Perjanjian Lama 2022
28 November–4 Disember. Nahum; Habakuk; Zafanya: “Bukit-bukit Tempat Engkau Berjalan Sejak Zaman Purba”


“28 November–4 Disember. Nahum; Habakuk; Zafanya: Bukit-bukit Tempat Engkau Berjalan Sejak Zaman Purba,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“28 November–4 Disember. Nahum; Habakuk; Zafanya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Yesus melihat bintang di langit

“Bukit-bukit tempat engkau berjalan sejak zaman purba” (Habakuk 3:6). In the Beginning Was the Word (Sebelum Dunia Ini Diciptakan, Firman Sudah Ada), oleh Eva Timothy

28 November–4 Disember

Nahum; Habakuk; Zafanya

“Bukit-bukit Tempat Engkau Berjalan Sejak Zaman Purba”

Teladan anda sebagai pelajar injil boleh memberkati ahli kelas anda. Kongsikan bagaimana Roh Kudus membantu anda memahami tulisan suci dan nyatakan keyakinan anda bahawa Roh Kudus juga boleh membantu ahli kelas.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memberi ahli kelas peluang untuk berkongsi pandangan daripada pengkajian tulisan suci mereka, anda boleh menulis nama Nahum, Habakuk dan Zafanya di papan tulis. Kemudian, ahli kelas boleh menulis di bawah tajuk ini perkataan atau frasa yang menarik, serta bab dan ayat untuk perkataan atau frasa ini. Berikan mereka masa untuk jelaskan sebab perkataan atau frasa ini bermakna bagi mereka dan apa yang Roh Kudus ajarkan mereka.

Mengajar Ajaran

Nahum 1

Tuhan penuh kekuatan dan belas kasihan.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk mencari ayat dalam Nahum 1 yang menjelaskan sifat Tuhan. Anda boleh menanyakan ahli kelas perkara yang mereka pelajari tentang Tuhan dari pengkajian peribadi mereka. Contohnya, apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dalam ayat 1–9? Anda boleh beritahu bahawa Nahum telah bernubuat tentang penghakiman Tuhan terhadap bangsa Niniwe, ibu kota Assyria dan bahawa orang Assyria telah menindas orang Israel selama bertahun lamanya. Mengapakah penting untuk orang Israel mendengar pesanan Nahum tentang Tuhan? Mengapakah penting untuk kita pada hari ini?

    kubu batu

    “Tuhan itu baik; Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah” (Nahum 1:7).

Habakuk 1:1–4; 2:1–4;3

Kita boleh mempercayai kehendak Tuhan dan masa-Nya.

  • Ahli kelas boleh tahu, seperti kebanyakan kita, Habakuk terganggu dengan perkara yang dia saksikan di dunia sekelilingnya. Ahli kelas boleh membaca Habakuk 1:1–4 dan meringkaskan kebimbangan Habakuk. Mereka juga boleh membandingkan soalan Habakuk dengan soalan-soalan lain dalam kitab suci, seperti yang terdapat dalam Markus 4:37–38 dan Ajaran dan Perjanjian 121:1–6. Apakah soalan serupa yang orang ramai tanya tentang Tuhan pada zaman ini? Apakah nasihat yang Tuhan berikan dalam Habakuk 2:1–4 yang membantu anda mempercayai kehendak dan masa-Nya? (lihat juga Markus 4:39–40; Ajaran dan Perjanjian 121:7–8). Ahli kelas boleh mencari pandangan lain dalam “Sumber-sumber Tambahan”. Mereka juga boleh berkongsi cara Juruselamat telah membantu mereka “berimanlah terhadap kepercayaan [mereka]” walaupun terdapat soalan yang belum dijawab.

  • Untuk memulakan perbincangan Habakuk 3, anda boleh menjemput ahli kelas untuk menyemak bab ini dan berkongsi ungkapan pujian dan kepercayaan yang mereka temui. Untuk membantu mereka menerapkan kata-kata ini pada diri mereka, anda boleh menjemput ahli kelas untuk menulis senarai berkat yang Tuhan berikan kepada mereka. Jemput mereka merenungkan perkara yang akan terjadi jika mereka kehilangan sebahagian berkat duniawi mereka. Baca Habakuk 3:17–19 bersama dan bincangkan mengapa sukar untuk kita “bersukacita dan bergembira selalu” (ayat 18) apabila berhadapan dengan kesusahan, seperti yang dijelaskan dalam ayat 17. Bagaimanakah kita boleh memupuk iman, seperti Habakuk?

Zafanya 3:14–20

Tuhan akan bergembira dengan umat-Nya di Sion.

  • Untuk membantu ahli kelas mencari harapan bagi masa depan mereka dalam Zafanya 3:14–20, anda boleh menulis di papan tulis “Hendaklah kamu bergembira dengan segenap hati” kerana… Kemudian, ahli kelas boleh mencari berkat yang dijanjikan dalam ayat-ayat ini, yang boleh membantu mereka bergembira. Bagaimanakah janji-janji ini membantu kita pada masa-masa sukar?

ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Iman bermaksud mempercayai kebijaksanaan, belas kasihan, dan masa Tuhan.

Elder Jeffrey R. Holland berkata:

“Berapa lama harus kita tunggu untuk kelegaan dari kesusahan yang menimpa kita? Bagaimana pula dengan menanggung percubaan peribadi sementara menunggu untuk bantuan yang lambat tiba? Mengapakah ia lambat apabila beban seolah-olah lebih berat daripada yang kita boleh tanggung?…

“…Ada masanya walaupun dengan usaha rohani yang terbaik dan doa-doa ikhlas, ia tidak akan menghasilkan kejayaan yang kita inginkan, sama ada ia mengenai masalah global yang besar atau masalah peribadi yang kecil. Sementara kita bekerja dan menunggu jawapan doa-doa kita, saya memberikan janji bahawa doa anda didengar dan dijawab, walaupun bukan pada masa atau dalam cara yang kita mahu. Tetapi ia sentiasa dijawab pada masa dan dalam cara seorang bapa yang penuh kasih dan maha mengetahui harus menjawab.…

“…Iman bermakna mempercayai Tuhan dalam masa baik dan tidak baik, walaupun ia termasuk beberapa penderitaan sehingga kita melihat lengan-Nya didedahkan bagi pihak kita” (“Menunggu Tuhan,” Liahona, Nov. 2020, 115–16).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanya soalan terbuka. Apabila bertanya ahli kelas tentang pengalaman tulisan suci mereka, “beritahu mereka bahawa anda tidak menjangkakan jawapan yang khusus tetapi anda benar-benar berminat dengan perkara yang mereka pelajari” (Teaching in the Savior’s Way, 29). Untuk mendapatkan contoh soalan terbuka, lihat Teaching in the Savior’s Way, 31–32.