Perjanjian Lama 2022
12–18 Disember. Maleakhi: “Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu”


“12–18 Disember. Maleakhi: ‘Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“12–18 Disember. Maleakhi,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Patung Kristus

12–18 Disember

Maleakhi

“Tuhan Berfirman Kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu”

Beberapa pesanan dalam kitab Maleakhi yang mungkin sangat penting untuk kelas anda pelajari. Semasa anda mengkaji, berdoalah untuk membezakan pesanan itu. Melalui ini, anda turut dapat merasakan kasih Tuhan terhadap ahli kelas.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh mulakan perbincangan tentang kitab Maleakhi dengan menulis perkataan Pesanan di papan tulis. Galakkan ahli kelas berkongsi pesanan penting yang mereka temui dalam setiap bab Maleakhi. Untuk membantu ahli kelas mengingati dan merenungkan perkara yang telah dikongsi, anda boleh menulis pesanan itu di papan tulis.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Maleakhi 1:6–14

Tuhan menghendaki “korban yang layak dipersembahkan.”

  • Untuk menggalakkan ahli kelas berkongsi perkara yang mereka pelajari tentang persembahan daripada Maleakhi 1:6–14, anda boleh menjemput mereka untuk menyemak ayat-ayat ini secara senyap dan berbincang dengan ahli kelas yang lain tentang perkara yang tidak difahami oleh imam orang Israel tentang persembahan. Mengapakah Tuhan meminta yang terbaik daripada kita? Ahli kelas boleh membuat senarai persembahan atau pengorbanan, yang kita lakukan untuk Tuhan pada hari ini. Bagi setiap item dalam senarai, mereka boleh berbincang aspek yang menjadikan persembahan itu korban yang “layak” atau “tidak berguna” (Maleakhi 1:7, 11).

Maleakhi 3–4

Nubuat Maleakhi digenapi pada zaman akhir.

  • Anda boleh mulakan perbincangan tentang Maleakhi 3–4 dengan mengingatkan bahawa Moroni telah berkongsi ayat-ayat dari bab ini apabila dia muncul kepada Joseph Smith (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:36–39). Apakah kebenaran dalam bab-bab ini yang ahli kelas rasa amat penting untukJoseph—dan kita—untuk tahu? Ahli kelas boleh senaraikan seberapa banyak kebenaran secara berkumpulan. Galakkan kumpulan berkongsi senarai mereka dan membincangkan mengapa kebenaran ini penting pada zaman akhir.

Maleakhi 3:8–12

Tuhan membuka tingkap syurga apabila kita membayar persepuluhan.

  • Untuk galakkan ahli kelas berkongsi kesaksian tentang hukum persepuluhan, anda boleh menjemput mereka untuk mencari asas-asas ini dalam Maleakhi 3:8–12 dan berkongsi bagaimana mereka tahu ini adalah benar. Mereka boleh bincangkan bagaimana Tuhan telah memberkati mereka—secara rohani dan secara duniawi—kerana membayar persepuluhan. Atau mereka boleh bincangkan pengajaran persepuluhan yang Elder David A. Bednar kongsi dalam pesanannya “Tingkap-tingkap Syurga” (Liahona, Nov. 2013, 17–20) dan berkongsi perkara yang mereka pelajari semasa mereka berusaha menjalankan hukum ini.

  • Minta ahli kelas membaca Maleakhi 3:8–12 secara senyap sambil merenungkan bagaimana mengajar seseorang tentang sebab-sebab Tuhan minta kita membayar persepuluhan. Mereka juga boleh membaca kenyataan oleh Presiden Gordon B. Hinckley dalam “Sumber-sumber Tambahan”. Apakah yang kita mahu orang lain faham tentang persepuluhan? Contohnya, apakah maksud membayar persepuluhan? Mengapakah Tuhan mahu kita berbuat demikian? Bagaimanakah “tingkap-tingkap syurga” (ayat 10) dibuka apabila kita membayar persepuluhan? Apakah kebimbangan yang mungkin timbul tentang membayar persepuluhan dan bagaimanakah kita akan bertindak balas? Minta ahli kelas berkongsi bagaimana mentaati perintah ini telah menguatkan iman mereka terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Elia muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait Suci Kirtland

Ilustrasi Elia muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait Suci Kirtland oleh Robert T. Barrett

Maleakhi 4:5–6

“Aku akan mengutus nabi Elia kepada kamu.”

  • Ahli kelas boleh mendapat pandangan tentang Maleakhi 4:5–6 dengan membandingkan ayat-ayat ini dengan cara Moroni menyampaikannya kepada Joseph Smith dalam Joseph Smith—Sejarah 1:38–39. (Anda boleh minta seorang ahli kelas menyalin kedua versi ini di papan tulis.) Bagaimanakah kata-kata Moroni menambah pemahaman kita tentang ayat-ayat dalam kitab Maleakhi? Anda juga boleh berbincang soalan seperti: Siapakah “nenek-moyang” yang dimaksudkan? (lihat Ulangan 29:13). Bagaimanakah kita memalingkan hati kita kepada nenek moyang, dan hati mereka dipalingkan kepada kita Untuk membantu ahli kelas fahami tentang pengenapan nubuat Maleakhi, mereka boleh membaca tentang Elia memberikan kunci-kunci pemeteraian kepada Joseph Smith (lihat Ajaran dan Perjanjian 110:13–16). Mengapakah ahli kelas bersyukur kerana kunci-kunci ini telah dipulihkan?

  • Maleakhi 4:5–6 menyediakan peluang untuk membincangkan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga. Ahli kelas boleh berkongsi pengalaman mereka melakukan pekerjaan ini dan bagaimana pengalaman itu telah membantu mereka memalingkan hati mereka kepada moyang mereka. Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu generasi akan datang agar memalingkan hati mereka kepada kita?

ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Persepuluhan berkaitan dengan iman.

Presiden Gordon B. Hinckley berkata, “Kita boleh membayar persepuluhan kita. Ini bukan soal wang semata-mata tetapi soal iman. Saya belum menemui seseorang yang telah membayar persepuluhan dengan penuh iman yang tidak bersaksi tentang tingkap syurga yang dibuka dan berkat dicurahkan ke atasnya” (“Let Us Move This Work Forward,” Ensign, Nov. 1985, 85).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kongsi pergelutan dan iman anda. Kadang-kadang orang yang menghadapi percubaan berasa bersendirian. Anda boleh sekali sekala berkongsi pengalaman peribadi mengenai masa ketika anda bergelut dalam kesusahan dan cara Juruselamat telah membantu anda.