“10–16 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18: ‘Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak Bapa Sahaja’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“10–16 Jun. Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
10–16 Jun
Matius 26; Markus 14; Lukas 22; Yohanes 18
“Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak Bapa Sahaja”
Baca Matius 26; Markus 14; Lukas 22; dan Yohanes 18, dan renungkan fikiran dan tanggapan yang datang ke minda anda. Apakah mesej-mesej yang perlu dipelajari oleh ahli-ahli kelas anda?
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan sesuatu yang mereka pelajari minggu ini yang telah membantu mereka memperoleh makna yang lebih ketika sakramen. Apa yang telah mereka lakukan dan bagaimanakah ia mempengaruhi pengalaman mereka ketika mengambil sakramen?
Mengajar Ajaran
Matius 26:26–29; Lukas 22:19–20
Sakramen merupakan satu peluang untuk sentiasa mengingati Juruselamat.
-
Mengapakah Juruselamat memperkenalkan sakramen? Mengapakah kita mengambil sakramen setiap minggu? Apakah jawapan-jawapan yang ahli-ahli kelas dapati dalam Matius 26:26–29; Lukas 22:7–20; Ajaran dan Perjanjian 20:75–79; dan True to the Faith, 147–49? Contohnya, Ajaran dan Perjanjian 20:75 mengajarkan bahawa ahli-ahli Gereja harus “sering bertemu bersama untuk mengambil [sakramen] dalam peringatan akan Tuhan Yesus. Anda juga mungkin ingin baca doa sakramen bersama kelas dan minta ahli-ahli kelas untuk kenal pasti perjanjian yang kita buat sebagai sebahagian tatacara Injil itu. Bagaimanakah kita membantu orang lain faham maksud komitmen tersebut? Bagaimanakah penyertaan kita dalam sakramen mempengaruhi pilihan-pilihan kita sepanjang minggu?
-
Ahli-ahli kelas mungkin akan mendapat manfaat daripada mendengar idea satu sama lain berkenaan bagaimana untuk mengingati Juruselamat ketika sakramen dan sepanjang minggu (lihat Ajaran dan Perjanjian 6:36–37). Anda mungkin boleh menjemput mereka untuk kongsikan apa yang membantu mereka dan keluarga mereka ingatkan Juruselamat dan menyuruh mereka untuk memenuhi perjanjian-perjanjian mereka. Apakah ayat-ayat suci daripada pembacaan minggu ini yang meningkatkan ketakziman kita terhadap sakramen? Untuk mendapat cadangan lain berkenaan bagaimana kita ingatkan Juruselamat, lihat Gerrit W. Gong, “Selalu Mengingati-Nya,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 108–11.
-
Perbincangan ini merupakan satu peluang yang baik untuk meneroka bersama ahli-ahli kelas berkenaan simbolisme sakramen. Bagaimanakah lambang-lambang tersebut membantu kita menumpukan perhatian terhadap Juruselamat ketika tatacara Injil itu? Apakah yang diajar oleh lambang-lambang tersebut berkenaan Dia dan perhubungan kita dengan Dia?
-
Di penghujung perbincangan anda berkenaan sakramen, berikan ahli-ahli kelas beberapa ketika untuk renungkan dan tuliskan apa yang mereka terdorong lakukan untuk bersedia bagi sakramen minggu depan. Untuk memberi tambahan kepada pengalaman rohani ini, pertimbang untuk mainkan muzik nyanyian rohani ketika ahli-ahli kelas tengah berenung.
Kita menjadi lebih seperti Kristus apabila kita membuat keputusan untuk menunduk kepada kehendak Bapa.
-
Contoh Juruselamat menyerah kepada kehendak Bapa akan membantu ahli-ahli kelas untuk membantu mereka membuat perkara yang sama. Untuk memulakan satu perbincangan, anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan satu ketika di mana mereka menyerahkan diri kepada sesuatu yang mereka tahu Tuhan ingin mereka lakukan. Apa yang memotivasikan mereka untuk melaksanakan perkara-perkara tersebut? Jemput ahli-ahli kelas untuk baca Matius 26:36–42 dan renungkan mengapa Juruselamat bersedia untuk menyerahkan kehendak-Nya kepada Bapa-Nya. Bagaimanakah menyerahkan kehendak kita kepada Tuhan akan memberkatkan kita?
-
Untuk meneroka asas-asas penyerahan diri kepada Tuhan, anda boleh minta sebahagian daripada kelas untuk membaca Mosia 3:19 dan sebahagian lain untuk membaca 3 Nefi 9:20. Apakah yang ayat-ayat suci ini ajarkan berkenaan maksud untuk menyerahkan diri kepada Tuhan? Bagaimanakah kita menyerah? Ahli-ahli kelas boleh renungkan bagaimana mereka boleh menyerahkan kehendak mereka kepada Tuhan minggu depan. Penyataan dari Elder Neal A. Maxwell dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin akan ditambahkan dalam perbincangan anda.
Kita harus periksa kehidupan diri sendiri untuk memastikan bagaimana firman Tuhan boleh diaplikasikan kepada kita.
