“27 Mei–2 Jun. Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21: ‘Putera Manusia Akan Turun’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“27 Mei–2 Jun. Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21,” Ikutlah Aku —Untuk Sekolah Minggu: 2019
27 Mei–2 Jun
Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; Lukas 21
“Putera Manusia Akan Turun”
Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan membaca dengan doa Joseph Smith—Matius 1; Matius 25; Markus 12–13; dan Lukas 21. Mencari inspirasi anda sendiri, dan kemudian kaji semula rangka panduan ini untuk idea-idea tambahan.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Di papan tulis, buat satu senarai perumpamaan Juruselamat yang didapati dalam pembacaan minggu ini, seperti pokok ara, lelaki baik dan pencuri, hamba beriman dan hamba jahat, sepuluh orang gadis, keping wang emas, dan domba dan kambing. Minta ahli-ahli kelas berkongsi kebenaran yang mereka belajar dari perumpamaan-perumpamaan ini yang boleh membantu mereka bersedia untuk Kedatangan Kedua Tuhan. Apa yang mereka sedang buat untuk menggunakan kebenaran-kebenaran ini dalam hidup mereka?
Mengajar Ajaran
Nubuat tentang Kedatangan Kedua Juruselamat boleh membantu kita menghadapi masa depan dengan iman.
-
Tanda-tanda Kedatangan Kedua Juruselamat mungkin susah untuk difahami oleh sesetengah ahli-ahli kelas. Ia mungkin membantu mereka untuk belajar dalam kumpulan dan mengenali tanda-tanda yang mereka cari dalam Joseph Smith—Matius 1:21–37. Ia juga boleh membantu mereka memahami dengan lebih baik kepentingan tanda-tanda ini jika mereka membandingkannya dengan tanda-tanda jalan. Mengapakah tanda-tanda jalan penting? Apakah maknanya dibandingkan dengan tanda-tanda Kedatangan Kedua? Anda boleh memberi setiap kumpulan sekeping kertas dalam bentuk tanda jalan dan menjemput mereka untuk menulis pada setiap kertas satu tanda yang akan mendahului Kedatangan Kedua. Biar mereka berkongsi apa yang mereka cari, dan jemput kelas untuk membincangkan bukti tanda-tanda ini dalam dunia hari ini.
-
Di rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, ahli-ahli kelas dijemput untuk mencari nasihat dalam ayat-ayat ini tentang bagaimana kita boleh “tidak terganggu” sewaktu peristiwa-peristiwa yang mengarah ke Kedatangan Kedua (lihat juga pernyataan oleh Presiden Thomas S. Monson dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Paparkan satu gambar yang menunjukkan Kedatangan Kedua (lihat Kedatangan Kedua, Buku Seni Injil, no. 66), dan menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat-ayat yang mereka perhatikan dalam pengkajian peribadi. Mengapakah ia satu berkat untuk mengetahui acara-acara yang membawa kepada Kedatangan Kedua Juruselamat?
Joseph Smith—Matius 1:26–27, 38–55; Matius 25:1–13
Kita mesti sentiasa bersedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat.
-
Walaupun Juruselamat telah meminta kita sentiasa bersedia untuk Kedatangan Kedua-Nya, ia mudah untuk menjadi sibuk dengan kehidupan harian dan tidak terlalu memikirkannya. Perumpamaan dalam Joseph Smith—Matius 1:26–27, 38–55 dan Matius 25:1–13 boleh membantu ahli-ahli kelas mengenali kepentingan bersedia untuk Kedatangan Kedua. Jemput ahli-ahli kelas untuk mencari perumpamaan ini dan perbandingan dan berkongsi apa yang mereka ajar tentang persediaan untuk Kedatangan Kedua. Mungkin satu atau dua ahli-ahli kelas boleh datang bersedia dengan penggambaran kreatif tentang salah satu perumpamaan ini.
-
Perumpamaan sepuluh orang gadis boleh membantu ahli-ahli kelas memikirkan persediaan rohani mereka untuk bertemu dengan Juruselamat. Elder David A. Bednar memberi satu penterjemahan perumpamaan itu yang boleh membantu (lihat “Sumber-sumber Tambahan”). Ahli-ahli kelas boleh membincangkan apa yang kita boleh buat dalam kehidupan harian untuk menukar hati kita sepenuhnya kepada Injil. Mengapa setiap daripada kita mesti mengalami penukaran hati untuk diri kita sendiri? Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 45:56–57 menambah kepada pemahaman kita tentang perumpamaan ini?
-
Anda boleh menyanyi bersama nyanyian rohani tentang Kedatangan Kedua.dan membincangkan pesanan yang diajar (lihat “Sumber-sumber Tambahan”).
Di Penghakiman Terakhir, kita akan memberi Tuhan laporan hidup kita.
