“9 April. Bagaimanakah Saya Boleh Memperkuatkan Kesaksian Saya tentang Kebangkitan Yesus Kristus? Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023 (2022)
“9 April. Bagaimanakah Saya Boleh Memperkuatkan Kesaksian Saya tentang Kebangkitan Yesus Kristus?,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2023
April 9
Bagaimanakah Saya Boleh Memperkuatkan Kesaksian Saya tentang Kebangkitan Yesus Kristus?
Hari Easter
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; lebih kurang 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun bersama. Kemudian, tambahan kepada perbincangan tentang urusan kelas atau kuorum yang tertentu, anda boleh membincangkan tanggapan dan tema daripada persidangan umum. Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu.
-
Apakah tema atau pesanan yang menonjol kepada kita? Apakah yang memperkuatkan iman kita terhadap Yesus Kristus?
-
Apakah yang memperkukuhkan kesaksian kita terhadap nabi-nabi hidup? Apakah yang kita terilham untuk lakukan menurut apa yang kita pelajari atau rasai?
-
Apakah yang perlu kita lakukan sebagai kelas atau kuorum untuk mengingati dan bertindak atas nasihat yang kita dengar dalam persidangan umum?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; lebih kurang 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Para Rasul bersaksi bahawa Yesus Kristus hidup! Dia menderita dan mati di atas salib, Dia dikebumikan di dalam makam, dan pada hari ketiga Dia bangkit semula. Kerana Dia memperoleh kemenangan atas kematian, kita semua akan dibangkitkan. Kebangkitan Juruselamat membawa janji kebaqaan dan harapan kehidupan abadi. Janji ini berada pada pusat Hari Easter.
Sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita mempunyai sebab istimewa untuk mempercayai bahawa Yesus Kristus telah dibangkitkan. Sebagai tambahan kepada saksi-saksi orang dari zaman Perjanjian Baru, kita mempunyai kesaksian orang yang hidup dalam zaman Kitab Mormon, Nabi Joseph Smith, dan para nabi dan rasul kita yang hidup. Kita juga boleh menerima kesaksian peribadi tentang Kebangkitan melalui Roh Kudus. Bagaimanakah anda dapat membantu para remaja menguatkan kesaksian mereka bahawa Yesus Kristus telah dibangkitkan? Semasa anda membuat persediaan, pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Sister Reyna I. Aburto “Maut Tiada Kemenangan” (Liahona, Mei 2021, 85–86) dan pesanan Elder S. Mark Palmer “Kesedihan Kita Akan Berubah Menjadi Kegembiraan” (Liahona, Mei 2021, 88–89).
Belajar Bersama
Anda boleh memulakan perbincangan tentang Kebangkitan Yesus Kristus dengan menjemput para remaja untuk berkongsi apa yang mereka telah lakukan minggu ini untuk menyambut Hari Easter. Anda boleh menanya mereka apa yang mereka telah pelajari atau lakukan secara individu atau bersama keluarga mereka untuk menguatkan kesaksian mereka tentang Kebangkitan Juruselamat. Berikut adalah aktiviti-aktiviti untuk membantu ahli-ahli kelas atau kuorum anda menguatkan kesaksian mereka.
-
Bincang bersama mengapa saksi-saksi penting dalam kehidupan seharian. Kemudian buat satu senarai seberapa banyak saksi Kebangkitan Yesus yang boleh difikirkan oleh kelas atau kuorum anda. Setiap orang kemudian boleh memilih tulisan suci dari yang tersenarai dalam “Sumber-sumber Berkaitan” untuk belajar tentang beberapa saksi-saksi ini. Jemput ahli-ahli kelas dan kuorum untuk berkongsi perkara yang telah mereka pelajari. Galakkan mereka untuk berkongsi bagaimana saksi-saksi ini menguatkan kesaksian mereka tentang Kebangkitan Yesus Kristus.
-
Apakah beberapa situasi di mana kita boleh berkongsi kesaksian kita tentang Kebangkitan Juruselamat? Jika sesiapa dalam kelas atau kuorum mempunyai pengalaman bercakap dengan seseorang tentang Kebangkitan Juruselamat, pertimbangkan untuk menjemput dia kongsikan pengalaman itu. Galakkan ahli-ahli kelas atau kuorum untuk memikirkan bagaimana mereka akan membantu seseorang memahami Kebangkitan Yesus Kristus dan memperoleh kesaksian bahawa kerana-Nya kita semua boleh dibangkitkan. Apakah kebenaran penting tentang Kebangkitan untuk diajar kepada orang lain? Ahli kelas atau kuorum boleh mencari jawapan dalam tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan.”
-
Apabila para Rasul memberitahu Tomas bahawa mereka telah melihat Juruselamat yang bangkit, Tomas berkata dia tidak akan percaya kecuali dia melihat bagi dirinya sendiri. Kemudian Yesus memberitahu Tomas, “Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!” Kaji bersama pengalaman Tomas yang terdapat dalam Yohanes 20:24–29. Bagaimanakah kita telah diberkati kerana mempercayai Juruselamat tanpa melihat-Nya? Bagaimanakah kita dapat memperkuatkan kepercayaan kita kepada Yesus Kristus? Jemput ahli-ahli kelas atau kuorum untuk menyelidiki satu atau beberapa pesanan daripada pemimpin Gereja dalam “Sumber-sumber Berkaitan” dan kongsi mengapa mereka bersyukur untuk Kebangkitan Juruselamat. Bagaimanakah pengetahuan bahawa kita akan dibangkitkan mempengaruhi cara kita berfikir tentang tubuh kita dan keputusan yang kita buat?
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Matius 28:1–10; Lukas 24:13–35; Lukas 24:36–48; Yohanes 20:11–29; 1 Korintus 15:3–8; 3 Nefi 11:1–15; Eter 12:38–39; Ajaran dan Perjanjian 76:19–24 (Saksi-saksi Kebangkitan)
-
2 Nefi 9:10–15; Mosia 16:8–11; Alma 11:42–45; Alma 40:23–25; Ajaran dan Perjanjian 93:33–34 (Tulisan suci yang mengajar tentang Kebangkitan semua orang)
-
Gerrit W. Gong, “Hosana dan Hallelujah—Yesus Kristus yang Hidup: Hati Pemulihan dan Hari Easter,” Liahona, Mei 2020, 52–55
-
Reyna I. Aburto, “Maut Tiada Kemenangan,” Liahona, Mei 2021, 85–86
-
S. Mark Palmer, “Kesedihan Kita Akan Berubah Menjadi Kebahagiaan,” Liahona, Mei 2021, 88–89