Panggilan Misi
1. Pengalaman Penginjil Sepenuh Masa Anda


Yesus mengajar para pengikut

1

Pengalaman Penginjil Sepenuh Masa Anda

1.0

Pengenalan

Misi anda tidak benar-benar bermula pada hari anda ditetapkan dan tidak akan berakhir pada hari anda dilepaskan. Misi tidak setakat memakai pakaian pekerja atau pakaian seragam sekolah pada waktu pagi dan menanggalkannya semula pada penghujung hari. Bermula daripada saat anda dibaptiskan, anda telah berada di jalan perjanjian yang menuju ke arah kegembiraan, kebahagiaan dan kedamaian abadi. Pengalaman misi sepenuh masa anda boleh menjadi peristiwa transformasi tetapi juga harus menjadi bahagian pengalaman misi hidup anda yang penting.

Jika dilihat daripada perspektif abadi, pengalaman misi sepenuh masa anda melebihi sekadar kotak semak untuk ditandai—ia merupakan cara untuk terus menjadi pengikut Yesus Kristus seumur hidup.

Nabi Joseph Smith telah merenungkan berkat dan keistimewaan yang kita miliki apabila kita memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada pekerjaan penyelamatan yang hebat ini. Dia bertanya kepada para Orang Suci awal, “Para saudara [dan saudari], adakah kita tidak akan meneruskan dalam tujuan yang sedemikian besar? Maju dan janganlah mundur. Beranilah, saudara-saudara [dan saudari-saudari]; dan maju, majulah menuju kemenangan! Biarlah hatimu bersukacita, dan menjadi amat gembira” (Ajaran dan Perjanjian 128:22).

Nikmati pengalaman penginjil anda apabila anda mengasihi Tuhan dan mengasihi sesamamu. Ini ialah masa untuk bergembira dan mengalami kebahagiaan serta kedamaian abadi melalui Yesus Kristus.

1.1

Kepatuhan

Pengikut Yesus Kristus yang sebenar bersifat patuh. Juruselamat mengajar, “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku” (Yohanes 14:15). Mentaati perintah bermaksud anda melakukan dengan rela dan penuh iman perkara yang Tuhan minta kerana anda mengasihi-Nya dan juga bahawa anda melakukannya dengan “sukacita” (Kolose 1:11) dan “sukacita dan rendah hati” (Kisah Rasul-Rasul 2:46).

Yesus Kristus ialah contoh kesetiaan yang sempurna. Dia hanya melakukan mengikut kehendak Bapa. Ikuti-Nya dengan melakukan yang terbaik untuk mentaati semua perintah-Nya dan menjalani hidup standard penginjil. Beriman dan patuh juga bermaksud bahawa anda berusaha untuk belajar, bertumbuh dan bertambah baik; membetulkan kesalahan dengan cepat; dan bertanggungjawab secara peribadi atas tindakan anda sendiri.

Pemimpin misi anda akan membantu anda secara konsisten untuk belajar cara menggunakan asas-asas dalam buku panduan ini.

Anda akan paling selamat apabila anda mengikut perintah dan standard penginjil serta menggunakan akal budi. Tetapi sedarlah bahawa walaupun anda mentaati perintah-perintah, anda mungkin mengalami masalah, sakit atau bahaya (lihat Yohanes 16:33). Juruselamat mengalami kesemuanya (lihat Alma 7:11–12; Ajaran dan Perjanjian 122:8), dan Dia berjanji, “Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu” (Yohanes 14:18).

Tuhan mengasihi anda. Pilih untuk mentaati perintah kerana anda mengasihi Tuhan. Jangan cuba membuat perjanjian dengan Tuhan dan mengharapkan berkat tertentu dengan menyesuaikan perkara yang dikehendaki daripada anda. Keperluan yang anda diharapkan untuk pertahankan dipersetujui oleh Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul dan terdapat dalam standard ini. Misalnya, jangan cuba tawar-menawar dengan Tuhan melalui bangun lebih awal, tanpa makan atau minum (melebihi berpuasa bulanan) atau ponteng hari persiapan.

1.2

Standard untuk Hidup

Tuhan menjemput anda mengabdikan diri anda kepada-Nya sepanjang hidup anda. Standard misi seperti pengkajian peribadi, penetapan matlamat dan penggunaan teknologi yang soleh akan memberkati anda dalam misi anda dan membantu anda sepanjang hayat anda.

Jadikanlah perintah dalam kitab suci, asas-asas dalam Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service dan standard penginjil yang digariskan dalam buku ini sebagai asas pedoman sepanjang hayat. Apabila anda mengikut perintah dan standard Tuhan, Dia akan mengarahkan, memberkati dan membimbing anda sepanjang hidup anda.