Ajaran dan Perjanjian 2021
11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65: “Hati Anak-anak Akan Berpaling Kepada Nenek Moyang Mereka”


“11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65: ‘Hati Anak-anak Akan Berpaling Kepada Nenek Moyang Mereka,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“11–17 Januari. Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65,” Ikulah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Moroni muncul kepada Joseph Smith

He Called Me by Name, (Dia Memanggil Namaku) oleh Michael Malm

11–17 Januari

Ajaran dan Perjanjian 2; Joseph Smith—Sejarah 1:27–65

“Hati Anak-anak Akan Berpaling Kepada Nenek Moyang Mereka”

Sebelum anda membaca idea-idea dalam rangka panduan ini, kaji Ajaran dan Perjanjian 2 dan Joseph Smith—Sejarah 1:27–65, dan catat tanggapan rohani anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan para ahli kelas berkongsi pandangan dan pengalaman yang mereka miliki ketika mereka mengkaji tulisan suci ini, anda boleh meminta mereka untuk berkongsi ayat yang menyebabkan mereka merenung lebih mendalam dari biasa. Apakah yang menarik perhatian mereka tentang ayat itu?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Joseph Smith—Sejarah 1:27–65

Joseph Smith dipanggil oleh Tuhan untuk melakukan pekerjaan-Nya.

  • Adakah kelas anda mendapat manfaat dari mengkaji semula cerita dalam Joseph Smith—Sejarah 1:27–65? Anda boleh menjemput satu ahli kelas untuk meringkaskannya, atau ahli kelas dapat menceritakan cerita ini kepada satu sama secara berpasangan atau kumpulan kecil. Galakkan mereka untuk memasukkan seberapa banyak butiran yang mereka dapat ingat. Bagaimanakah cerita ini memperkuatkan kesaksian kita mengenai panggilan ilahi Joseph Smith? Apakah pengajaran yang kita pelajari dari cerita ini tentang bagaimana Tuhan melakukan pekerjaan-Nya?

  • Pertimbangkan untuk menunjuk objek atau gambar yang berkaitan dengan pekerjaan yang Joseph Smith dipanggil untuk lakukan, seperti Kitab Mormon atau gambar bait suci. Para ahli kelas dapat mencari ayat-ayat dalam Joseph Smith—Sejarah 1:33–42 yang mengajar tentang aspek-aspek misi Nabi. Bagaimanakah pekerjaan Tuhan untuk Joseph Smith berkaitan dengan pekerjaan yang Tuhan ada untuk kita? Apakah yang para nabi hidup kita ajarkan kita tentang pekerjaan ini?

Ajaran dan Perjanjian 2

Elia datang untuk memaling hati kita kepada nenek moyang kita.

  • Adakah kelas anda mendapat manfaat dari perbincangan mengenai siapakah Elia dan tentang kuasa pemeteraian yang dipulihkannya? Para ahli kelas boleh membaca tentang Elia dalam atau Panduan Tulisan suci atau mengkaji semula cerita dari kehidupannya (lihat 1 Raja-Raja 17–18). Apakah yang maklumat ini tambahkan kepada pemahaman kita terhadap Ajaran dan Perjanjian 2? Anda juga boleh bercakap tentang apa yang dimaksudkan untuk memeteraikan sesuatu. Mungkin beberapa objek boleh membantu, seperti makanan tin, beg penyimpanan plastik dengan zip, atau meterai yang mengesahkan dokumen. Bagaimanakah objek-objek ini mungkin dapat membantu kita memahami apakah yang dimaksudkan untuk memeteraikan keluarga bersama? Bagaimanakah kuasa ini dapat memenuhi tujuan penciptaan bumi ini? (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:47–48 dan kenyataan oleh Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Untuk membantu para ahli kelas melihat bagaimana nubuat dalam Ajaran dan Perjanjian 2 telah dipenuhi, anda boleh membincangkan Ajaran dan Perjanjian 110:13–16.

  • Mungkin belajar tentang “perjanjian yang dibuat kepada nenek moyang” (Ajaran dan Perjanjian 2:2) akan membantu orang yang anda ajar dengan memahami lebih baik tentang kuasa imamat yang Elia telah dihantar untuk pulihkan. Siapakah “nenek moyang”? (lihat Ajaran dan Perjanjian 27:9–10). Apakah janji yang Tuhan buat dengan Abraham, Ishak, dan Yakub? (lihat Kejadian 17:1–8; 22:16–18; 26:1–5, 24; 28:11–15; Abraham 2:8–11). Apakah yang dimaksudkan dengan “menanam” janji-janji ini di dalam hati kita? Bagaimanakah dengan melakukan ini boleh membantu kita memalingkan hati kita kepada nenek moyang kita?

Imej
Bait suci Palmyra New York

Bait suci Palmyra New York

  • Untuk mengilhami para ahli kelas untuk memalingkan hati mereka kepada nenek moyang mereka, anda boleh menjemput beberapa ahli untuk memimpin perbincangan mengenai topik ini. Pertimbangkan memasukkan perunding bait suci dan sejarah keluarga bahagian. Anda boleh bermula dengan membaca Ajaran dan Perjanjian 2:2–3 dan menjemput para pemimpin perbincangan untuk berkongsi pengalaman di mana hati mereka berpaling ke nenek moyang mereka. Apakah yang telah berlaku dalam kehidupan mereka yang membantu mereka ingin belajar tentang sejarah keluarga mereka? Apakah cadangan yang mereka boleh berikan untuk membantu para ahli kelas lain melibatkan diri dalam sejarah keluarga dan perlayanan bait suci? Kenyataan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh juga mengilhami ahli kelas. Anda juga boleh merujuk para ahli kepada FamilySearch.org untuk idea-idea.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Tujuan Penciptaan.

Presiden Russell M. Nelson telah mengajar:

“Kehidupan abadi, yang boleh dicapai oleh kerana Korban tebusan, adalah tujuan utama Penciptaan. Untuk menyatakan kenyataan itu dalam bentuk negatifnya, jika keluarga tidak dimeteraikan di bait suci, seluruh bumi akan dibinasakan sepenuhnya.

“Tujuan Penciptaan, Kejatuhan, dan Korban tebusan semuanya bertumpu kepada pekerjaan kudus yang dilakukan di bait suci Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir” (“The Atonement,” Ensign, Nov. 1996, 35). Lihat juga Musa 1:39.

Setiap orang boleh melakukan sesuatu sekarang.

Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan: “Dalam pekerjaan menebus orang mati terdapat banyak tugas yang perlu dilakukan. … Usaha kita bukan untuk memaksa semua orang untuk melakukan segala-galanya, tetapi untuk menggalakkan semua orang untuk melakukan sesuatu” (“Family History: ‘In Wisdom and in Order,’Ensign, Jun 1989, 6).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Masukkan pelajar yang tidak mengkaji tulisan suci di rumah. Pastikan semua ahli kelas berasa selesa untuk menyertai dan menyumbang kepada perbincangan, bahkan mereka yang mungkin tidak membaca di rumah.

Cetak