“Pelajaran 8: Barangan Harian Biasa,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)
“Pelajaran 8,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar
Lesson 8
Everyday Common Items
Objektif: Saya akan belajar menggunakan ini, itu, ini (lebih satu), dan itu (lebih satu) untuk bertanya tentang apa yang seseorang miliki.
Personal Study
Bersedia untuk kumpulan perbualan anda dengan melengkapkan aktiviti A hingga E.
Study the Principle of Learning: Press Forward
Maju Terus
With God’s help, I can press forward even when I face obstacles.
Dengan bantuan Tuhan, saya boleh maju terus bahkan apabila saya menghadapi halangan.
Kita semua menghadapi cabaran dalam hidup. Kadang-kadang cabaran kita menjadikannya sukar untuk mencapai matlamat kita. Nefi, seorang nabi dan pemimpin dalam Kitab Mormon, mengalami banyak cabaran. Dia menghabiskan seluruh hidupnya mengajar dan melayani bangsanya. Dia tahu mereka akan menghadapi cabaran yang sukar, dan dia ingin membantu mereka tahu bagaimana untuk bertahan. Nefi mengajar:
“Maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia” (2 Nefi 31:20).
Anda juga boleh maju terus. Untuk “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus” bermakna anda boleh terus mencuba, mempercayai Yesus Kristus, walaupun keadaan sukar. Anda percaya bahawa Dia akan memberkati usaha anda walaupun keadaan sukar atau ketika anda melakukan kesilapan. Contohnya, mungkin anda sedari anda membuat kesilapan apabila anda cuba berbahasa Inggeris. Mungkin anda sukar untuk menghafal perkataan baharu. Anda boleh maju terus dan terus berlatih setiap hari, mempercayai Dia akan membantu anda belajar. Tidak kira apa cabaran yang anda hadapi, anda boleh maju terus dengan iman.
Ponder
-
Apakah cara anda boleh “maju terus” dalam belajar Bahasa Inggeris?
-
Apakah yang membantu anda untuk terus mencuba apabila keadaan menjadi sukar?
Memorize Vocabulary
Pelajari makna dan sebutan setiap perkataan sebelum kumpulan perbualan anda. Cuba buat kad imbas untuk membantu anda menghafal perkataan baharu. Anda boleh menggunakan kertas atau aplikasi.
not |
tidak |
this/these |
ini/ini (lebih satu) |
that/those |
itu/itu (lebih satu) |
Nouns
book/books |
buku |
chair/chairs |
kerusi |
clock/clocks |
jam |
computer/computers |
komputer |
key/keys |
kunci |
notebook/notebooks |
buku nota |
pen/pens |
pen |
pencil/pencils |
pensel |
phone/phones |
telefon |
table/tables |
meja |
wallet/wallets |
dompet |
watch/watches |
jam tangan |
Practice Pattern 1
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Anda boleh menggantikan perkataan bergaris tersebut dengan perkataan dalam bahagian “Memorize Vocabulary”.
Q: What is this?A: This is a (noun).
Examples
Q: What is this?A: This is a watch.
Q: What are these?A: These are pencils.
Q: What is that?A: That is a key.
Practice Pattern 2
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Cuba fahami peraturan dalam pola ini. Fikirkan bagaimana Bahasa Inggeris serupa dengan atau berbeza daripada bahasa anda.
Q: Is this my (noun)?A: Yes, it is.
Examples
Q: Is this your book?A: No, it is not.
Q: Are those her keys?A: Yes, they are.
Use the Patterns
Tulis empat soalan yang boleh anda tanyakan kepada seseorang. Tulis jawapan kepada setiap soalan. Baca dengan bersuara.
Conversation Group
Activity 1: Practice the Patterns
(10–15 minutes)
Ulang kaji senarai kosa kata dengan pasangan.
Berlatih pola 1 dengan pasangan:
-
Berlatih bertanya soalan.
-
Berlatih menjawab soalan.
-
Berlatih perbualan menggunakan pola ini.
Ulangi untuk pola 2.
Activity 2: Create Your Own Sentences
(10–15 minutes)
Lihat gambar. Tanya dan jawab soalan mengenai barangan dalam setiap gambar. Bergilir. Tukar pasangan dan berlatih lagi.
Example
-
A: What are those?
-
B: Those are books.
-
A: Are those your books?
-
B: No, they are not my books.
Activity 3: Create Your Own Conversations
(15–20 minutes)
Pilih lima objek di dalam bilik. Tunjukkan kepada pasangan anda. Tanya dan jawab soalan mengenai setiap objek. Bergilir. Tukar pasangan dan berlatih lagi.
Example
-
A: What is that?
-
B: That is a phone.
-
A: Is it your phone?
-
B: Yes, it is.