Perjanjian Baru 2023
Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak


“Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2023)

“Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

wanita mengajar kanak-kanak kecil dalam bilik kelas gereja

Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak

Sumber-sumber ini boleh didapati dalam aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Anda boleh menyesuaikan aktiviti dari Ikutah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk kegunaan di kelas Sekolah Primer anda. Jangan risau sekiranya kanak-kanak telah melakukan aktiviti ini dengan keluarga di rumah; aktiviti yang berulang membantu mereka belajar. Kanak-kanak mungkin akan memberitahu anda bagaimana mereka lakukan aktiviti tersebut bersama keluarga mereka dan apa yang mereka telah pelajari.

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak

Muzik kudus menjemput Roh, membantu kita merasakan kasih Tuhan, dan mengajar ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain menggunakan versi cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak, anda boleh mencari rakaman video dan audio bagi banyak lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan dalam aplikasi Sacred Music dan Gospel Media.

Untuk idea, lihat “Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran” dan “Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer dan Nyanyian Rohani” dalam lampiran panduan ini.

Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu

Banyak topik yang disampaikan dalam Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu: Buku Panduan Nurseri adalah serupa dengan apa yang anda ajar dalam Sekolah Primer. Terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil, pertimbangkan untuk merujuk buku panduan nurseri untuk lagu, kisah, aktiviti dan kraf tambahan.

Friend

Majalah Friend menyediakan cerita dan aktiviti yang boleh menambah asas yang anda ajar dari Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Kisah-Kisah Perjanjian Baru

Cerita-cerita Perjanjian Baru boleh membantu kanak-kanak mempelajari ajaran dan cerita yang terdapat dalam Perjanjian Baru.

Video dan Seni

Karya seni, video, dan media lain boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami ajaran dan membayangkan cerita yang berkaitan dengan tulisan suci. Kunjungi Gospel Media di GospelMedia.ChurchofJesusChrist.org untuk semak imbas koleksi sumber-sumber media Gereja. Gospel Media juga tersedia dalam aplikasi mudah alih. Terdapat banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam kelas, dalam Buku Seni Injil.

Teaching in the Savior’s Way

Teaching in the Savior’s Way dapat membantu anda mempelajari dan menerapkan asas-asas pengajaran yang serupa dengan Kristus. Asas-asas ini dibincangkan dan diamalkan dalam mesyuarat majlis pengajar.