Keberdikarian
4: Bertaubat dan Menjadi Patuh


4:

Bertaubat dan Menjadi Patuh

Renung:Bagaimana pertaubatan dan kepatuhan berkaitan dengan keberdikarian?

Tonton:“Kepatuhan Mendatangkan Berkat,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 231.)

Kepatuhan Mendatangkan Berkat

Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,

Imej
masih dari Kepatuhan Mendatangkan Berkat

President Thomas S. Monson: Betapa indahnya janji! “Dia yang menaati perintah-perintah [Tuhan] menerima kebenaran dan terang, sampai dia dimuliakan dalam kebenaran dan mengetahui segala sesuatu.” [A&P 93:28]. …

Para saudara dan saudariku, ujian terbesar dalam kehidupan ini ialah kepatuhan. “Dan Kita akan menguji mereka dengan ini,” kata Tuhan “untuk melihat apakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang akan Tuhan mereka perintahkan kepada mereka” [Abraham 3:25].

Juruselamat mengisytiharkan, “Kerana semua yang menghendaki untuk memperoleh berkat dari tangan-Ku hendaknya menuruti hukum yang ditetapkan bagi berkat itu, dan syarat-syarat darinya, yang ditegakkan sejak sebelum pelandasan dunia.” [D&C 132:5].

Tiada teladan yang lebih baik daripada teladan Juruselamat kita. Paulus berkata tentang-Nya:

“Tetapi meskipun Yesus Putera Tuhan, Dia belajar menjadi taat melalui penderitaan-Nya;

“Oleh itu, sesudah Dia menjadi penyelamat yang sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepada-Nya” [Hebrews 5:8–9].

Juruselamat menunjukkan kasih sejati Tuhan melalui hidup dengan sempurna, dengan menghormati misi kudus-Nya. Dia tidak pernah angkuh. Dia tidak pernah tertelan dalam kesombongan. Dia selalu setia. Dia selalu rendah hati. Dia selalu ikhlas. Dia selalu patuh. …

Bila Dia mengalami azab di Getsemani, di mana Dia bertahan dengan kesakitan sampai “sehingga peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah,[Lukas 22:44], Dia adalah teladan Anak yang patuh dengan berkata, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku: tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.” [Lukas 22:42].

Seperti Juruselamat mengarah para Rasul-Nya yang terawal, Dia juga mengarah anda dan saya, “Ikutlah Aku.[Yohanes 21:22]. Adakah kita sanggup untuk patuh?

Pengetahuan yang kita cari, jawapan yang kita mahukan, dan kekuatan yang kita inginkan hari ini untuk menghadapi cabaran dari dunia yang rumit dan berubah boleh didapati apabila kita dengan rela mematuhi perintah Tuhan. Saya memetik sekali lagi firman Tuhan: “Dia yang menaati perintah-perintah [Tuhan] menerima kebenaran dan terang, sampai dia dimuliakan dalam kebenaran dan mengetahui segala sesuatu.” [A&P 93:28].

Saya dengan rendah hati berdoa kita boleh diberkati dengan banyak anugerah yang dijanjikan bagi orang yang patuh. Dalam nama Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat kita, amin.

(“Kepatuhan Mendatangkan Berkat,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 89, 92)

Kembali ke muka surat 230.

Bincang:Apakah berkat telah anda terima dengan mematuhi perintah-perintah Tuhan? Bagaimana pertaubatan membantu kita maju?

Baca:Ajaran dan Perjanjian 130:20–21 dan petikan daripada Nabi Joseph Smith (sebelah kanan)

Bincang:Baca Yosua 3:5 dan petikan oleh Elder Jeffrey R. Holland dan President Spencer W. Kimball (pada muka surat 231). Mengapa kita perlu bertaubat, menyucikan diri kita sendiri, dan cuba untuk berbuat baik dalam usaha kita untuk menjadi berdikari?

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.

  • Mematuhi perintah-perintah yang anda pilih dalam aktiviti di atas.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang kepatuhan dengan keluarga atau kawan anda.

Cetak