“17-23 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: ‘Sudah Selesai’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“17-23 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
17–23 Jun
Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19
“Sudah Selesai”
Mulakan penyediaan anda untuk mengajar dengan membaca dengan doa Matius 27; Markus 15; Lukas 23; dan Yohanes 19. Ingat bahawa anda akan dapat memberikan kesaksian yang kuat tentang Juruselamat dan Korban tebusan-Nya apabila anda hidup layak untuk Roh.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Ia mungkin membantu untuk menulis di papan tulis beberapa perkataan atau frasa untuk mengingatkan ahli-ahli kelas peristiwa yang diterangkan dalam bab minggu ini. Minta ahli kelas menulis di papan tulis beberapa perkataan yang menggambarkan perasaan mereka apabila mereka membaca tentang peristiwa-peristiwa ini. Mengapa mereka berasa seperti ini?
Mengajar Ajaran
Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19
Kesanggupan Yesus Kristus untuk menderita menunjukkan kasih-Nya kepada Bapa dan kepada kita semua.
-
Untuk membantu kelas anda memahami bagaimana laporan kematian Juruselamat menunjukkan kasih-Nya, cuba satu aktiviti seperti ini: Beri setiap ahli-ahli kelas hati kertas, dan minta mereka menulis di hati mereka frasa dari 1 Korintus 13:4–7 yang menggambarkan kasih ihsan. Kemudian minta mereka untuk mencari Matius 27; Markus 15; Lukas 23; atau Yohanes 19 dan menulis sebelah hati mereka beberapa ayat yang menunjukkan bagaimana Juruselamat menunjukkan kasih yang gambarkan dalam frasa yang mereka pilih. Biarkan mereka berkongsi apa yang mereka jumpa. Apakah pengalaman yang telah membantu ahli-ahli kelas memahami kasih Juruselamat?
-
Apakah yang anda boleh lakukan untuk menggalakkan ahli-ahli kelas berkongsi kesaksian mereka tentang apa yang mereka pelajari minggu ini? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari lagu rohani yang menggambarkan peristiwa yang mereka baca atau perasaan mereka tentang penderitaan Juruselamat dan Penyaliban. Pertimbangkan untuk menyanyi satu atau lebih dari ini sebagai satu kelas. Bagaimanakah mempelajari tentang masa akhir Juruselamat mengilhami kita untuk percaya dan mengikuti Dia?
-
Seni boleh membantu ahli-ahli kelas membayangkan beberapa peristiwa yang mereka baca minggu ini (lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk gambar yang dicadangkan). Mungkin anda boleh membahagikan kelas ke dalam kumpulan dan memberi satu gambar kepada setiap kumpulan. Kumpulan boleh membaca ayat-ayat yang menggambarkan apa yang digambarkan dalam gambar mereka. Mereka boleh membincangkan makna ayat-ayat dan berkongsi bagaimana gambar itu membantu mereka memahami ayat-ayat dengan lebih baik. Setiap kumpulan boleh berkongsi pandangan mereka dengan kelas. Anda mungkin boleh menunjukkan video “Jesus Is Condemned before Pilate” dan “Jesus Is Scourged and Crucified” (LDS.org).
-
Anda tidak akan dapat membincangkan semua butiran tentang masa akhir Juruselamat sebagai kelas, tetapi ini adalah satu aktiviti yang dapat membantu anda membincangkan butiran yang paling bermakna kepada orang yang anda ajar. Jemput setiap ahli kelas untuk memilih bab dari bacaan minggu ini dan luangkan masa beberapa minit mengimbasnya, cari perkataan, frasa, atau butiran yang mengajar mereka sesuatu yang bermakna tentang Juruselamat dan misi-Nya. Berikan mereka peluang untuk berkongsi apa yang mereka dapati dan jelaskan mengapa ia bermakna kepada mereka.
Para nabi dahulu meramalkan penderitaan dan penyaliban Juruselamat.
-
Ini mungkin menguatkan iman orang-orang yang anda ajar untuk mengetahui bahawa para nabi dahulu telah meramalkan banyak peristiwa dalam masa akhir Juruselamat. Salah satu cara untuk membantu ahli kelas mengkaji nubuat-nubuat ini dan melihat bagaimana mereka dipenuhi adalah untuk memberi setiap orang satu atau lebih tulisan suci dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan minta mereka untuk mencari ayat-ayat dalam Matius 27 yang menunjukkan bagaimana tulisan suci itu dipenuhi. Anda boleh membuat carta yang memadan nubuat dengan kejadiannya. Anda boleh mencadangkan bahawa ahli-ahli kelas menulis ayat-ayat yang mengandungi nubuat-nubuat di bahagian tepi kitab suci mereka dalam Matius 27. Apakah yang kita pelajari dari nubuat-nubuat ini? Bagaimanakah nubuat-nubuat ini menguatkan iman kita kepada Yesus Kristus?
