Kitab Suci
Alma 32


Bab 32

Alma mengajar orang miskin yang kesengsaraannya telah merendahkan hati mereka—Iman ialah harapan akan apa yang tidak terlihat yang adalah benar—Alma bersaksi bahawa para malaikat melayani kaum lelaki, wanita, dan kanak-kanak—Alma membandingkan firman dengan sebiji benih—Benih itu mesti ditanam dan dipelihara—Kemudian benih itu tumbuh menjadi pokok yang darinya buah kehidupan abadi dipetik. Kira-kira 74 tahun S.M.

1 Dan terjadilah bahawa mereka pun pergi, dan mula mengkhutbahkan firman Tuhan kepada bangsa itu, memasuki saumaah-saumaah mereka, dan ke dalam rumah-rumah mereka; ya, dan bahkan mereka mengkhutbahkan firman di jalan-jalan raya mereka.

2 Dan terjadilah bahawa setelah banyak kerja di kalangan mereka, mereka mula memperoleh kejayaan di kalangan golongan yang miskin; kerana lihatlah, mereka diusir dari saumaah-saumaah kerana kasarnya pakaian mereka—

3 Oleh itu mereka tidak diizinkan masuk ke dalam saumaah-saumaah mereka untuk menyembah Tuhan, dianggap sebagai kekotoran; oleh itu mereka miskin; ya, mereka dianggap oleh saudara-saudara mereka sebagai sampah; oleh itu mereka miskin berkaitan dengan apa yang di dunia; dan juga mereka rendah hati.

4 Sekarang, sewaktu Alma sedang mengajar dan berucap kepada bangsa itu di atas Bukit Onida, datanglah sekumpulan orang ramai kepadanya, iaitu mereka tentang siapa telah kami bicarakan, yang rendah hati, kerana kemiskinan mereka berkaitan dengan apa yang di dunia.

5 Dan mereka datang kepada Alma; dan orang yang terkemuka di kalangan mereka berkata kepadanya: Lihatlah, apa yang akan saudara-saudaraku ini lakukan, kerana mereka dikeji oleh semua orang akibat kemiskinan mereka, ya, dan lebih khusus lagi oleh para imam kami; kerana mereka telah mengusir kami dari saumaah-saumaah kami yang telah kami berusaha dengan keras untuk membinanya dengan tangan kami sendiri; dan mereka telah mengusir kami kerana kemiskinan kami yang teramat sangat; dan kami tidak memiliki tempat untuk menyembah Tuhan kami; dan lihatlah, apakah yang akan kami buat?

6 Dan sekarang, ketika Alma mendengar ini, dia memalingkan dirinya, mukanya secara langsung menghadapinya, dan dia melihat dengan sukacita yang besar; kerana dia melihat bahawa kesengsaraan mereka telah benar-benar merendahkan hati mereka, dan bahawa mereka berada dalam keadaan sedia untuk mendengar firman.

7 Oleh itu dia tidak berkata apa-apa lagi kepada orang ramai yang lain itu; tetapi dia menghulurkan tangannya, dan berseru kepada mereka yang dia lihat, yang benar-benar menyesal, dan berkata kepada mereka:

8 Aku melihat bahawa kamu rendah hati; dan jika demikian, diberkatilah kamu.

9 Lihatlah saudaramu telah berkata, Apakah yang akan kami buat?—kerana kami diusir dari saumaah-saumaah kami, sehingga kami tidak dapat menyembah Tuhan kami.

10 Lihatlah aku berkata kepadamu, adakah kamu mengira bahawa kamu tidak dapat menyembah Tuhan kecuali di dalam saumaah-saumaah kamu sahaja?

11 Dan selain itu, aku mahu bertanya, adakah kamu mengira bahawa kamu tidak patut menyembah Tuhan kecuali sekali dalam seminggu?

12 Aku berkata kepadamu, adalah baik bahawa kamu diusir dari saumaah-saumaahmu, agar kamu boleh menjadi rendah hati, dan agar kamu boleh belajar kebijaksanaan; kerana perlu bahawa kamu sepatutnya belajar kebijaksanaan; sebab kerana kamu diusir, bahawa kamu telah dikeji oleh saudara-saudaramu kerana kemiskinanmu yang teramat sangat, maka kamu dibawa pada kerendahan hati; kerana kamu perlu dijadikan rendah hati.

13 Dan sekarang, kerana kamu dipaksa untuk menjadi rendah hati diberkatilah kamu; kerana seseorang kadang-kadang, jika dia dipaksa untuk menjadi rendah hati, mengupayakan pertaubatan; dan sekarang pastilah, barang siapa bertaubat akan menemukan belas kasihan; dan dia yang menemukan belas kasihan dan bertahan sampai akhir orang itu akan diselamatkan.

14 Dan sekarang, seperti yang aku katakan kepadamu, bahawa kerana kamu dipaksa untuk menjadi rendah hati kamu diberkati, tidakkah kamu mengira bahawa mereka lebih diberkati yang benar-benar merendahkan hati mereka akibat firman?

