“19–25 September, Yesaya 40–49: ‘Hiburkanlah Umat-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“19–25 September, Yesaya 40–49,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
19–25 September
Yesaya 40–49
“Hiburkanlah Umat-Ku”
Sesetengah orang mungkin teragak-agak untuk berkongsi pandangan mereka di dalam kelas kerana merasakan mereka tidak begitu mahir dengan tulisan suci. Bagaimanakah anda boleh membantu semua ahli kelas merasakan bahawa pandangan rohani mereka dihargai?
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Pertimbangkan untuk menulis soalan berikut di atas papan tulis: Apakah yang Roh ajarkan anda semasa anda mengkaji Yesaya 40–49? Ahli kelas boleh merenungkan soalan ini serta menulis jawapan, dan beberapa ahli kelas boleh berkongsi pendapat mereka.
Mengajar Ajaran
Yesus Kristus boleh menghiburkan kita dan memberi kita harapan.
-
Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk mencari pesanan tentang penghiburan dan harapan dalam Yesaya 40–49 serta menyenaraikan beberapa petikan untuk bermula. Anda boleh meminta ahli kelas berkongsi pesanan yang mereka temui. Galakkan mereka untuk membincangkan sebab-sebab pesanan ini telah membantu orang Yahudi dalam penawanan dan bagaimana ia boleh membantu kita pada hari ini. Anda juga boleh berkongsi petikan yang anda temui dalam pengkajian peribadi anda. Apakah yang Tuhan mahu kita mengetahui tentang-Nya? Bagaimanakah Dia menghiburkan kita? Anda boleh mengingatkan ahli kelas bahawa “Tuhan” dalam Perjanjian Lama merujuk kepada Yehovah atau Yesus Kristus.
-
Lagu rohani “Teguhlah Landasan” (Nyanyian Rohani, no. 28) memetik kata-kata Yesaya dalam Yesaya 41:10; 43:2–5; 46:4. Setelah membaca tulisan suci ini dan menyanyikan lagu rohani, ahli kelas boleh bercakap tentang masa mereka merasakan Tuhan bersama mereka dan bagaimana pengalaman ini membantu mereka untuk “tidak takut”.
Yesaya 40:1–3, 9–11; 43:8–13; 48:20–21; 49:1–9
“Kamulah saksi-Ku.”
-
Apakah maksudnya untuk menjadi “saksi” Tuhan? Ahli kelas boleh merenungkan soalan ini semasa membaca satu atau beberapa daripada petikan yang berikut: Yesaya 40:1–3, 9–11; 48:20–21; 49:1–9. Pernyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan” turut menyediakan jawapan. Apakah “khabar baik” yang kita kongsi sebagai saksi Tuhan? Apakah yang ayat-ayat ini membantu kita agar “tidak takut” untuk berkongsi kesaksian kita? (Yesaya 40:9). Ahli kelas boleh bercakap tentang peluang mereka untuk menjadi saksi Tuhan dan bagaimana kesaksian mereka boleh memberkati orang lain.
-
Untuk membantu ahli kelas menerapkan ajaran-ajaran dalam Yesaya 43:8–13, anda boleh menjemput mereka untuk membayangkan bahawa mereka telah dipanggil ke kandang saksi dalam perbicaraan mahkamah. Dalam perbicaraan ini, Yesus Kristus telah didakwa membuat tuntutan yang tercatat dalam Yesaya 43:11. Jika kita telah dipanggil sebagai saksi untuk menyokong tuntutan Yesus (lihat ayat 10), apakah kesaksian yang boleh kita tawarkan? Apakah bukti daripada kehidupan kita yang akan kita kemukakan?
Tuhan boleh menyempurnakan kita melalui kesengsaraan kita.
-
Ahli kelas boleh membincangkan bagaimana ucapan Elder Quentin L. Cook ini membantu kita memahami Yesaya 48:10: “Kualiti perwatakan dan kesolehan yang diperoleh melalui kesusahan menyempurnakan dan memurnikan kita” (“The Songs They Could Not Sing,” Liahona, Nov. 2011, 106). Mereka juga boleh membincangkan bagaimana “kesusahan” mereka telah membantu menyempurnakan mereka secara rohani. Bagaimanakah Yesaya 49:13–16 membantu kita apabila menghadapi kesusahan?
Sumber-sumber Tambahan
Berdiri sebagai seorang saksi.
Presiden Margaret D. Nadauld telah menjelaskan maksud “berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat“ (Mosia 18:9):
“Dengan berdiri sebagai saksi di segala waktu, kita berjanji untuk mengasihi Tuhan, untuk menghormati-Nya sepanjang masa—siang dan malam, musim panas dan musim sejuk, pada masa yang baik dan masa yang buruk—mengasihi Tuhan dan menunjukkan kasih itu melalui cara kita hidup …
“Berdiri sebagai saksi dalam segala hal bermaksud semua perkara—perkara yang besar, perkara yang kecil, dalam semua perbualan, jenaka, dalam permainan yang dimainkan dan buku yang dibaca dan muzik yang didengar, dalam perjuangan yang disokong, dalam pelayanan yang diberikan, dari segi pakaian yang dipakai, orang yang dijadikan kawan.…
“Akhir sekali, kita mengatakan bahawa kita akan berdiri sebagai saksi di segala tempat. Itu bermaksud bukan sahaja di tempat awam tetapi di tempat persendirian, di tempat yang sulit, gelap atau terang; di dalam gereja, sekolah, rumah atau kereta; di tempat yang bergunung atau tepi pantai; di atas jalan atau di taman.…
“Apabila kita memikirkan kehebatan kurniaan [Juruselamat] kepada kita, apakah perkara kecil yang boleh kita lakukan untuk-Nya dan untuk Bapa Syurgawi kita yang telah mengutus-Nya? Kita boleh berdiri sebagai saksi kasih dan ajaran Mereka di segala masa, dalam segala hal dan di segala tempat” (“Stand as a Witness”, Ensign, Mei 2000, 93, 95).