-
Perumpamaan keping wang emas dan perumpamaan kambing dan biri-biri boleh memberi kita inspirasi untuk berfikir tentang laporan hidup kita yang akan diberi kepada Tuhan pada Penghakiman Terakhir. Anda boleh membaca perumpamaan-perumpamaan bersama dan menjemput setiap ahli-ahli kelas untuk berkongsi satu soalan Juruselamat mungkin bertanya ketika kita ketika kita memberi laporan hidup kita. Beri masa kepada ahli-ahli kelas untuk merancangkan cara-cara mereka akan bertindak atas tanggapan yang mereka terima dalam perbincangan.
-
Anda mungkin mahu mengkaji semula dengan ahli-ahli kelas definisi Penghakiman Terakhir yang didapati dalam Panduan Tulisan Suci, “Penghakiman Terakhir,” scriptures.lds.org. Kemudian anda boleh menanya ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula beberapa tulisan suci tentang keadaan Penghakiman Terakhir, seperti Alma 5:17–25. Apakah yang tulisan suci ini mengilhamkan kita lakukan untuk bersedia untuk hari itu?
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas mencari makna peribadi dalam perumpamaan keping wang emas (lihat Matius 25:14–30), kongsi beberapa idea atau gunakan satu aktiviti dari “The Parable of the Talents,” oleh Elder Ronald A. Rasband (Ensign, Ogos 2003, 32–35).
-
Untuk mengilhamkan satu perbincangan tentang Matius 25:34–40, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi contoh-contoh orang yang menunjukkan rasa kasihan yang dikatakan dalam ayat-ayat ini. Beri mereka masa untuk merenung siapa yang mungkin memerlukan pelayanan mereka. Apakah beberapa cara praktikal kita boleh memberi makan kepada yang lapar, pakaian kepada yang tidak berpakaian, dan melawat yang sakit?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk membaca Yohanes 13–17 pada minggu yang akan datang, minta mereka berfikir tentang apa yang mereka akan katakan kepada seorang anak lelaki atau perempuan sebelum mereka pergi ke misi. Dalam Yohanes 13–17, kita akan membaca arahan terakhir yang Juruselamat beri kepada pengikut-Nya sebelum Penyaliban-Nya.
Sumber-sumber Tambahan
Nyanyian Rohani tentang Kedatangan Kedua.
-
“Marilah Bersuka,” Nyanyian Rohani, no. 3
-
“Marilah Anak Tuhan,” Nyanyian Rohani, no. 141
-
“Datang, Maharaja,” Nyanyian Rohani, no. 18
-
“Aku Percaya Kristus,” Nyanyian Rohani, no. 51
-
“Sukacita bagi Dunia,” Nyanyian Rohani, no. 87
Minyak penukaran hati.
Elder David A. Bednar mencadangkan penterjemahan ini tentang perumpamaan sepuluh orang gadis:
“Pertimbangkan minyak itu sebagai minyak penukaran hati [lihat Matius 25:4–9]. …
“Adakah lima orang gadis yang bijak mementingkan diri sendiri dan tidak rela berkongsi, atau mereka sedang menunjukkan dengan betul bahawa minyak penukaran hati tidak boleh dipinjam? Bolehkah kekuatan rohani yang datang dari kepatuhan konsisten kepada perintah-perintah diberi kepada orang lain? Bolehkah pengetahuan yang didapati melalui pembelajaran tekun dan renungan tulisan suci disampaikan kepada orang yang mempunyai keperluan? Bolehkah kedamaian yang dibawa oleh Injil kepada seorang Orang Suci Zaman Akhir yang beriman dipindahkan kepada seorang individu yang mengalami kesukaran atau cabaran besar? Jawapan jelas kepada setiap soalan-soalan ini adalah tidak.
“Seperti orang gadis yang bijak berkata dengan baik, setiap daripada kita mesti ‘beli untuk diri kita sendiri.’ Wanita-wanita terinspirasi ini bukan menggambarkan satu urusan perniagaan; sebaliknya, mereka sedang menekankan tanggungjawab individu untuk memastikan pelita kesaksian membakar dan mendapatkan bekalan minyak penukaran hati yang mencukupi. Minyak berharga ini diperoleh satu titisan pada satu masa—‘baris demi baris [dan] ajaran demi ajaran’ (2 Nefi 28:30), dengan kesabaran dan berterusan” (“Converted unto the Lord,” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 109).
Janganlah takut.
Presiden Thomas S. Monson berkata:
“Walaupun awan ribut mungkin berkumpul, walaupun hujan mungkin jatuh ke atas kita, pengetahuan Injil kita dan kasih kita kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita akan menghibur dan menyokong kita dan membawa kegembiraan kepada hati kita apabila kita berjalan dengan teguh dan mentaati perintah-perintah. …
“Saudara dan saudari yang terkasih, janganlah takut. Bergembiralah. Masa depan cerah seperti iman anda” (“Be of Good Cheer,” Ensign atau Liahona, Mei 2009, 92).