15 Ya, dia yang benar-benar merendahkan hatinya, dan bertaubat dari dosa-dosanya, dan bertahan sampai akhir, orang itu akan diberkati—ya, jauh lebih diberkati daripada mereka yang dipaksa untuk menjadi rendah hati akibat kemiskinan mereka yang teramat sangat.

16 Oleh itu, diberkatilah mereka yang merendahkan hati mereka tanpa dipaksa untuk menjadi rendah hati; atau lebih tepat, dalam kata-kata lain, diberkatilah dia yang percaya pada firman Tuhan, dan dibaptis tanpa sikap keras hati, ya, tanpa dibawa untuk mengetahui firman, atau bahkan dipaksa untuk mengetahui, sebelum mereka akan percaya.

17 Ya, ramai yang berkata: Jika engkau akan memperlihatkan kepada kami sebuah tanda dari surga, barulah kami akan mengetahui dengan suatu kepastian; barulah kami akan percaya.

18 Sekarang, aku bertanya, adakah ini iman? Lihatlah, aku berkata kepadamu, Bukan; kerana jika seseorang mengetahui suatu hal dia tidak memiliki alasan untuk percaya, kerana dia mengetahuinya.

19 Dan sekarang, berapa lebih terkutuknya dia yang mengetahui kehendak Tuhan dan tidak melakukannya, daripada dia yang hanya percaya, atau hanya memiliki alasan untuk percaya, dan jatuh ke dalam pelanggaran?

20 Sekarang, tentang hal ini kamu mesti menilai. Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa itu dari satu segi bahkan seperti dari segi yang lain; dan akan terjadi kepada setiap manusia menurut perbuatannya.

21 Dan sekarang, seperti yang aku katakan berkenaan iman—iman bukanlah memiliki suatu pengetahuan yang sempurna tentang segala sesuatu; oleh itu jika kamu memiliki iman kamu berharap untuk hal-hal yang tidak terlihat, yang adalah benar.

22 Dan sekarang, lihatlah, aku berkata kepadamu, dan aku menghendaki agar kamu hendaknya ingat, bahawa Tuhan penuh belas kasihan kepada semua yang percaya pada nama-Nya; oleh itu Dia menghasratkan, pertama-tamanya, bahawa kamu hendaknya percaya, ya, bahkan pada firman-Nya.

23 Dan sekarang, Dia memberikan firman-Nya melalui para malaikat kepada manusia, ya, bukan hanya lelaki tetapi wanita juga. Sekarang, ini bukanlah kesemuanya; anak-anak kecil telah diberikan perkataan-perkataan kepada mereka berulang kali, yang menundukkan yang bijak dan yang terpelajar.

24 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, seperti kamu telah hasratkan untuk mengetahui daripadaku apa yang patut kamu lakukan kerana kamu disengsarakan dan diusir—sekarang, aku tidak menghasratkan bahawa kamu akan mengira bahawa aku bermaksud untuk menghakimimu hanya menurut apa yang benar—

25 Kerana aku tidak bermaksud bahawa kamu semua telah dipaksa untuk merendahkan hatimu; kerana aku benar-benar percaya bahawa ada sebahagian di antara kamu yang akan merendahkan hati mereka, tidak kira apa pun keadaan mereka.

26 Sekarang, seperti yang aku katakan berkenaan iman—bahawa itu bukanlah suatu pengetahuan yang sempurna—demikian pula adanya dengan kata-kataku. Kamu tidak dapat tahu tentang kepastiannya pada mulanya, sampai kesempurnaan, sama seperti iman itu bukanlah suatu pengetahuan yang sempurna.

27 Tetapi lihatlah, jika kamu mahu membangkitkan dan menggugah kecekapanmu, bahkan untuk suatu percobaan terhadap kata-kataku, dan menjalankan segelintir iman, ya, bahkan jika kamu tidak dapat membuat lebih daripada berhasrat untuk percaya, biarlah hasrat ini bekerja dalam dirimu, bahkan sampai kamu percaya dalam cara di mana kamu dapat memberi tempat untuk sebahagian daripada kata-kataku.

28 Sekarang, kita akan membandingkan firman dengan sebiji benih. Sekarang, jika kamu memberi tempat, agar sebiji benih boleh ditanam dalam hatimu, lihatlah, jika ia sebiji benih yang sejati, atau benih yang baik, jika kamu tidak menyingkirkannya akibat ketidakpercayaanmu, sehingga kamu akan menentang Roh Tuhan, lihatlah, ia akan mula menggembung di dalam dadamu; dan ketika kamu merasakan gerakan penggembungan ini, kamu akan mula berkata dalam dirimu—Semestinya ini benih yang baik, atau bahawa firman itu baik, kerana ia mula memperbesar jiwaku; ya, ia mula menerangi pengertianku, ya, ia mula menjadi lazat bagiku.

