia 3:14–18). Ahli kelas yang telah menyemak “Harapan Israel” semasa pengkajian peribadi mereka boleh berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang kepentingan pengumpulan orang Israel (lihat Russell M. Nelson dan Wendy W. Nelson, “Harapan Israel” [pertemuan rohani sedunia, 3 Jun 2018], tambahan kepada New Era dan Ensign, Ogos 2018, 2–17, ChurchofJesusChrist.org). Atau anda boleh berkongsi sebahagian pesanan itu dengan ahli kelas. Bagaimanakah orang Israel dikumpulkan di kawasan kita?

ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Bapa Syurgawi mengenali anda.

Presiden Russell M. Nelson mengajar:

“Roh anda adalah entiti yang abadi. Tuhan berkata kepada nabi-Nya Abraham: “Engkau telah dipilih sebelum engkau dilahirkan” [Abraham 3:23]. Tuhan berkata sesuatu yang serupa mengenai Yeremia [lihat Yeremia 1:5] dan banyak yang lain [lihat Alma 13:2–3]. Dia juga berkata serupa mengenai anda [lihat Ajaran dan Perjanjian 138:55–56].

“Bapa Syurgawi anda telah mengenali anda untuk jangka masa yang sangat lama. Anda, sebagai anak lelaki-Nya atau perempuan-Nya, telah dipilih untuk datang ke bumi pada saat ini, untuk menjadi pemimpin dalam pekerjaan agung-Nya di dunia. Anda telah dipilih bukannya atas ciri-ciri badan anda tetapi untuk sifat-sifat rohani, seperti keberanian, kesempurnaan, akhlak hati, keinginan untuk kebenaran dan kebijaksanaan dan hasrat untuk melayani orang lain.

“Anda membina beberapa sifat-sifat ini di pra-fana. Yang lain anda boleh membina di dunia apabila anda sentiasa mencarinya” (“Keputusan-keputusan demi Kekekalan,” Liahona, Nov. 2013, 107).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Patuhi injil dengan seluruh hati anda. Anda akan menjadi pengajar seperti Kristus apabila anda memeluk dan mematuhi injil setiap hari dalam hidup anda. Pengajaran seperti Kristus tidak memerlukan anda untuk menjadi sempurna—hanya mencuba dan terus mencuba. Apabila anda berusaha dengan tekun dan meminta keampunan apabila usaha anda tidak berhasil, anda boleh menjadi pengikut Kristus yang Dia menginginkan anda untuk menjadi. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 13–14.)