“26 September–2 Oktober. Yesaya 50–57: ‘Penderitaan Kitalah yang Ditanggung-Nya, Penyakit Kitalah yang Diderita-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“26 September–2 Oktober. Yesaya 50–57,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
26 September–2 Oktober
Yesaya 50–57
“Penderitaan Kitalah yang Ditanggung-Nya, Penyakit Kitalah yang Diderita-Nya”
Perkara yang terpenting semasa membuat persediaan untuk mengajar adalah untuk membaca dan merenungkan tulisan suci. Apakah perasaan anda dan perkara yang anda pelajari semasa membaca Yesaya 50–57?
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk mendorong ahli kelas berkongsi pengalaman mereka semasa membaca Yesaya 50–57, anda boleh menulis di papan tulis ayat seperti Iman saya terhadap Yesus Kristus telah diperkukuhkan apabila saya membaca… jemput ahli kelas berkongsi cara mereka akan melengkapkan ayat ini.
Mengajar Ajaran
Cerah masa depan umat Tuhan.
-
Ada masanya kita merasa lemah. Untuk membantu ahli kelas bergantung pada kekuatan Tuhan, anda boleh menugaskan mereka untuk membaca beberapa ayat daripada Yesaya 51–52 dan berkongsi perkara yang mereka temui yang akan mengukuhkan seseorang yang berasa lemah atau tawar hati. Anda juga boleh menekankan bahawa Juruselamat yang bangkit telah mengulangi kata-kata Yesaya kepada bangsa di Benua Amerika (lihat 3 Nefi 20:32–45). Apakah firman Juruselamat dalam 3 Nefi 20:30–34 tambahkan kepada pemahaman kita tentang waktu nubuat-nubuat ini akan digenapi?
-
Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan agar menyenaraikan semua perkara dalam Yesaya 50–52 yang Tuhan jemput umat-Nya untuk lakukan. Ahli kelas boleh berkongsi perkara yang mereka temui dan bincangkan maksud jemputan ini bagi mereka. Anda boleh tumpukan pada jemputan dalam Yesaya 51:1–2, 6–8; 52:1–3, 9–11. Bagaimanakah kita boleh bertindak atas jemputan ini? Anda boleh menunjukkan bahawa Ajaran dan Perjanjian 113:7–10 menyediakan penjelasan yang mengilhamkan tentang Yesaya 52:1–2. Apakah petikan-petikan ini menambah pemahaman kita?
Yesus Kristus mengambil ke atas diri-Nya semua dosa dan kesakitan kita.
-
Untuk membantu ahli kelas menggambarkan kata-kata Yesaya dalam Yesaya 53, anda boleh menunjukkan beberapa gambar tentang peristiwa Korban Tebusan Yesus Kristus (lihat Buku Seni Injil, no. 56–60). Anda kemudian boleh meminta ahli kelas untuk mencari frasa dalam Yesaya 53 yang menjelaskan peristiwa dalam gambar tersebut. Apakah yang kata-kata Yesaya ajarkan tentang penderitaan Juruselamat untuk kita? Apakah yang dicadangkan dalam petikan ini tentang sebab Tuhan menderita untuk kita? Apakah ajaran-ajaran ini mengilhami kita untuk lakukan?
-
Untuk menjemput Roh Kudus bersaksi tentang kebenaran dalam Yesaya 52:13–15; 53, anda boleh meminta ahli kelas untuk membaca ayat-ayat ini dengan senyap semasa anda memainkan lagu rohani tentang Korban Tebusan Yesus Kristus. Jemput ahli kelas mencari perkataan atau frasa dalam tulisan suci yang mereka rasa sangat penting. Kemudian, beri peluang kepada mereka untuk berkongsi pandangan dan perasaan mereka terhadap Juruselamat. Pertimbangkan juga untuk menjemput ahli kelas membaca Mosia 15:10–12, di mana Abinadi telah menjelaskan maksud frasa “keturunan-Nya”. Bagaimanakah ini membantu kita memahami Yesaya 53:10?
Yesus Kristus menginginkan kita kembali kepada-Nya.
-
Mengkaji Yesaya 54 boleh mengilhami ahli kelas yang berasa tawar hati kerana dosa atau kelemahan mereka. Anda boleh menjemput ahli kelas untuk mencari dalam bab 54 frasa atau ayat yang menunjukkan perasaan Juruselamat terhadap kita. Apakah yang Dia mahu kita rasa tentang dosa dan kelemahan masa lalu kita? Bagaimanakah Dia mahu kita merasai tentang-Nya? Galakkan ahli kelas berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus daripada bab ini. Penyataan Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh ditambah dalam perbincangan anda.
Sumber-sumber Tambahan
Melalui Yesus Kristus kita boleh memperoleh harapan.
Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar:
“Betapa hancurnya kehidupan kita itu tidak penting. Betapa merah marak dosa kita, betapa pahit hati kita, betapa sunyi, perasaan ditinggalkan, atau pecah hati kita tidak penting. Mereka yang tanpa harapan, mereka yang berputus asa, mereka yang memperdayakan keyakinan, menyerahkan integriti, atau sudah tinggalkan Tuhan boleh bangun semula.…
“Berita baik Injil ialah ini: kerana rancangan abadi kegembiraan yang disediakan oleh Bapa Syurgawi dan melalui korban tak terbatas Yesus Kristus, kita tidak hanya boleh ditebus daripada keadaan berdosa dan dipulihkan kepada kekudusan, tetapi kita juga boleh berkembang melebihi imaginasi manusia dan menjadi waris kehidupan abadi dan mengambil bahagian dalam kemuliaan Tuhan yang tidak dapat dihuraikan” (“Dia Akan Memikulmu Di Atas Bahu-Nya Dan Membawa Anda Pulang”, Liahona, Mei 2016, 102).