29 Sekarang, lihatlah, tidakkah akan ini meningkatkan imanmu? Aku berkata kepadamu, Ya; walaupun demikian ia belum tumbuh menjadi suatu pengetahuan yang sempurna.

30 Tetapi lihatlah, sewaktu benih itu menggembung, dan bertunas, dan mula tumbuh, maka kamu semestinya perlu mengatakan bahawa benih itu baik; kerana lihatlah ia menggembung, dan bertunas, dan mula tumbuh. Dan sekarang, lihatlah, tidakkah ini akan menguatkan imanmu? Ya, ini akan menguatkan imanmu: kerana kamu akan berkata aku tahu bahawa ini benih yang baik; kerana lihatlah benih itu bertunas dan mula tumbuh.

31 Dan sekarang, lihatlah, adakah kamu yakin bahawa ini benih yang baik? Aku berkata kepadamu, Ya; kerana setiap benih menghasilkan pada keserupaannya sendiri.

32 Oleh itu, jika sebiji benih tumbuh, benih itu baik, tetapi jika benih itu tidak tumbuh, lihatlah benih itu tidaklah baik, oleh itu, benih itu dibuang.

33 Dan sekarang, lihatlah, kerana kamu telah mencuba percubaan itu, dan menanam benih itu, dan benih itu menggembung dan bertunas, dan mula tumbuh, kamu mesti tahu bahawa benih itu baik.

34 Dan sekarang, lihatlah, adakah pengetahuanmu sempurna? Ya, pengetahuanmu sempurna dalam hal itu, dan imanmu pendam; dan ini kerana kamu tahu, kerana kamu tahu bahawa firman itu telah menggembungkan jiwamu, dan kamu juga tahu bahawa ia telah bertunas, sehingga pengertianmu mula diterangi, dan fikiranmu mula meluas.

35 Ya maka, bukankah ini nyata? Aku berkata kepadamu, Ya, kerana itu cahaya; dan apa pun yang cahaya, adalah baik, kerana itu dapat dikenali, oleh itu kamu mesti tahu bahawa itu baik; dan sekarang, lihatlah, setelah kamu mengecapi cahaya ini adakah pengetahuanmu sempurna?

36 Lihatlah aku berkata kepadamu, Tidak; tidak juga kamu mesti mengesampingkan imanmu, kerana kamu hanya menjalankan imanmu untuk menanam benih agar kamu boleh mencuba percubaan itu untuk mengetahui adakah benih itu baik.

37 Dan lihatlah, sewaktu pokok itu mula tumbuh, kamu akan berkata: Marilah kita memeliharanya dengan penjagaan yang rapi, agar pokok itu boleh berakar, agar ia boleh tumbuh, dan menghasilkan buah bagi kita. Dan sekarang, lihatlah, jika kamu memeliharanya dengan rapi, pokok itu akan berakar, dan tumbuh, dan menghasilkan buah.

38 Tetapi jika kamu mengabaikan pokok itu, dan tidak mengambil berat akan pemeliharaannya, lihatlah pokok itu langsung tidak akan berakar; dan ketika panas matahari datang dan menghanguskannya, kerana pokok itu tidak memiliki akar, ia akan layu, dan kamu mencabutnya dan membuangnya.

39 Sekarang, ini bukanlah kerana benih itu tidak baik, tidak juga kerana buahnya tidak dihasrati; tetapi itu kerana negerimu gersang, dan kamu tidak mahu memelihara pokok itu, oleh itu kamu tidak dapat memiliki buahnya.

40 Dan demikianlah, jika kamu tidak mahu memelihara firman, menanti-nantikan dengan mata iman pada buahnya, kamu langsung tidak akan dapat memetik buah dari pokok kehidupan.

41 Tetapi jika kamu akan memelihara firman, ya, memelihara pokok itu sewaktu pokok itu mula tumbuh, melalui imanmu dengan ketekunan yang besar, dan dengan kesabaran, menanti-nantikan buahnya, pokok itu akan berakar; dan lihatlah ia akan menjadi pokok yang tumbuh menuju kehidupan kekal.

42 Dan kerana ketekunanmu dan imanmu dan kesabaranmu dengan firman dalam memeliharanya, agar pokok itu boleh berakar dalam dirimu, lihatlah, dalam masa yang singkat kamu akan memetik buahnya, yang paling berharga, yang manis melebihi segala yang manis, dan yang putih melebihi segala yang putih, ya, dan murni melebihi segala yang murni; dan kamu akan menjamukan diri dengan buah ini bahkan sampai kamu kenyang, sehingga kamu tidak lapar, tidak juga akan kamu haus.

43 Pada waktu itu, saudara-saudaraku, kamu akan menuai pahala imanmu, dan ketekunan, dan kesabaran, dan panjang sabarmu, menunggu pokok itu menghasilkan buah bagimu.