Perjanjian Baru 2023
Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak


“Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2023)

“Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus memegang anak kecil

Anda Seorang Pengajar Kanak-kanak

Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengajar anak-anak-Nya mengikut cara Juruselamat. Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini oleh wewenang imamat kudus-Nya. Walaupun anda bukan pengajar yang berpengalaman, apabila anda hidup dengan layak, berdoa setiap hari, dan mengkaji tulisan suci, Bapa Syurgawi akan memberi anda pengaruh dan kuasa Roh Kudus untuk membantu anda berjaya (lihat 2 Nefi 33:1).

Mereka yang diamanahkan kepada anda untuk dijaga ialah anak-anak Bapa Syurgawi, dan Dia tahu apa yang mereka perlukan dan bagaimana untuk membantu mereka. Apabila anda mencari pengaruh Roh Kudus dengan penuh doa, Dia akan membimbing anda semasa anda bersedia dan semasa anda mengajar. Dia akan mengungkapkan kepada anda apa yang harus anda katakan dan apa yang harus anda lakukan (lihat 2 Nefi 32:5).

Jangan pandang rendah keupayaan kanak-kanak untuk memahami injil. Dalam semua aspek hidup mereka, kanak-kanak berharga ini sentiasa menyerap informasi, membentuk dan menghalusi pendapat mereka, dan membuat dan berkongsi penemuan. Ini benar terutamanya dalam injil, kerana kanak-kanak bersedia dan bersemangat untuk belajar kebenaran yang mudah injil. Iman mereka dalam perkara rohani adalah kuat dan murni, dan setiap saat adalah peluang pembelajaran. Mereka rela bertindak atas apa yang mereka telah belajar, walaupun pemahaman mereka masih tidak lengkap. Inilah cara kita semua harus menerima injil. Seperti Juruselamat ajarkan, “Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Tuhan seperti seorang anak, tidak akan menikmati Pemerintahan-Nya” (Lukas 18:17).

Panggilan untuk mengajar kanak-kanak adalah amanah kudus, dan adalah perkara biasa untuk berasa berat pada masa-masa tertentu. Tetapi ingatlah Bapa Syurgawi anda memanggil anda, dan Dia akan menyokong anda. Ini adalah pekerjaan Tuhan, dan apabila anda melayani “dengan sepenuh hati, daya, fikiran, dan kekuatanmu” (Ajaran dan Perjanjian 4:2), Dia akan membesarkan keupayaan, kurnia, dan bakat, dan pelayanan anda akan memberkati hidup kanak-kanak yang anda ajar.

Cetak