Keberdikarian
Teruskan Perjalanan Anda ke Keberdikarian


Teruskan Perjalanan Anda ke Keberdikarian

Baca:Tahniah! Dalam tempoh 12 minggu yang lalu anda telah membina tabiat baru dan menjadi lebih berdikari. Tuhan mahu anda untuk terus membina kebolehan ini dan membangunkan kebolehan yang baru. Apabila kita berdoa dan mendengar, Roh Kudus boleh membantu kita mengetahui apa perkara dalam hidup kita yang kita perlu diperbaiki.

Bincang:Apa yang kita boleh lakukan untuk teruskan perjalanan kita untuk berdikari? Bagaimana kita boleh terus membantu satu sama lain?

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam tempoh 12 minggu akan datang. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan:

  • Kaji semula dan teruskan melakukan semua 12 asas dan tabiat keberdikarian.

  • Kongsi apa yang anda tentang keberdikarian dengan yang lain. Teruskan membantu ahli kumpulan anda atau menawarkan diri untuk menjadi fasilatator untuk kumpulan keberdikarian baru.

  • Membina kebolehan anda dengan menyertai satu lagi kumpulan keberdikarian.

  • Kaji asas-ajaran ajaran keberdikarian di bawah.

Ajaran Asas Keberdikarian

Keberdikarian adalah satu perintah.

Tujuan Tuhan adalah untuk menyediakan untuk orang suci-Nya, dan Dia mempunyai semua kuasa untuk berbuat demikian

Hal rohani dan duniawi Ialah satu.

Ajaran dan Perjanjian 78:13–14; Musa 2:27–28

Ajaran dan Perjanjian 104:15; Yohanes 10:10; Matius 28:18; Kolose 2:6–10

Ajaran dan Perjanjian 29:34; Alma 34:20–25

Cetak