Perjanjian Baru 2023
Pola untuk Mengajar


“Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2023)

“Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Pengajar dan kanak-kanak Sekolah Primer

Suatu Pola untuk Mengajar

Dalam sumber ini, anda akan mendapati pola tiga langkah berikut diulangi dalam setiap panduan: jemput perkongsian, mengajar ajaran, dan menggalakkan pembelajaran di rumah. Dalam banyak kes, semasa anda mengajar, elemen-elemen pola ini mungkin bertindih atau berlaku dalam susunan yang berbeza. Contohnya, pertimbangkan bahawa perkongsian adalah satu peluang untuk mengajar ajaran-ajaran, dan mengajar ajaran-ajaran harus melibatkan jemputan untuk berkongsi. Begitu juga, menggalakkan pembelajaran di rumah boleh berlaku sepanjang perbincangan kelas. Izinkan pelarasan pada pola ini untuk berlaku secara semula jadi, ikuti bisikan Roh untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang anda ajari.

Jemput Perkongsian

3:15

Sebagai sebahagian daripada kelas, jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka, pandangan, dan pengalaman tentang asas-asas yang anda ajari. Ulasan-ulasan mereka mungkin termasuk pengalaman yang mereka miliki sewaktu mempelajari di rumah. Anda juga boleh menyemak kembali apa yang mereka telah pelajari minggu lepas dan bertanya bagaimana ia telah mempengaruhi kehidupan mereka.

Mengajar Ajaran

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda lebih memahami ajaran yang akan anda ajarkan kepada kanak-kanak. Pertimbangkan ayat tulisan suci, penyataan, pengalaman, soalan, dan sumber lain yang anda boleh kongsi untuk membantu kanak-kanak memahami dan bertindak atas asas injil yang mereka pelajari. Bantu mereka mengenali pengaruh Roh Kudus semasa Roh bersaksi tentang kebenaran. Carilah cara kreatif dan mengilhamkan untuk membantu mereka menjadi teruja tentang apa yang mereka pelajari.

Untuk idea tentang cara menggunakan muzik untuk mengajar ajaran, lihat bahagian “Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran” dan “Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer dan Nyanyian Rohani” dalam lampiran panduan ini.

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Kerana rumah adalah pusat pembelajaran injil, salah satu objektif anda sebagai pengajar Sekolah Primer adalah untuk menggalakkan pembelajaran di rumah. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak kongsi kepada keluarga mereka apa yang mereka telah pelajari di dalam kelas? Bagaimanakah anda boleh menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka untuk terus pelajari Perjanjian Baru di rumah?