Ajaran dan Perjanjian 2021
8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12–13: Joseph Smith—Sejarah 1:66–75: “Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku”


“8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75:‘Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“8–14 Februari. Ajaran dan Perjanjian 12-13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Sungai Susquehanna

8–14 Februari

Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75

“Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku”

Sepertimana Roh Kudus menerangi minda Joseph Smith dan Oliver Cowdery berkenaan tulisan suci, Roh Kudus boleh mengilhami anda semasa anda menyelidiki dengan penuh doa Ajaran dan Perjanjian 12–13 dan Joseph Smith—Sejarah 1:66–75.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Satu cara untuk menggalakkan perkongsian adalah untuk minta ahli kelas cara mereka menyelidiki tulisan suci? Apakah mereka lakukan untuk mencari pengetahuan dalam ayat-ayat suci pada minggu ini?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 13

Imamat Harun telah dipulihkan oleh Yohanes Pembaptis.

  • Satu cara untuk membincangkan kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian 13 adalah untuk ahli kelas berbicara tentang cara bahagian ini boleh membantu remaja lebih memahami Imamat Harun. Apakah bahagian 13 mengajar tentang Imamat Harun yang remaja putera dan puteri harus fahami? Untuk memberi peluang kepada semua supaya dapat menyertai perbincangan, minta ahli kelas untuk membincangkan soalan-soalan ini dalam pasangan dan kemudian kongsi pembelajaran daripada sesama kepada semua orang.

  • Rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan sumber-sumber yang dapat menjelaskan beberapa frasa-frasa dalam Ajaran dan Perjanjian 13. Anda boleh minta ahli–ahli kelas berkongsi apa yang mereka pelajari dari penyelidikan sumber-sumber ini. Untuk mulakan perbincangan tentang kunci-kunci dinyatakan di bahagian ini, anda boleh menunjukkan satu set kunci dan jemput ahli kelas untuk berbicara kunci-kunci manakah yang membenarkan kita lakukan. Penjelasan oleh Sister Ruth dan Elder Dale G. Renlund di “Sumber-sumber Tambahan” juga dapat membantu. Apakah berkat-berkat dari kunci-kunci Imamat Harun yang kita dapat perolehi? Bagaimanakah hidup kita akan berbeza tanpa berkat-berkat ini?

  • Sebahagian dari keindahan injil yang dipulihkan, ia melibatkan kita dalam usaha yang sama seperti lelaki dan wanita dalam tulisan suci: membina kerajaan Tuhan di bumi. Ini menjadikan kita “para hamba” bersama mereka. Apakah maksudnya untuk menjadi seorang hamba dalam pekerjaan Tuhan? Matius 3:13–17; Lukas 1:13–17; 3:2–20 dapat membantu ahli kelas memahami lebih pekerjaan yang dilakukan oleh Yohanes Pembaptis.

    Imej
    Joseph Smith membaptis Oliver Cowdery

    Joseph Smith membaptis Oliver Cowdery, oleh Del Parson

Joseph Smith—Sejarah 1:66–75

Tatacara-tatacara membolehkan kita memperolehi kuasa Tuhan.

  • Untuk memberi ahli kelas peluang bersaksi kepada satu sama lain tentang berkat-berkat yang datang dari penerimaan tatacara imamat, anda boleh menjemput mereka menyelidiki Joseph Smith—Sejarah 1:66–75, termasuk nota di ayat 71, mencari berkat-berkat diterima oleh Joseph dan Oliver selepas pembaptisan dan tatacara imamat mereka. Bagaimanakah tatacara-tatacara memberi kuasa rohani? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman semasa mereka merasakan kuasa Tuhan yang datang dari penerimaan tatacara imamat seperti pembaptisan, sakramen atau tatacara-tatacara bait suci.  

  • Ahli kelas akan bermanfaat dari mencipta sebuah carta yang menunjukkan berkat-berkat dari tatacara-tatacara imamat. Contohnya, anda boleh menulis di papan tulis Tatacara dan Berkat. Ahli kelas boleh mencari ayat suci dan melengkapkan carta dengan yang berikut: Yohanes 14:26; Kisah Rasul-Rasul 2:38; Ajaran dan Perjanjian 84:19–22; 131:1–4; Joseph Smith—Sejarah 1:73–74. Mereka juga dapat menambahkan berkat-berkat lain yang sudah mereka terima kerana tatacara-tatacara ini. Mereka boleh berkongsi pengalaman semasa mereka merasai tatacara yang diterima membawa kuasa Juruselamat ke dalam kehidupan mereka.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Apakah itu kunci–kunci imamat?

Elder Dale G. Renlund dan isterinya, Ruth, memberi penjelasan tentang kunci-kunci imamat.

“Terma kunci-kunci imamat digunakan dalam dua cara berbeza. Yang pertama merujuk pada hak atau keistimewaan yang dianugerahkan kepada semua yang menerima Imamat Harun ataupun Melkisedek. … Misalnya, pemegang Imamat Harun menerima kunci-kunci pelayanan para malaikat dan kunci-kunci persediaan injil pertaubatan dan pembaptisan melalui pencelupan bagi pengampunan dosa-dosa (lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; 84:26–27). Pemegang Imamat Melkisedek menerima kunci misteri-misteri kerajaan tuhan, kunci pengetahuan Tuhan, dan kunci-kunci segala berkat-berkat rohani Gereja (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:19; 107:18). …

“Cara kedua terma kunci-kunci imamat digunakan merujuk kepada kepemimpinan. Pemimpin-pemimpin Imamat menerima kunci-kunci imamat tambahan, hak untuk memimpin sebuah bahagian pertubuhan Gereja atau sebuah kuorum. Berkenaan demikian, kunci-kunci imamat merupakan wewenang dan kuasa untuk mengarah, memimpin, dan mengurus dalam Gereja” (The Melchizedek Priesthood: Understanding the Doctrine, Living the Principles [2018], 26).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kongsi kesaksian anda dengan sering. “Kesaksian kebenaran rohani anda yang sederhana dan ikhlas mempunyai dorongan yang berkuasa terhadap mereka yang anda ajar. … Ia tidak perlu diberi dengan fasih atau panjang” (Teaching the Savior’s Way, 11). Pertimbangkan untuk berkongsi kesaksian peribadi anda tentang Imamat Harun semasa anda membincangkan Ajaran dan Perjanjian 13.

Cetak