Tonton:“Dia Menggilap Jari Kaki Saya,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 223.)
2:2
Bincang:Adakah anda percaya terdapat penyelesaian untuk masalah anda? Bagaimanakah kita boleh melayakkan diri untuk kuasa Tuhan menolong kita
Baca:Rujukan dan petikan Handbook 2 oleh Elder Dallin H. Oaks (di sebelah kanan). Menjadi berdikari tidak bererti kita boleh melakukan atau mendapat apa sahaja yang kita telah tetapkan pada minda kita. Tetapi, ia adalah mempercayai bahawa melalui rahmat, atau kuasa memberi Yesus Kristus dan usaha kita sendiri, kita boleh mendapat semua kepentingan rohani dan duniawi kehidupan yang kita perlukan untuk diri kita dan keluarga kita. Keberdikarian adalah bukti kepercayaan atau iman kita dalam kuasa Tuhan untuk menggerakkan gunung dalam hidup kita dan memberi kekuatan untuk berjaya di atas cubaan dan kesengsaraan.
Bincang:Bagaimanakah rahmat Kristus menolong anda menerima keperluan rohani dan duniawi untuk hidup?
Bincang:Baca petikan Presiden Marion G. Romney (di sebelah kanan). Bagaimana anda tahu jika anda semakin berdikari?
Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap komitmen.
Baca surat Presidensi Utama dalam kulit depan, dan garis- kan berkat-berkat yang dijanjikan. Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan mereka? Tulis pendapat anda di bawah.
Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang keberdikarian dengan keluarga atau kawan anda.