Perjanjian Lama 2022
5–11 Disember. Hagai; Zakharia 1–3; 7–14: “Ditahbiskan untuk Tuhan”


“5–11 Disember. Hagai; Zakharia 1–3; 7–14: ‘Ditahbiskan untuk Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“5–11 Disember. Hagai; Zakharia 1–3; 7–14,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
Bait Suci Laie Hawaii

Bait Suci Laie Hawaii

5–11 Disember

Hagai; Zakharia 1–3; 7–14

“Ditahbiskan untuk Tuhan”

Semasa anda mengkaji Hagai dan Zakharia, renungkan cara anda boleh membantu ahli kelas mencari maksud nubuat-nubuat ini.

Catat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli kelas boleh berkongsi ayat suci daripada kitab Hagai dan Zakharia yang telah mereka renung dan bincangkan pada minggu ini dan berbincang bagaimana ayat-ayat ini membantu mereka lebih mendekati Tuhan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Hagai 1; 2:1–9

“Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu.”

  • Nasihat dalam Hagai 1 boleh membantu ahli kelas memikirkan keutamaan mereka. Anda boleh jemput mereka membaca Hagai 1:1–7 dan mengenal pasti bagaimana bangsa Yerusalem telah gagal mengutamakan perkara yang Tuhan ingin mereka lakukan. Apakah beberapa perkara yang Tuhan minta kita utamakan dalam hidup kita?? Apakah yang boleh mengganggu kita daripada tertumpu pada Bapa Syurgawi dan Juruselamat serta keutamaan Mereka? Ahli kelas boleh berkongsi pengalaman yang telah membantu mereka “lihatlah apa yang sudah berlaku kepada [mereka]” dan mengenal pasti keutamaan mereka.

  • Untuk membantu ahli kelas fikirkan cara mereka boleh tumpukan sepenuhnya pada keutamaan Tuhan, anda boleh minta mereka menyemak Hagai 2:1–9. Apakah nasihat Tuhan yang boleh membantu kita melakukan kerja-Nya? Ahli kelas boleh berkongsi cara mereka boleh mengutamakan keutamaan Tuhan dalam hidup mereka semasa mereka menangani banyak tanggungjawab penting yang lain. Apakah yang Hagai 2:1–9 ajarkan tentang cara Tuhan memberkati kita apabila kita mengutamakan-Nya dalam kehidupan kita? (lihat juga “Sumber-sumber Tambahan”). Berikan ahli kelas masa untuk menulis perkara yang mereka terilham untuk lakukan berikutan perbincangan ini.

Zakharia 1–3; 7–8;14

Tuhan boleh menguduskan kita.

  • Untuk mulakan perbincangan tentang kekudusan, anda boleh membaca Zakharia 14:20–21 bersama. Ahli kelas boleh berkongsi maksud frasa “Kekudusan untuk Tuhan”. Apakah kesan frasa “Kekudusan untuk Tuhan” terhadap seseorang jika mereka melihat frasa ini tertera pada setiap objek seharian? Bagaimanakah frasa ini memberi kesan kepada kita semasa kita melihatnya di bait suci sekarang? Ahli kelas kemudian boleh membaca Zakharia 1:1–6; 3:1–7; 7:8–10; 8:16–17 dan bincangkan pemahaman mereka tentang menjadi kudus. Mengapakah kekudusan peribadi kita penting bagi Tuhan? Bagaimanakah Dia membantu menguduskan kita?

  • Ahli kelas boleh menyemak Zakharia 2:10–11; 8:1–8; 14:9–11, 20–21 dan berkongsi tanggapan mereka tentang suasana hidup bersama Juruselamat dalam keadaan yang kudus. Bagaimanakah Tuhan mempersiapkan kita untuk hidup seperti yang digambarkan oleh Zakharia? Bagaimanakah kita boleh mencapai kuasa-Nya untuk membantu menguduskan kita?

Imej
Kedatangan kemenangan Yesus ke Yerusalem

“Lihatlah, raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan, tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang keldai” (Zakharia 9:9). Triumphal Entry (Kedatangan Kemenangan), oleh Harry Anderson

Zakharia 9:9–11; 11:12–13; 12:10; 13:6–7

Yesus Kristus ialah Mesias yang telah dijanjikan.

  • Untuk membantu ahli kelas melihat hubungan antara kata-kata Zakharia dan kehidupan Juruselamat, seperti orang-orang pada zaman Yesus, anda boleh membahagikan kelas kepada dua kumpulan. Berikan kumpulan pertama salah satu daripada petikan-petikan ini: Zakharia 9:9–11; 11:12–13; 12:10; 13:6–7. Berikan kumpulan kedua salah satu daripada petikan ini: Matius 21:1–11; 26:14–16; 26:31; Yohanes 19:37. Setiap ahli kelas boleh mencari seseorang dari kumpulan lain yang mempunyai petikan tulisan suci yang sepadan dengan tulisan suci mereka. Apakah yang kita belajar tentang Juruselamat dari ayat-ayat ini?

  • Untuk membantu ahli kelas merenungkan Zakharia 9:9–11, anda boleh tunjukkan gambar kedatangan kemenangan Juruselamat ke Yerusalem (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Ahli kelas boleh membincangkan perasaan mereka jika berada di kalangan orang ramai yang menyambut Yesus masuk ke bandar. Bagaimanakah kita menyambut kedatangan-Nya ke dalam kehidupan, rumah dan komuniti kita?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

“Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu.”

Selepas memetik Hagai 1:4–7, Elder Terence M. Vinson telah mengajar:

“Kita boleh menikmati kegembiraan yang berkekalan apabila Juruselamat dan injil-Nya menjadi rangka kerja di mana kehidupan kita di bina. Namun, adalah amat mudah bagi rangka kerja menjadi, perkara keduniaan, di mana injil menjadi pilihan tambahan atau hanya kehadiran di gereja selama dua jam setiap Ahad. Apabila ini terjadi, ia serupa dengan meletakkan gaji kita dalam ‘satu beg yang berlubang.’

“Hagai menyuruh kita untuk beriltizam.…

“Tiada harta karun, atau hobi, atau status, atau sebarang sosial media, atau permainan video, sukan, atau sebarang kenalan dengan selebriti, atau apa pun di dunia yang lebih penting daripada kehidupan abadi. Maka nasihat Tuhan bagi semua orang ialah ‘Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu’” (“Pengikut Juruselamat yang Sejati”, Liahona, Nov. 2019, 9,11).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dengar. Mendengar ialah satu tindakan kasih. Satu cara untuk mendengar dengan berkesan adalah dengan melihat pada orang yang sedang bercakap. Ini membolehkan anda melihat komunikasi bukan lisan. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 34.)

Cetak