Panggilan Misi
6. Pelengkapan Misi Anda


Yesus bercakap kepada para pengikut

6

Pelengkapan Misi Anda

6.0

Pengenalan

Siapkan diri anda sekarang untuk meneruskan hidup anda sebagai pengikut Yesus Kristus dan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang beriman apabila anda pulang ke rumah dan sambil anda memenuhi misi hidup anda.

6.1

Kekal Berhubung

Teruskan untuk berkomunikasi dengan mereka yang anda ajar dan kerjasama dalam misi anda, termasuk pemimpin misi anda. Sokong dan perkukuhkan mereka melalui kata-kata dan contoh anda serta meraikan peristiwa yang penting dalam hidup mereka.

6.2

Pulang ke Rumah daripada Misi Anda

Oleh kerana anda kekal seorang penginjil sehingga anda dilepaskan oleh presiden pancang anda, anda dijangka mematuhi semua standard penginjil sehingga masa itu. Pertimbangkan untuk terus pulang ke rumah. Hal ini adalah penting terutamanya jika anda melayani di negara selain negara anda yang keperluan visa dikuatkuasakan. Kelewatan anda pulang ke rumah mungkin menyukarkan penginjil akan datang semasa memohon untuk mendapatkan visa perjalanan. Jika anda bertemu dengan keluarga untuk pulang ke rumah, minta nasihat dan arahan daripada presiden misi anda terlebih dahulu.

Anda tidak boleh melengkapkan pelayanan penginjil anda dalam misi yang lain atau meminta untuk dipindahkan ke misi yang lain selepas tarikh pelepasan anda untuk menyertai saudara anda sebagai rakan.

Apabila anda pulang ke rumah, aturkan dengan presiden pancang rumah anda untuk dilepaskan secepat mungkin.

Secepat mungkin setelah anda kembali, dapatkan pemeriksaan batuk kering, walaupun jika anda telah diperiksa sebelum misi anda dan tidak bergejala.

6.3

Pelayanan dan Pertumbuhan selepas Misi Anda

Apabila anda pulang ke rumah, teruskan untuk mengamalkan standard injil. Pastikan untuk:

  • Berdoa dan mengkaji injil setiap hari.

  • Menghadiri dan mengambil bahagian dalam pemuda-pemudi bujang di rumah atau di bahagian.

  • Mencari peluang untuk melayani di bait suci jika terdapat yang berdekatan.

  • Menghadiri kelas institut atau pendidikan agama.

  • Mencari peluang pendidikan dan pekerjaan melalui Gereja serta sumber lain.

Menjalani hidup di mana anda akan mengalami kebahagiaan yang dijelaskan dalam Kitab Mormon apabila Alma yang Muda bertemu dengan para penginjil kemudian dalam hidupnya:

“Dan sekarang, terjadilah bahawa sewaktu Alma sedang melakukan perjalanan dari negeri Gideon ke arah selatan, jauh ke negeri Manti, lihatlah, yang membuatnya tercengang, dia bertemu dengan para putera Mosia yang melakukan perjalanan menuju ke negeri Zarahemla.

“… Oleh itu Alma amat bersukacita melihat saudara-saudaranya; dan yang lebih menambah sukacitanya, mereka masihlah saudara-saudaranya di dalam Tuhan; ya, dan mereka telah menjadi kuat dalam pengetahuan tentang kebenaran; kerana mereka adalah lelaki yang berpemahaman kukuh dan mereka telah menyelidiki tulisan suci dengan tekun, agar mereka boleh mengetahui firman Tuhan.

“Tetapi ini belumlah semuanya; mereka telah banyak berdoa, dan berpuasa; oleh itu mereka memiliki roh nubuat, dan roh wahyu, dan apabila mereka mengajar, mereka mengajar dengan kuasa dan wewenang daripada Tuhan.” (Alma 17:1–3; italik ditambahkan).