Keberdikarian
7: Menyelesaikan Masalah


7:

Menyelesaikan Masalah

Renung:Mengapa Bapa Syurgawi membenarkan kita untuk menghadapi masalah dan cabaran?

Tonton:“Trak Yang Lebih Besar?” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 237.)

2:3

Trak Yang Lebih Besar?

Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,

masih dari Trak Yang Lebih Besar?

Elder Dallin H. Oaks: Dua lelaki membentuk satu perkongsian. Mereka membina sebuah bangsal kecil di sebelah jalan raya yang sibuk. Mereka memperoleh sebuah trak dan memandu ia ke padang seorang petani, di mana mereka membeli satu trak penuh dengan tembikai untuk satu dolar satu tembikai. Mereka memandu trak yang penuh itu ke bangsal mereka melalui jalan raya, di mana mereka menjual tembikai mereka untuk satu dolar untuk satu tembikai. Mereka memandu kembali ke padang petani itu dan membeli satu lagi trak penuh dengan tembikai untuk satu dolar satu tembikai. Mengangkut tembikai itu ke tepi jalan, mereka sekali lagi menjual tembikai untuk satu dolar satu tembikai. Apabila mereka memandu kembali ke arah padang petani untuk mendapatkan satu lagi muatan tembikai, salah satu pasangan itu berkata kepada yang satu lagi, “Kita tidak membuat banyak wang dalam perniagaan ini, kan?” “Ya, kita tidak untung,” pasangan dia membalas. “Adakah kamu fikir kita perlu trak yang lebih besar?”

(“Focus and Priorities,“ Ensign, Mei 2001, 82)

Kembali ke muka surat 236.

Bincang:Apakah masalah sebenar dalam cerita ini? Apakah pilihan yang ada untuk kedua-dua lelaki ini?

Baca:Ajaran dan Perjanjian 9:7–9 dan petikan oleh Elder Robert D. Hales (sebelah kanan)

Baca:1 Nefi 17:51 dan 1 Nefi 18:2–3 (sebelah kanan)

Bincang:Bagaimanakah Nefi dapat membina sebuah kapal?

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.

  • Bertindak ke atas langkah-langkah yang dibincangkan dalam aktiviti untuk mula menyelesaikan masalah anda. Ingat, janganlah berputus asa. Ia mengambil masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat perubahan.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang menyelesaikan masalah dengan keluarga atau kawan anda.