-
Kita telah mendengar banyak ajaran Injil dalam kehidupan kita, tetapi kadangkala ia mudah untuk menganggapkan ajaran-ajaran tersebut adalah untuk orang lain. Satu perbincangan berkenaan Matius 26 dapat membantu kita untuk mengatasi kecenderungan ini. Untuk memulakan perbualan ini, anda boleh bahagikan kelas kepada pasangan dan minta seorang daripada setiap pasangan bacakan Matius 26:20–22 sambil yang lain bacakan ayat 31–35. Jemput mereka untuk bandingkan jawapan-jawapan pengikut dalam dua kisah itu. Apakah pelajaran yang kita dapat belajar daripada bagaimana pengikut-pengikut menggunakan firman Juruselamat untuk mereka sendiri? Untuk belajar lebih, lihat Presiden Dieter F. Uchtdorf merujuk Matius 26:21–22 dalam pesanannya “Tuhan, Adakah Ia Saya” (Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 56–59).
Yesus Kristus telah melaksanakan Korban Tebusan yang tidak terhingga untuk kita.
-
Pertimbang untuk menjemput ahli-ahli kelas kongsikan pemahaman yang didapati berkenaan Korban Tebusan Yesus Kristus dari pengajian peribadi atau pengajian bersama keluarga.
-
Matius 26 menghuraikan apa yang telah berlaku di Getsemani, tetapi adakah ahli-ahli kelas anda faham kepentingannya dalam kehidupan mereka? Untuk membantu mereka, anda mungkin boleh tuliskan soalan-soalan di papan tulis seperti Apakah yang telah berlaku di Getsemani? dan Mengapakah ia penting bagi saya? Ahli-ahli kelas boleh berusaha secara sendiri atau dalam kumpulan kecil untuk mencari jawapan dalam Matius 26:36–46; Alma 7:11–13; dan Ajaran dan Perjanjian 19:16–19. Mereka juga boleh mendapat jawapan dalam mesej Elder C. Scott Grow “The Miracle of the Atonement” (Ensign atau Liahona, Mei 2011, 108–10).
-
Di dalam Kitab Mormon, Yakub memanggil Korban Tebusan Yesus Kristus “satu korban tebusan yang tidak terhingga” (2 Nefi 9:7). Untuk membantu ahli-ahli kelas faham apa maksud ini, anda boleh kongsikan ajaran-ajaran Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan minta ahli-ahli kelas untuk senaraikan cara-cara dorongan pengorbanan Juruselamat boleh dianggap tidak terhingga. Mereka juga boleh membaca ayat-ayat suci berikut dan menambahkannya ke dalam senarai mereka: Ibrani 10:10; Alma 34:10–14; Ajaran dan Perjanjian 76:24; dan Musa 1:33. Bagaimanakah kita menunjukkan kesyukuran terhadap apa yang telah dilakukan oleh Juruselamat untuk kita semua?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas supaya teruskan pembacaan, anda boleh soal mereka jika mereka tahu tujuh perkara yang Yesus katakan ketika Dia disalibkan. Beritahu mereka bahawa mereka akan tahu apa yang Juruselamat telah katakan dengan membaca Matius 27; Markus 15; Lukas 23; dan Yohanes 19.
Sumber-sumber Tambahan
Video-video Alkitab (LDS.org).
“The Last Supper,” “The Savior Suffers in Gethsemane”
Menyerahkan kehendak kita kepada Bapa Syurgawi.
Elder Neal A. Maxwell telah mengajar: “Apabila anda menyerahkan kehendak anda kepada Tuhan, anda akan memberikan Dia satu-satunya perkara yang anda boleh benar-benar berikan kepada Dia yang kepunyaan anda. Jangan mengambil masa yang lama untuk mencari altar atau mula memberikan hadiah kehendak anda kepada-Nya!” (“Remember How Merciful the Lord Hath Been,” Ensign atau Liahona, Mei 2004, 46).
Korban Tebusan yang tidak terhingga.
Presiden Russell M. Nelson telah mengajar:
“Korban Tebusan [Yesus Kristus] yang tidak terhingga—tanpa penghujung. Ia juga tidak terhingga kerana kaum manusia akan diselamatkan daripada kematian yang tidak berhabisan. Ia tidak terhingga kerana penderitaan-Nya yang teramat. Ia tidak terhingga bagi masa, lalu menghentikan prototaip pengorbanan binatang sebelumnya. Keleluasan ini tidak terhingga—ia dilakukan sekali untuk semua. Dan belas kasihan Korban Tebusan bukan hanya untuk sekumpulan orang, tetapi juga untuk semua penciptaan beberapa dunia yang dicipta oleh Dia. Ia tidak terhingga dalam ukuran manusia dan atau pemahaman fana.
“Yesus seorang sahaja yang dapat memberi satu korban tebusan yang tidak terhingga, kerana dia dilahirkan oleh seorang ibu yang fana dan Bapa yang baqa. Oleh kerana hak anak sulung yang istimewa, Yesus Makhluk yang tidak terhingga” (“The Atonement,” Ensign, Nov. 1996, 35).
Presiden Heber J. Grant telah mengajar: “Bukan hanya Yesus datang sebagai kurniaan universal, Dia telah menjadi tawaran individu. … Dia telah mati di Calvary dan darah-Nya akan menyelamatkan kita secara bersyarat. Bukan secara negara, komuniti atau kumpulan, tetapi sebagai individu” (“A Marvelous Growth,” Juvenile Instructor, Dec. 1929, 697).