Perjanjian Lama 2022
12–18 September. Yesaya 13–14; 24–30; 35: “Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban”


“12–18 September. Yesaya 13–14; 24–30; 35: ‘Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“12–18 September. Yesaya 13–14; 24–30; 35,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
Joseph Smith melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus di Hutan Kudus

Sacred Grove (Hutan Kudus), oleh Brent Borup

12–18 September

Yesaya 13–14; 24–30;35

“Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban”

Sebelum anda membantu orang lain mencari kebenaran dalam kitab Yesaya, anda perlu mencari kebenaran bagi diri anda sendiri. Dalam pengkajian minggu ini, pertimbangkan untuk menekankan kebenaran yang mengagumi anda di dalam kelas.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan ahli kelas berkongsi perkara yang telah dipelajari daripada Yesaya, anda boleh menanyakan bagaimana mereka akan menjawab penyataan seperti, “Kitab Yesaya terlalu sukar untuk difahami”. Apakah yang membantu kita mencari maksud ajaran-ajaran Yesaya? Apakah petikan tulisan suci yang mengilhami kita?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yesaya 24:21–23; 25:6–8; 26:19; 28:16

Tulisan Yesaya membimbing kita kepada Yesus Kristus.

  • Seperti Nefi, ahli kelas anda mungkin berasa sukacita tentang kesaksian Yesaya mengenai Yesus Kristus (lihat 2 Nefi 11:2). Anda boleh meminta mereka berkongsi mana-mana ayat yang mereka temui bacaan mereka pada minggu ini yang telah mengajar mereka tentang Juruselamat. Atau anda boleh menjemput ahli kelas untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus daripada Yesaya 24:21–23; 25:6–8; 26:19; 28:16 atau ayat-ayat lain yang anda temui dalam pengkajian anda. Mengapakah kebenaran-kebenaran ini berharga bagi kita?

    Imej
    Yesus berbaju merah

    He Comes Again to Rule and Reign (Dia Datang Kembali untuk Menguasai dan Memerintah), oleh Mary R. Sauer

Yesaya 24:1–5; 28:1–8; 29:7–10; 30:8–14

Kemurtadan bermaksud berpaling daripada Tuhan dan para nabi-Nya.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk merenungkan beberapa metafora yang Yesaya gunakanuntuk menggambarkan akibat berpaling daripada Tuhan dan menolak nabi-Nya. Jemput ahli kelas untuk berkongsi perkara yang telah dipelajari oleh mereka. Atau anda boleh menjemput mereka untuk menyemak petikan berikut: Yesaya 24:1–5; 28:7–8; 29:7–10; 30:8–14. Berdasarkan pembacaan mereka, mereka boleh melengkapkan ayat ini: “Jika kita berpaling daripada Tuhan, kita adalah seperti …” Apakah yang boleh kita lakukan untuk kekal setia kepada Tuhan dan mengelakkan kemurtadan? (Lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk cadangan.) Bagaimanakah Tuhan memberkati mereka yang kekal setia kepada-Nya?

  • Untuk memulakan perbincangan tentang sikap dan tingkah laku yang mengakibatkan kemurtadan, anda boleh menjemput ahli kelas mencari Yesaya 24:1–5; 28:1–8; 29:7–10; 30:8–14. Minta mereka mencari perkara yang difikirkan dan dilakukan oleh orang ramai pada zaman Yesaya. Tulis label amaran di papan tulis Amaran: Sikap dan tingkah laku yang berikut boleh mengakibatkan kemurtadan. Ahli kelas boleh menyenaraikan di papan tulis perkara yang mereka temui dalam ayat-ayat ini. Berikan mereka peluang untuk berkongsi cara mereka melindungi diri mereka atau keluarga mereka daripada kemurtadan.

Yesaya 29:13–24; 30:18–26;35

Tuhan boleh memulihkan benda yang hilang atau rosak.

  • Berikut ialah soalan yang boleh anda tuliskan di papan tulis, yang membantu ahli kelas merenungkan Yesaya 29: Bagaimanakah tulisan Yesaya berkaitan dengan Pemulihan injil pada zaman kita? Galakkan mereka untuk memikirkan tentang soalan ini semasa mereka membaca Yesaya 29:13–24 secara senyap. Jika mereka memerlukan bantuan, mereka juga boleh merujuk petikan ini: 2 Nefi 27:6–26; Joseph Smith—Sejarah 1:17–19, 63–65. Selepas mereka membincangkan tentang soalan di papan tulis, mereka boleh membincangkan mengapa perkataan “mengejutkan” dan “tidak disangka-sangka” (Yesaya 29:14) merupakan perkataan yang bagus untuk menjelaskan Pemulihan injil. Apakah yang kita belajar tentang Pemulihan daripada “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia”? (ChurchofJesusChrist.org).

  • Bab 30 dan35 Yesaya mengandungi petikan yang boleh lebih mengilhami iman terhadap kuasa Tuhan untuk memberkati mereka yang berpaling kepada-Nya. Untuk membantu ahli kelas, anda boleh menjemput mereka mengkaji sama ada Yesaya 30:18–26 atau Yesaya 35. Minta mereka berkongsi perkataan atau frasa yang mereka temui, yang boleh membantu seseorang berpaling kepada Tuhan untuk penebusan.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kekal setia kepada Tuhan dan Gereja-Nya.

Presiden M. Russell Ballard telah memberikan nasihat berikut untuk membantu kita kekal setia kepada Tuhan dan Gereja-Nya:

“Kita perlu mengalami perubahan hati berterusan dengan meningkatkan iman kita terhadap Yesus Kristus dan kesetiaan kita kepada injil-Nya dalam hidup kita. [lihat Alma 5:26].…

“…Firman Tuhan terdapat dalam tulisan suci dan ajaran para rasul dan nabi. Firman itu memberi nasihat dan bimbingan. Firman ini seperti jaket keselamatan rohani dan membantu kita berpegang dengan kedua-dua tangan.…

“Bersama membangunkan tabiat membaca tulisan suci, kita perlu menjadi seperti anak lelaki Mosia dan menjadi teguh dengan “banyak doa dan puasa” [Alma 17:3]” (“Tinggal di Perahu dan Berpegang!Liahona, Nov. 2014, 90–91).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan keyakinan kepada kebolehan pelajar. Sesetengah orang dalam kelas anda mungkin tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk mempelajari injil. Yakinkan mereka bahawa semasa mereka berusaha untuk belajar, Roh Kudus akan mengajar mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 29–30.)

Cetak