Perjanjian Baru 2023
26 Mac. Bagaimanakah Remaja Puteri dan Remaja Putera Boleh Bekerjasama untuk Membantu Membina Kerajaan Tuhan? Matius 13; Lukas 8; 13


“26 Mac. Bagaimanakah Remaja Puteri dan Remaja Putera Boleh Bekerjasama untuk Membantu Membina Kerajaan Tuhan? Matius 13; Lukas 8; 13,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)

“26 Mac. Bagaimanakah Remaja Puteri dan Remaja Putera Boleh Bekerjasama untuk Membantu Membina Kerajaan Tuhan?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023

mesyuarat majlis bahagian

Mac 26

Bagaimanakah Remaja Puteri dan Remaja Putera Boleh Bekerjasama untuk Membantu Membina Kerajaan Tuhan?

Matius 13; Lukas 813

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan dengan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Mengamalkan injil. Bagaimanakah kita menemukan kebahagiaan dengan mengikuti Yesus Kristus?

  • Menjaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah dalam bahagian atau komuniti kita yang memerlukan bantuan kita? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh membantu satu sama lain bersedia untuk pelayanan misionari?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menyumbang kepada usaha bahagian kita untuk melakukan pekerjaan sejarah keluarga dan bait suci?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Melalui satu siri perumpamaan yang terdapat dalam Matius 13, Juruselamat mengajar kebenaran penting tentang kerajaan Tuhan dan perkembangan hebatnya di zaman kita. Dalam dua perumpamaan ini, sesuatu yang kecil dan sederhana menghasilkan sesuatu yang besar. Dan ia adalah tindakan seorang putera atau puteri Tuhan yang membantu mukjizat itu terjadi. Benih sawi kecil tumbuh menjadi sebatang pokok yang cukup besar untuk burung “membuat sarang pada cabangnya” ketika “seseorang mengambil, dan menanamnya di ladang” (Matius 13:31–32). Dan sedikit ragi menyebabkan adunan naik dengan besar apabila “seorang wanita mengambil sedikit ragi, lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung” (Matius13:33). Kerajaan Tuhan pada zaman kita berkembang dan tersebar kerana Orang Suci-Nya—termasuk remaja puteri dan remaja putera—bekerjasama dengan-Nya untuk membinanya.

Selain daripada membaca Matius 13 dan Lukas 813 minggu ini, pertimbangkan untuk membaca pesanan Presiden M. Russell Ballard “Lelaki dan Wanita dalam Pekerjaan Tuhan”(New Era, Apr. 2014, 2–5) dan pesanan Presiden Jean B. Bingham “Bersatu dalam Melaksanakan Pekerjaan Tuhan” (Liahona, Mei 2020, 60–63).

Belajar Bersama

Untuk membantu remaja yang anda ajar menggambarkan perumpamaan dalam Matius 13, pertimbangkan untuk memaparkan gambar benih sawi, ragi (seperti yis), mutiara, dan jala memancing. Para remaja boleh kaji semula Matius 13:31–33, 45–48 dan berkongsi apa yang setiap perumpamaan ini ajarkan mereka tentang kerajaan syurga. Bagaimanakah kita boleh mengaplikasikan pesanan perumpamaan-perumpamaan ini dalam kehidupan kita sendiri? Apakah yang kita lakukan untuk membantu Tuhan membina kerajaan-Nya? Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh membantu dalam perbincangan.

  • Sebelum pertemuan, jemput ahli-ahli kelas atau kuorum untuk belajar tentang wanita dan lelaki yang merupakan teladan dalam membantu membina kerajaan Tuhan. Orang-orang ini mungkin dari tulisan suci (lihat “Sumber-sumber Berkaitan”), dari sejarah Gereja, atau dari kehidupan mereka sendiri. Jemput para remaja untuk berkongsi perkara yang mereka telah pelajari. Dalam cara apakah orang-orang ini telah membantu Tuhan membina kerajaan-Nya? Bagaimanakah kita boleh mengikuti contoh mereka?

  • Jika anda mengajar remaja putera, jemput mereka untuk kaji semula pesanan Presiden Bonnie L. Oscarson “Remaja Puteri dalam Pekerjaan” (Liahona, Mei 2018, 36–38) dan cari dan kongsi cara-cara remaja puteri menyumbang kepada pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Remaja puteri boleh melakukan pencarian yang sama dalam pesanan Brother Douglas D. Holmes “Apa yang Setiap Pemegang Imamat Harun Perlu Fahami” (Liahona, Mei 2018, 50–53). Bagaimana tanggungjawab remaja puteri dan remaja putera serupa? Bagaimanakah kita boleh bekerjasama dengan lebih baik semasa kita melakukan pekerjaan Tuhan?

  • Untuk membantu para remaja memahami bagaimana wanita dan lelaki bekerjasama untuk membina kerajaan Tuhan, anda boleh menulis soalan-soalan di papan tulis seperti ini: Mengapakah Tuhan memerlukan wanita dan lelaki bekerjasama untuk membantu membina kerajaan-Nya? Bagaimanakah presidensi kelas dan kuorum boleh bekerjasama dengan lebih baik? Para remaja boleh mengkaji semula sebahagian pesanan Presiden M. Russell Ballard “Lelaki dan Perempuan dalam Pekerjaan Tuhan” atau pesanan Presiden Jean B. Bingham “Bersatu dalam Melaksanakan Pekerjaan Tuhan,” terutamanya bahagian yang bermula dengan “Jadi apakah maksudnya untuk anda dan saya?” Remaja boleh berkongsi jawapan yang mereka temui kepada soalan-soalan tersebut.

  • Untuk membantu para remaja memahami bagaimana mereka boleh membantu membina kerajaan Tuhan, mungkin anda boleh meminta presiden kelas atau kuorum berkongsi isu-isu yang dibincangkan di mesyuarat majlis remaja cabang yang sesuai untuk berbincang. Jemput ahli kelas atau kuorum memberi pandangan mengenai cara-cara untuk membantu dalam isu-isu tersebut. Apakah yang kita lakukan di rumah kita, bahagian kita, dan komuniti kita untuk membantu pekerjaan Tuhan? Pertimbangkan untuk meminta presiden kelas atau kuorum untuk menyediakan isu-isu yang dibincangkan dalam mesyuarat majlis remaja bahagian yang sesuai untuk dikongsi. Jemput ahli-ahli kelas atau kuorum untuk berkongsi pandangan tentang bagaimana mereka boleh membantu isu-isu tersebut.

wanita muda menggali

Tuhan memerlukan wanita dan lelaki untuk bekerjasama dalam membina kerajaan-Nya.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way (Mengajar dengan Cara Juruselamat)

Apabila anda memberi jemputan untuk menjalani asas tertentu, bantu para pelajar menemui berkat-berkat yang Tuhan telah janjikan kepada mereka yang mengamalkan asas itu.