“5–11 September. Yesaya 1–12: ‘Tuhan ialah Penyelamatku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“5–11 September. Yesaya 1–12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
5–11 September
Yesaya 1–12
“Tuhan ialah Penyelamatku”
Pertimbangkan cara untuk menggalakkan ahli kelas berkongsi tanggapan dan pemahaman yang mereka dapat semasa pengkajian peribadi dan keluarga mereka.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga memberi idea tentang pemahaman tulisan Yesaya. Anda boleh menjemput ahli kelas untuk berkongsi bagaimana salah satu idea ini atau idea lain, telah membantu mereka mempelajari Yesaya 1–12.
Mengajar Ajaran
Semua kata-kata Yesaya akan digenapi.
-
Menyebut tentang Yesaya, Juruselamat mengajar “Dan segala hal yang dia ucapkan telah dan akan terjadi, bahkan menurut perkataan yang dia ucapkan” (3 Nefi 23:3). Anda boleh mulakan perbincangan tentang Yesaya dengan berkongsi tulisan suci ini dan pernyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Anda boleh menulis perkataan Zaman Yesaya, Pelayanan fana Juruselamat dan Zaman akhir di papan tulis. Ahli kelas boleh mencari petikan dalam Yesaya 1–12 yang mungkin berkaitan dengan satu atau beberapa frasa di papan tulis (misalnya, Yesaya 2:1–5; 7:1–7; 7:10–14; 9:2–7; 10:20; 11:10; 12:1). Mengapakah nubuat-nubuat ini menjadi berkat kepada kita pada hari ini?
“Jangan berbuat jahat lagi.”
-
Anda boleh minta ahli kelas untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari dari pengkajian peribadi dan keluarga mereka dalam Yesaya 1, 3,5 tentang keadaan rohani Kerajaan Yehuda pada zaman Yesaya. Anda boleh menyemak bab-bab ini dan membuat senarai ayat-ayat dan keadaan yang digambarkan. Apakah pesanan harapan yang kita temui dalam bab-bab ini? (Jika perlu, anda boleh minta ahli kelas merujuk Yesaya 1:16–20, 25–27; 3:10.) Jika orang Yehuda mempunyai pesanan untuk kita, apakah pesanan itu?
-
Ahli kelas boleh membayangkan mereka tinggal di Yerusalem ketika Yesaya bernubuat. Anda boleh temu bual beberapa ahli kelas, menanya mereka perkara yang Yesaya katakan dan perasaan mereka mengenainya. Misalnya, anda boleh meminta ahli kelas untuk berbincang tentang firman Yesaya yang boleh didapati dalam Yesaya 1:16–20; 3:16–26; 5:20–23. Apakah yang dikatakan oleh Yesaya yang mengilhami kita untuk bertaubat?
Tuhan akan melakukan pekerjaan yang hebat pada zaman akhir.
-
Untuk membantu ahli kelas merenungkan bagaimana nubuat Yesaya mengenai hari-hari terakhir akan digenapi, anda boleh memilih beberapa ayat daripada Yesaya 2; 4; 11–12 (seperti Yesaya 2:2–3; 4:5–6). Kemudian, minta ahli kelas mencari kata kerja kelak dalam ayat-ayat ini (seperti “akan menjadi” atau “akan pergi”). Jemput mereka untuk menggantikan beberapa daripada kata kerja kelak ini dengan kata kerja kini (seperti “sedang”). Bagaimanakah nubuat-nubuat ini digenapi dalam kehidupan kita? Mengapakah penting untuk mengetahui tentang nubuat-nubuat ini?
-
Anda boleh menunjukkan bahawa apabila Moroni mengunjungi Joseph Smith pada tahun 1823, dia telah memetik Yesaya 11 dan mengatakan bahawa nubuat itu akan digenapi tidak lama lagi (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:40; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 113:1–6). Ahli kelas boleh membaca beberapa ayat daripada Yesaya 11 (seperti ayat 6–12) dan meringkaskan dalam perkataan mereka sendiri tentang perkara yang dinubuat oleh Yesaya. Apakah peranan kita dalam memenuhi nubuat ini?
Yesaya bersaksi tentang Yesus Kristus.
-
Anda boleh menanya ahli kelas perkara yang dipelajari oleh mereka tentang Yesus Kristus daripada petikan seperti Yesaya 7:14; 8:13–14; 9:2, 6–7. Misalnya, mengapakah Imanuel gelaran yang bagus untuk Juruselamat? (lihat Matius 1:23). Bagaimanakah Yesus Kristus telah menjadi “Penasihat” atau “Putera Kedamaian” untuk kita? Ahli kelas juga boleh berkongsi petikan lain yang ditemui oleh mereka dalam Yesaya 1–12 yang mengingatkan mereka tentang Yesus Kristus. Apakah yang petikan-petikan ini mengajar kita tentang-Nya?
-
Sebelum kelas, anda boleh menjemput ahli kelas untuk membawa gambar Kristus yang mengikut tanggapan mereka, mewakili gambaran Juruselamat yang ditemui dalam Yesaya 7–9. Semasa kelas, berikan masa kepada mereka untuk menunjukkan gambar mereka dan jelaskan bagaimana gambar itu berkaitan dengan kata-kata Yesaya.
Sumber-sumber Tambahan
Nubuat Yesaya mempunyai banyak penggenapan.
Presiden Dallin H. Oaks mengajar: “Kitab Yesaya mengandungi pelbagai nubuat yang tampaknya mempunyai banyak penggenapan. Salah satu daripada maksudnya seolah-olah melibatkan bangsa pada zaman Yesaya atau keadaan keturunannya yang akan datang. Maksud yang lain pula, yang simbolik, nampaknya merujuk kepada peristiwa pada pertengahan zaman, ketika Yerusalem dimusnahkan dan bangsanya tercerai-berai selepas penyaliban Putera Tuhan. Terdapat maksud atau penggenapan yang lain bagi nubuat yang sama, yang seolah-olah berkaitan dengan peristiwa yang melibatkan Kedatangan Kedua Juruselamat. Oleh kerana banyak daripada nubuat ini mempunyai pelbagai maksud, hal ini menekankan pentingnya kita mencari wahyu daripada Roh Kudus untuk membantu kita mentafsir nubuat-nubuat ini” (“Scripture Reading and Revelation,” Ensign, Jan. 1995, 8).