Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11: “Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk”


“1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11: ‘Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 Februari. Ajaran dan Perjanjian 10–11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
manuskrip Kitab Mormon

Replika manuskrip Kitab Mormon yang asal.

1–7 Februari

Ajaran dan Perjanjian 10–11

“Agar Kamu Boleh Menjadi Penakluk”

Apakah tanggapan yang anda ada semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 10–11? Apakah pendapat yang datang kepada anda tentang keperluan orang yang anda ajar?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memberi para ahli kelas peluang untuk bercakap tentang apa yang mereka pelajari dalam kajian tulisan peribadi dan sekeluarga mereka, anda boleh menulis di papan tulis Ajaran dan Perjanjian 10 dan Ajaran dan Perjanjian 11. Beberapa ahli kelas boleh menulis, di bawah sama ada tajuk, nombor ayat di mana mereka mendapati satu kebenaran penting. Pilih beberapa ayat, dan jemput para ahli kelas untuk berkongsi kebenaran yang mereka dapati di sana.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 10:1–33

Setan berusaha untuk memusnahkan pekerjaan Tuhan.

  • Ajaran dan Perjanjian 10 boleh membantu para ahli kelas mengenali dan menahan usaha Setan untuk memusnahkan iman mereka. Untuk memberi konteks sejarah bagi bahagian ini, anda boleh menjemput seorang ahli kelas untuk berkongsi laporan Martin Harris kehilangan 116 halaman terjemahan Kitab Mormon (lihat pengenalan bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 3). Para ahli kelas kemudian boleh mencari Ajaran dan Perjanjian 10:1–33 untuk mencari rancangan Setan bagi halaman yang hilang itu. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang cara-cara Setan bekerja dan kenapa dia melakukan perkara-perkara ini? (lihat juga ayat 63). Bagaimanakah dia sedang bekerja dengan cara yang sama pada zaman kita? Bagaimanakah Tuhan membantu kita menakluk Setan dalam kehidupan kita?

Ajaran dan Perjanjian 10:34–52

“Kebijaksanaan [Tuhan] lebih besar daripada kelicikan iblis.”

  • Apabila kita merasa kecewa tentang dosa-dosa kita, kita dapat mencari harapan dalam mengetahui bagaimana Tuhan membayar pampasan bagi dosa yang dilakukan oleh Joseph Smith dan Martin Harris apabila mereka tidak mematuhi Tuhan dan kehilangan 116 halaman terjemahan Kitab Mormon. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu para ahli kelas mencari harapan dalam laporan ini. Contohnya, anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang Tuhan dari Ajaran dan Perjanjian 10:34–52 (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 3:1–3). Para ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah melihat bahawa “kebijaksanaan [Tuhan] lebih besar daripada kelicikan iblis” (Ajaran dan Perjanjian 10:43). Bagaimanakah pengetahuan ini menguatkan iman kita kepada-Nya?

    Imej
    Mormon meringkaskan kepingan–kepingan emas

    Mormon Abridging the Plates (Mormon Meringkaskan Kepingan-kepingan), oleh Tom Lovell

Ajaran dan Perjanjian 11

Jika kita meminta kepada Tuhan, kita akan menerima.

  • Rangka panduan minggu ini dalam Ikulah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menjemput kita untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 11 seolah-olahnya ia ditulis untuk kita. Mungkin para ahli kelas bersedia untuk berkongsi sesuatu dari bahagian yang sangat berkaitan dengan mereka. Bagaimanakah mereka merancang untuk menggunakan apa yang mereka pelajari?

  • Satu cara untuk menggalakkan perbincangan mengenai Ajaran dan Perjanjian 11 adalah untuk menjemput para ahli kelas untuk mencari asas dalam bahagian dan kemudian menulis soalan mengenainya. Soalan-soalan tersebut mungkin termasuk “Apakah maksudnya untuk berpaut kepada Kristus dengan segenap anda?” (ayat 19) atau “Bagaimanakah kita mendapatkan firman Tuhan?” (ayat 21). Para ahli kelas boleh meletakkan soalan mereka di bahagian atas sekeping kertas dan mengedarkan kertas mereka di sekeliling kelas, menambah pendapat dan jawapan kepada soalan masing-masing. (Ia mungkin membantu untuk membahagikan kelas kepada kumpulan kecil terlebih dahulu.) Para ahli kelas kemudian boleh berkongsi dengan kelas beberapa pandangan yang orang lain tuliskan mengenai soalan mereka.

Ajaran dan Perjanjian 11:8–26

Tuhan akan memberi kita Roh-Nya ketika kita mempersiapkan diri dalam cara-Nya.

  • Adakah para ahli kelas anda mendapat manfaat dari perbincangan mengenai bagaimana mengenali wahyu peribadi melalui Roh? Jika ya, anda boleh memulakan perbincangan dengan menjemput mereka untuk membayangkan bahawa mereka diminta untuk menulis beberapa kebenaran mengenai cara menerima wahyu peribadi. Apakah yang mereka akan masukkan dari Ajaran dan Perjanjian 11:8–26? Contohnya, apakah yang mereka akan tuliskan mengenai persediaan untuk menerima panduan untuk kehidupan kita dan jawapan kepada soalan-soalan kita? Apakah yang mereka akan katakan tentang bagaimana untuk mengenali jawapan apabila mereka datang? Jemput para ahli kelas untuk merenungkan bagaimana mereka akan menggunakan apa yang mereka pelajari ketika mereka berusaha untuk mencari wahyu peribadi.

    Sebagai sebahagian dari aktiviti ini, anda boleh berkongsi kenyataan ini daripada Sister Julie B. Beck, bekas Presiden Umum Lembaga Pertolongan: “Keupayaan untuk melayakkan diri, menerima, dan bertindak pada wahyu peribadi adalah satu kemahiran yang paling penting yang dapat diperoleh dalam kehidupan ini” (“And upon the Handmaids in Those Days Will I Pour Out My Spirit,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 11).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memasukkan mereka yang sedang bergelut. Apakah yang anda boleh lakukan apabila ahli kelas nampak terputus dari seluruh kelas? Kadangkala dia hanya perlu dimasukkan. Pertimbangkan untuk meminta orang ini untuk mengambil bahagian dalam pelajaran yang akan datang. Jika dia tidak bertindak balas pada usaha anda pada mulanya, terus menunjukkan kasih dan kebimbangan. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 8–9.)

Cetak