“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2023)
“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer
Persediaan untuk Mengajar dalam Sekolah Primer
Pembelajaran peribadi dan sekeluarga di rumah harus menjadi pusat pembelajaran injil. Ini betul bagi anda dan kanak-kanak yang anda ajar. Semasa anda bersedia untuk mengajar, bermula dengan memperoleh pengalaman anda sendiri dalam tulisan suci. Persediaan anda yang paling penting akan berlaku semasa anda menjalankan injil, mengkaji tulisan suci, dan mencari ilham Roh Kudus.
Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga merupakan bahagian penting dalam pengajian peribadi dan persediaan anda untuk mengajar. Panduan ini akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang asas-asas ajaran yang terdapat dalam kitab suci. Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer akan menyediakan aktiviti untuk banyak tulisan suci dan cerita yang kanak-kanak dijemput untuk belajar di rumah sepanjang minggu.
Ketika anda membuat persediaan, idea dan tanggapan tentang kanak-kanak yang anda ajari akan datang. Anda akan menerima pemahaman berkenaan bagaimana asas-asas yang didapati dalam tulisan suci dapat memberkati kehidupan mereka. Anda akan dibimbing untuk mengilhami mereka menerokai asas-asas tersebut apabila mereka belajar dari tulisan suci dengan sendiri dan bersama keluarga mereka.
Idea Pengajaran
Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin peroleh ilham tambahan melalui penerokaan panduan pengajaran dalam sumber ini. Jangan fikirkan idea-idea ini sebagai arahan langkah demi langkah tetapi sebaliknya cadangan untuk mencetuskan ilham anda sendiri. Anda mengenali kanak-kanak ini, dan anda akan lebih mengenali mereka apabila anda berinteraksi dengan mereka dalam kelas. Tuhan juga mengenali mereka, dan Dia akan mengilhami anda cara yang terbaik untuk mengajar dan memberkati mereka
Terdapat banyak sumber lain yang anda boleh gunakan semasa persiapan, termasuk idea dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan Majalah Gereja. Untuk maklumat lanjut berkenaan berikut dan sumber-sumber lain, lihat “Sumber-sumber Tambahan Untuk Mengajar Kanak-kanak” dalam sumber ini.
Beberapa Perkara untuk Diingati
-
Setiap kali anda bertemu dengan kanak-kanak, pertimbangkan cara anda dapat membantu mereka merasakan kasih Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta mengenali pengaruh Roh Kudus.
-
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk mengajar anak-anak mereka. Sebagai pengajar, anda ada tanggungjawab yang penting untuk menyokong, menggalak, dan membantu pembelajaran injil di rumah. Peka terhadap kanak-kanak di mana ibu bapanya tidak mengajarkan injil di dalam rumah mereka. Libatkan semua kanak-kanak dalam perbincangan injil tanpa mengira keadaan dalam keluarga mereka.
-
Pengulangan merupakan sesuatu yang baik. Kanak-kanak belajar kebenaran injil dengan lebih berkesan apabila kebenaran itu diajar dengan berulang melalui pelbagai aktiviti. Jika anda mendapati satu aktiviti pembelajaran amat berkesan bagi kanak-kanak, pertimbangkan untuk mengulangnya, terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil. Anda juga mungkin dapat mengulang aktiviti dari pelajaran sebelumnya.
-
Bapa Syurgawi ingin anda berjaya sebagai seorang pengajar. Dia telah menyediakan banyak sumber untuk membantu anda, termasuk mesyuarat majlis pengajar. Dalam mesyuarat ini, anda boleh berbincang dengan pengajar lain mengenai cabaran yang anda hadapi. Anda juga boleh berbincang dan berlatih menggunakan asas-asas mengajar seperti Kristus.
-
Jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil dan memerlukan bantuan tambahan, lihat “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” dalam sumber ini.
Sumber ini merangkumi garis panduan mengajar untuk setiap minggu bagi sepanjang tahun. Pada hari Ahad apabila Sekolah Primer tidak diadakan kerana persidangan umum, persidangan pancang, atau apa-apa sebab lain, keluarga digalakkan untuk terus membaca Perjanjian Baru di rumah mengikut jadual yang digariskan dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Janganlah risau tentang ajaran yang tertinggal; ajarkan panduan mingguan yang dijadualkan.