Panggilan Misi
5. Wewenang dan Tatacara Imamat


Imej
Yohanes membaptis Yesus

5

Wewenang dan Tatacara Imamat

Imamat ialah wewenang yang Tuhan berikan kepada anak-anak-Nya untuk membawa penyelamatan kepada semua. Wewenang imamat ditadbir oleh pemimpin imamat yang menerima serta melaksanakan kunci-kunci imamat. Memandangkan kitab suci menyatakan bahawa “semua wewenang atau jawatan lain di dalam gereja adalah tambahan daripada imamat [Melkisedek] ini” (Ajaran dan Perjanjian 107:5), semua yang dilaksanakan di bawah arahan kunci-kunci imamat itu dilaksanakan dengan wewenang imamat.

Apabila seorang wanita ditetapkan untuk mengkhutbahkan injil sebagai penginjil sepenuh masa, dia bertindak di bawah wewenang imamat untuk melaksanakan fungsi imamat. Sesiapa dengan panggilan yang diterima daripada seseorang yang memegang kunci-kunci imamat melaksanakan wewenang imamat semasa menjalankan tanggungjawab yang ditugaskan kepadanya.

Jika anda ialah pemegang Imamat Melkisedek, anda akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam tatacara dan berkat imamat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat bahagian 7.11, “Tatacara dan Berkat Imamat.”

Cetak