“Pelajaran 12: Masa dan Kalendar,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)
“Pelajaran 12,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar
Lesson 12
Time and Calendar
Objektif: Saya akan belajar untuk bercakap tentang masa dan tarikh.
Personal Study
Bersedia untuk kumpulan perbualan anda dengan melengkapkan aktiviti A hingga E.
Study the Principle of Learning: Take Responsibility
Mengambil Tanggungjawab
I have the power to choose, and I am responsible for my own learning.
Saya miliki kuasa untuk memilih, dan saya bertanggungjawab untuk pembelajaran diri sendiri.
Anda adalah wakil; anda mempunyai kuasa untuk bertindak untuk diri sendiri. Kita cenderung menunggu pemimpin, pengajar, atau orang lain untuk memberitahu kita apa yang perlu dilakukan. Kita mahu mereka memberi kita arahan langkah demi langkah. Tuhan mahu kita memahami bahawa sebagai anak-anak-Nya, kita ada kuasa pada diri kita untuk membuat pilihan yang baik dan maju terus.
Dia menjelaskan bahawa anak-anak-Nya “seharusnya bersemangat terlibat dalam perkara yang baik, dan melakukan banyak hal dari keinginan bebas mereka sendiri, dan mendatangkan banyak kebenaran; Kerana kuasa ada pada mereka, dimana mereka ialah wakil bagi diri mereka. Dan sejauh manusia melakukan kebaikan mereka walau bagaimanapun tidak akan kehilangan ganjaran mereka” (Ajaran dan Perjanjian 58:27–28).
Kuasa ada pada diri anda. Anda boleh mengambil tanggungjawab untuk pembelajaran anda. Jika pengajar sakit dan tidak hadir, anda boleh memilih untuk berlatih dengan pelajar lain. Jika anda tidak memahami sesuatu, anda boleh meminta bantuan. Jika anda memerlukan idea untuk belajar dengan lebih baik, anda boleh bertanya kepada pelajar lain dalam kumpulan anda apakah yang berkesan untuk mereka. Anda ada kuasa untuk memilih dan bertindak. Dengan Tuhan, anda tentukan apa yang akan anda pelajari dan menjadi.
Ponder
-
Apakah yang anda percaya adalah tanggungjawab anda sebagai pelajar?
-
Apakah yang boleh anda lakukan untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran anda sendiri?
Memorize Vocabulary
Pelajari makna dan sebutan setiap perkataan sebelum kumpulan perbualan anda. Cuba belajar lebih banyak perkataan yang boleh anda gunakan dalam pola ini. Pertimbangkan untuk menggunakan kamus atau penterjemah atau bertanya kepada rakan.
date |
tarikh |
day |
hari |
time |
masa |
at |
di |
on |
pada |
Time
noon |
tengah hari |
midnight |
tengah malam |
five o’clock/5:00 a.m. |
pukul lima/5:00 pagi |
five thirty/5:30 p.m. |
lima tiga puluh/5:30 petang |
Days
Sunday |
Ahad |
Monday |
Isnin |
Tuesday |
Selasa |
Wednesday |
Rabu |
Thursday |
Khamis |
Friday |
Jumaat |
Saturday |
Sabtu |
Saturday, January 1st |
Sabtu, 1 Januari |
Verbs
clean the house |
bersihkan rumah |
get the mail |
ambil kiriman |
wash the dishes |
Basuh pinggan mangkuk |
Practice Pattern 1
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Anda boleh menggantikan perkataan bergaris tersebut dengan perkataan dalam bahagian “Memorize Vocabulary”.
Q: What time is it?A: It’s (time).
Examples
Q: What time is it?A: It’s five o’clock.
Q: What day is it?A: It is Sunday.
Q: What day is it?A: It’s February 5th.
Practice Pattern 2
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Cuba gunakan pola dalam perbualan dengan rakan. Anda boleh bercakap atau menghantar mesej.
Q: When do you (verb)?A: I (verb) on (day).
Examples
Q: When do they clean the house?A: They clean the house on Monday.
Q: When do you get the mail?A: I get the mail at noon.
Q: When does he wash the dishes?A: He washes the dishes at 5:30 p.m.
Use the Patterns
Tulis empat soalan yang boleh anda tanyakan kepada seseorang. Tulis jawapan kepada setiap soalan. Baca dengan bersuara.
Conversation Group
Activity 1: Practice the Patterns
(10–15 minutes)
Ulang kaji senarai kosa kata dengan pasangan.
Berlatih pola 1 dengan pasangan:
-
Berlatih bertanya soalan.
-
Berlatih menjawab soalan.
-
Berlatih perbualan menggunakan pola ini.
Ulangi untuk pola 2.
Activity 2: Create Your Own Sentences
(10–15 minutes)
New Vocabulary
Is it Friday, June 9th? |
Adakah hari Jumaat, 9 Jun? |
Lihat kalendar. Pilih satu hari. Jangan beritahu pasangan anda hari mana yang anda pilih. Tanya dan jawab soalan untuk meneka hari itu. Bergilir.
Example
-
A: What day is it?
-
B: It’s Wednesday.
-
A: Is it Wednesday, June 7th?
-
B: No.
-
A: Is it Wednesday, June 14th?
-
B: Yes, it’s Wednesday, June 14th.
Activity 3: Create Your Own Conversations
(15–20 minutes)
Part 1
Tanya dan jawab soalan tentang bila anda melakukan sesuatu. Gunakan kosa kata dari pelajaran ini dan pelajaran 11. Sebut seberapa banyak yang anda boleh. Bergilir. Tukar pasangan dan berlatih lagi.
Example
-
A: When do you wake up?
-
B: I wake up at 7:00 a.m.
-
A: When do you visit your friends?
-
B: I visit my friends on Saturday at 5:30 p.m.
Part 2
Tanya dan jawab soalan tentang bila anda menyambut peristiwa penting. Bercakap tentang peristiwa penting dalam senarai atau fikirkan peristiwa penting lain. Sebut seberapa banyak yang anda boleh. Bergilir.
New Vocabulary
anniversary |
ulang tahun |
celebrate |
menyambut |
holiday |
cuti |
Peristiwa Penting
-
Hari lahir anda
-
Hari lahir ahli keluarga
-
Ulang tahun
-
Hari cuti kegemaran anda (Krismas; Hari Kemerdekaan; Tahun Baharu)
Example
-
A: When do you celebrate your sister’s birthday?
-
B: I celebrate my sister’s birthday on December 10th.