Panggilan Misi
Pesanan daripada Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul


Imej
Yesus Kristus mencuci kaki para rasul

Pesanan daripada Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul

Kepada Rakan Penginjil yang Dihormati:

Setelah Kebangkitan-Nya, Yesus Kristus menampakkan diri kepada pengikut-Nya dan mengarahkan mereka “jadikanlah mereka pengikut-Ku” “semua bangsa di seluruh dunia … Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Tuhan; ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan kepadamu” (Matius 28:19–20).

Anda telah dipanggil oleh wahyu melalui hamba-hamba terpilih Tuhan untuk membantu para Rasul dalam pekerjaan yang hebat ini untuk membawa injil Yesus Kristus ke seluruh dunia demi “jadikanlah semua bangsa di seluruh dunia pengikut-[Nya].”

Apahila anda melayani misi dengan sepenuh hati, anda membantu menunaikan dua perintah yang hebat: “Mengasihi Tuhan Rajamu … [dan] mengasihi sesamamu seperti dirimu” (Ajaran dan Perjanjian 59:5–6).

Untuk menjadi penginjil yang berkesan, anda mesti menjadi pengikut Yesus Kristus yang beriman. Kami menjemput anda agar memperluaskan bakat dan kemahiran anda demi kemuliaan Tuhan. Yesus Kristus akan mengembangkan anda. Bapa Syurgawi mengasihi anda dan Dia akan membantu anda mengasihi serta memberkati anak-anak-Nya di mana-mana sahaja anda melayani. Dia akan memberi kuasa kepada anda dan orang ramai yang anda layani, melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, agar benar-benar “berpaling kepada Tuhan” (Alma 23:6).

Standard penginjil ini diluluskan oleh Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul. Mereka akan membantu melindungi anda secara jasmani, rohani dan emosi di samping membantu anda menjadi pengikut yang Yesus Kristus menghendakkan anda untuk menjadi.

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang standard tertentu, dengan doa mintalah Tuhan untuk membantu anda memahami kepentingannya dan jika perlu, mintalah bantuan daripada rakan anda, pemimpin penginjil muda anda atau salah seorang pemimpin misi anda. Belajarlah standard ini dengan rakan anda secara kerap dan berusaha untuk mematuhinya.

Kami mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah menerima panggilan untuk melayani misi sepenuh masa dan kami berdoa agar anda akan menemui kedamaian serta kebahagiaan sejati dalam melayani Tuhan Yesus Kristus.

Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Cetak