Ajaran dan Perjanjian 2021
4–10 Januari. Joseph Smith—Sejarah 1:1–26: “Aku Melihat Suatu Tiang Cahaya”


“4–10 Januari. Joseph Smith—Sejarah 1:1–26: ‘Aku Melihat Suatu Tiang Cahaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“4–10 Januari. Joseph Smith—Sejarah 1:1–26,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Sacred Grove

Sacred Grove (Hutan Kudus), oleh Greg K. Olsen

4–10 Januari

Joseph Smith—Sejarah 1:1–26

“Aku Melihat Suatu Tiang Cahaya”

Ingatlah bahawa penyediaan paling penting adalah untuk mengkaji tulisan suci dan menjalani apa yang anda pelajari. Roh dapat membantu anda mengetahui apa yang perlu difokuskan dalam kelas.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Apakah pandangan yang diperoleh para ahli kelas semasa mereka mengkaji Joseph Smith—Sejarah 1:1–26 minggu ini? Mungkin anda boleh menunjukkan gambar Joseph Smith atau Penglihatan Pertama dan menjemput para ahli kelas menulis pada papan tulis beberapa pandangan dari kajian mereka, bersama dengan ayat-ayat di mana mereka mendapatnya. Mereka juga boleh berkongsi bagaimana kesaksian mereka tentang Joseph Smith dan misinya berkembang ketika mereka belajar tentang dia minggu ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Joseph Smith—Sejarah 1:5–18

Jika kita bertanya dengan iman, Tuhan akan menjawab kita.

  • Para ahli kelas anda mungkin dapat mencari kaitan keinginan Joseph untuk mencari kebenaran di dunia di mana banyak idea yang bercanggah diajarkan. Bagaimanakah kekeliruan di zaman kita sama dengan apa yang dia hadapi? Untuk membantu para ahli kelas melihat bagaimana kita dapat mencari jawapan kepada soalan-soalan kita, anda boleh menjemput mereka untuk menyenaraikan pada papan tulis pelbagai cara orang mencari kebenaran. Kemudian mereka boleh mengkaji semula Joseph Smith—Sejarah 1:5–18 dan tambahkan kepada senarai apa yang dilakukan oleh Joseph Smith untuk mencari jawapan kepada soalan-soalannya.

  • Para ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah mengikuti contoh Joseph Smith dalam pencarian mereka untuk kebenaran dan bagaimana Tuhan telah menjawab mereka. Kenyataan Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan” mencadangkan beberapa cara kita boleh mencari kebenaran daripada Tuhan.

    Imej
    wanita muda berdoa

    Doa membolehkan kita berkomunikasi dengan Tuhan.

Joseph Smith—Sejarah 1:15–20

Joseph Smith nampak Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus.

  • Penglihatan Pertama menngungkapkan beberapa kebenaran mengenai Tuhan yang bercanggah dengan apa yang ramai orang percaya pada zaman Joseph. Para ahli kelas boleh membaca Joseph Smith—Sejarah 1:15–20 dan mengenal pasti sesuatu yang mereka pelajari mengenai Tuhan. Mengapakah ia penting untuk mengetahui kebenaran ini mengenai Tuhan?

  • Jika Joseph Smith melawat kelas kita, apakah yang kita akan tanyakan kepadanya tentang pengalamannya?   Mungkin mereka dapat merenungkan bagaimana mereka akan melengkapkan ayat seperti ini: “Oleh kerana Penglihatan Pertama telah berlaku, saya tahu …” Berkat-berkat apa yang telah datang ke dalam hidup kita kerana Penglihatan Pertama?

  • Untuk menambah semangat perbincangan anda, para ahli kelas boleh membaca atau menyanyi“Doa Joseph Smith yang Pertama” (Nyaniyan Rohani, no. 12). Apakah yang lagu rohani ini dapat bantu kita memahami dan rasa tentang Penglihatan Pertama? Mungkin beberapa ahli kelas dapat berkongsi bagaimana mereka mengetahui sendiri bahawa Joseph benar-benar melihat Tuhan Bapa dan Yesus Kristus di Sacred Grove (Hutan Kudus). Atau anda boleh menjemput penginjil sepenuh masa (atau penginjil yang baru kembali) untuk melawat kelas dan bercakap tentang bagaimana Penglihatan Pertama telah mempengaruhi kehidupan orang yang mereka ajar.

Joseph Smith—Sejarah 1:21–26

Kita boleh kekal setia dengan apa yang kita tahu, walaupun orang lain menolak kita.

  • Para ahli kelas mungkin dapat mengenal pasti beberapa perkara yang dialami oleh Joseph Smith ketika dia mula memberitahu orang lain tentang penglihatannya (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:21–26). Mungkin mereka boleh berkongsi petikan yang mengilhami mereka apabila orang lain mencabar kepercayaan mereka.

  • Jika anda tahu ahli-ahli bahagian yang mengalami pertentangan kerana mereka adalah ahli Gereja, pertimbangkan untuk meminta mereka untuk datang ke kelas bersedia untuk berkongsi bagaimana mereka memelihara iman mereka dengan kuat. Apakah yang kita pelajari daripada contoh Joseph Smith dalam Joseph Smith—Sejarah1:21–26?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Mengikut contoh Joseph.

Presiden Russell M. Nelson telah mengajar:

“Nabi Joseph Smith telah menetapkan satu contoh kepada kita untuk diikuti dalam menyelesaikan persoalan kita. Tertarik kepada janji Yakobus bahawa apabila kita kekurangan kebijaksanaan kita boleh bertanya kepada Tuhan [lihat Yakobus 1:5], pemuda Joseph membawa soalannya secara langsung kepada Bapa Syurgawi. Dia mencari wahyu peribadi, dan pencariannya membuka zaman keagamaan terakhir ini.

“Dalam cara yang sama, apakah pencarian anda akan membukakan untuk anda? Apakah kebijaksanaan yang anda kurang? Apakah yang anda rasa penting untuk diketahui atau difahami? Ikuti teladan Nabi Joseph. Carilah sebuah tempat sunyi di mana anda dapat pergi secara kerap. Rendahkan diri anda di hadapan Tuhan. Luahkan isi hati anda kepada Bapa Syurgawi. Berpaling kepada Dia untuk jawapan dan untuk ketenangan” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 95).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Cari ilham anda sendiri. Jangan menganggap rangka panduan ini sebagai arahan yang anda mesti ikut semasa mengajar. Sebaliknya, gunakannya untuk mencetuskan idea dan memupuk ilham semasa anda merenungkan ajaran dalam tulisan suci dan keperluan orang yang anda ajar.

Cetak