Perjanjian Lama 2022
19–25 Disember. Krismas: “Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita”


“19–25 Disember. Krismas: ‘Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“19–25 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Bayi Yesus dibalut dengan kain putih dan baring dalam jerami

For unto Us a Child Is Born (Seorang anak telah dilahirkan bagi kita), oleh Simon Dewey

19–25 Disember

Krismas

“Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita”

Semasa kajian peribadi dan persiapan anda untuk mengajar, pertimbangkan bagaimana anda boleh bantu ahli kelas sukacita atas kelahiran Juruselamat. Jemput Roh untuk bersaksi tentang kasih penebusan Yesus Kristus kepada mereka.

Catat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Musim Krismas merupakan peluang baik untuk jemput ahli kelas berkongsi bagaimana iman mereka terhadap Yesus Kristus telah diperkukuhkan melalui pengajian Perjanjian Lama.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kita bersukacita atas Penebus kita.

  • Walaupun Hari Krismas adalah musim yang menggembirakan, keadaan sukar yang orang-orang hadapi menyebabkan mereka sukar bergembira, walaupun pada musim ini. Pesanan penting Krismas adalah Juruselamat boleh meringankan beban kita dan membantu kita mencari kedamaian dan kebahagiaan. Untuk berkongsi pesanan ini, anda boleh menulis rujukan ayat suci berikut di papan tulis: Mazmur 35:9; Yesaya 25:8–9; 44:21–24; 51:11; Zafanya 3:14–20; Musa 5:5–11. Kemudian, anda boleh menulis soalan di papan tulis soalan untuk ahli kelas renungkan semasa mereka membaca petikan ini, seperti Apakah sebab-sebab untuk bersukacita menurut tulisan suci ini? Minta mereka untuk berkongsi perkara yang mereka temui. Anda boleh berikan ahli kelas masa untuk menulis tentang sukacita mereka sendiri terhadap Juruselamat. Mereka mungkin menemukan pandangan tambahan daripada pesanan Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan.”

  • Hari Krismas menyediakan peluang untuk menyebarkan sukacita tentang Kristus dengan melayani orang lain.     Ahli kelas boleh berkongsi pengalaman sendiri tentang memberi atau menerima pelayanan sepanjang musim Krismas.  

Lambang-lambang boleh membantu kita mengingati Yesus Kristus.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menyenaraikan beberapa lambang dalam Perjanjian Lama yang mengajar tentang Yesus Kristus. Ahli kelas boleh berkongsi perkara yang mereka pelajari dari lambang ini tentang Juruselamat dan lambang lain yang mereka temui dalam pengkajian mereka. Apakah yang telah kita pelajari tentang mencari Juruselamat dalam tulisan suci? Apakah pengalaman yang mengajar kita bahawa “segala hal diciptakan dan dijadikan untuk memberikan kesaksian tentang [Dia]”? (Musa 6:63).

Tuhan telah mengurniakan Putera-Nya kepada kita.

  • Pemberian hadiah merupakan tradisi Krismas dalam kebanyakan budaya. Anda boleh membimbing perbincangan dengan ahli kelas tentang hadiah yang Tuhan berikan, terutamanya Putera-Nya, Yesus Kristus, kepada kita. Jemput ahli kelas untuk berkongsi makna kurniaan Juruselamat bagi mereka. Bagaimanakah kita menunjukkan kesyukuran kita terhadap Bapa Syurgawi atas kurniaan ini?

    2:43

Yesaya 7:14; 9:6

“Namanya akan dipanggil Menakjubkan.”

  • Nabi Yesaya gunakan banyak nama dan gelaran untuk menggambarkan Mesias, yang akan dilahirkan di Betlehem (lihat misalnya, Yesaya 7:14; 9:6). Ahli kelas mungkin seronok mempelajari lebih banyak tentang Juruselamat dan misi-Nya dengan mengetahui tentang gelaran ini. Mereka boleh pilih satu gelaran dan mencari petikan tulisan suci lain yang membantu mereka fahami maksudnya. Misalnya, mereka boleh mempelajari lebih lanjut tentang “Putera Kedamaian” (Yesaya 9:6) dengan membaca Mazmur 85:8; Yesaya 52:7; Lukas 2:14; atau Yohanes 16:33. Untuk membantu ahli kelas mencari tulisan suci yang lain, cadangkan mereka untuk mencari dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang gelaran ini cadangkan tentang Juruselamat dan apakah yang Dia lakukan untuk kita?

ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Yesus Kristus menawarkan kedamaian dan kebahagiaan.

Presiden Russell M. Nelson mengajar:

“Apabila tumpuan hidup kita ialah di atas rancangan keselamatan Tuhan … dan Yesus Kristus dan injil-Nya, kita akan dapat merasa kebahagiaan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Kebahagiaan datang dari Dia dan wujud kerana Dia. Dialah sumber semua kebahagiaan. Kita rasakan ia pada masa Krismas apabila kita nyanyi, “Sukacita bagi dunia, Tuhan akan datang” [Nyanyian Rohani, no. 87]. Dan kita boleh rasakan ia sepanjang tahun. Bagi Orang Suci Zaman Akhir, Yesus Kristus ialah kebahagiaan!…

“Seperti Juruselamat mendatangkan kedamaian yang “tidak mungkin difahami oleh manusia”, [Filipi 4:7], Dia juga berikan kebahagiaan yang begitu mendalam dan kuat yang menentang logik manusia atau pemahaman fana” (“Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 82).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pertimbangkan ahli kelas semasa membuat persediaan. “Biarlah pemahaman anda tentang orang yang anda ajar membimbing rancangan anda. … Pengajar seperti Kristus tidak dibatasi dengan gaya atau kaedah yang tertentu sahaja; mereka komited untuk membantu orang ramai memupuk iman terhadap Yesus Kristus” (Teaching in the Savior’s Way,7).