Matius 27:27–49; Markus 15:16–32; Lukas 23:11, 35–39; Yohanes 19:1–5
Pertentangan tidak dapat menghentikan kerja Tuhan.
-
Beberapa ahli kelas anda mungkin menghadapi pertentangan—seperti dihakimi atau diperolok-olokkan—apabila mereka telah menyatakan kepercayaan mereka atau cuba untuk menjalani iman mereka. Pertimbangkan memulakan perbincangan anda dengan meminta beberapa ahli kelas berkongsi pengalaman ketika ini telah berlaku. Bagaimana mereka bertindak balas? Jemput ahli-ahli kelas membaca beberapa ayat ini dari Matius 27; Markus 15; Lukas 23; dan Yohanes 19 yang menggambarkan penganiayaan yang dihadapi Juruselamat. Apakah jenis pertentangan dihadapi oleh kerja Tuhan hari ini? Apakah yang dapat kita pelajari dari jawapan Juruselamat yang dapat membantu kita menghadapi pertentangan di zaman kita? Tulisan suci lain yang boleh membantu kita apabila kita menghadapi pertentangan termasuk Matius 5:10; Roma 12:14; 2 Timotius 3:10–12; Alma 1:19–28; dan 3 Nefi 12:10–12. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini?
Juruselamat memberi kita harapan dan keampunan.
-
Adakah ia membantu ahli-ahli kelas anda untuk membaca laporan Juruselamat meminta Bapa untuk memaafkan askar-askar dan memberi harapan kepada pencuri di salib? Pertimbangkan membahagikan kelas kepada dua kumpulan dan berikan satu kumpulan untuk membaca Lukas 23:34–38 (lihat pandangan dari Terjemahan Joseph Smith yang terdapat dalam ayat 34) dan kumpulan lain untuk membaca Lukas 23:39–43. Ahli setiap kumpulan boleh membincangkan apa yang mereka pelajari mengenai Juruselamat dari ayat-ayat ini dan kemudian berkongsi pandangan mereka dengan seluruh kelas. Bagaimanakah kita boleh mengikuti contoh Juruselamat?
-
Untuk membantu sesiapa di kelas anda yang mungkin menghadapi masalah untuk mengampuni orang lain seperti yang dilakukan Yesus, pertimbangkan untuk berkongsi kenyataan oleh Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Matius 28; Markus 16; Lukas 24; dan Yohanes 20–21 pada minggu depan, minta mereka berfikir tentang apa yang akan mereka katakan kepada seseorang yang berkata, “Saya perlu lihat untuk percaya.” Beritahu mereka bahawa bacaan minggu depan akan membantu mereka menangani masalah ini.
Sumber-sumber Tambahan
Gambar penganiayaan, penderitaan, dan kematian Yesus.
-
Pilate Washes His Hands (LDS.org; Matius 27:11–25)
-
Christ with a Crown of Thorns (LDS.org; Matius 27:26–31)
-
Jesus Carries His Cross (LDS.org; Yohanes 19:13–18)
-
The Crucifixion (LDS.org dan Buku Seni Injil, no. 57; Lukas 23:33–46; Yohanes 19:23–37)
-
Burial of Jesus (LDS.org dan Buku Seni Injil, no. 58; Yohanes 19:38–42)
Nubuat kuno mengenai perbicaraan dan kematian Yesus Kristus.
Contoh keampunan Juruselamat.
Elder Jeffrey R. Holland mengajarkan:
“Berkaitan rapat dengan kewajipan kita sendiri untuk bertaubat adalah kemurahan hati untuk membiarkan orang lain melakukan hal yang sama—kita harus mengampunkan seperti kita diampuni. Dalam hal ini, kita mengambil bahagian dalam kepentingan Korban tebusan Yesus Kristus. Sesungguhnya saat yang paling megah pada hari Jumaat itu, apabila alam semula jadi bergetar dan tirai bait suci itu koyak, adalah saat yang berbelas kasihan ketika Kristus berkata, ‘Bapa, ampunilah mereka; kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.’Sebagai pembela kita dengan Bapa, Dia masih membuat rayuan yang sama hari ini—bagi pihak anda dan saya.
“Di sini, seperti dalam semua perkara, Yesus menetapkan standard untuk kita ikuti. Kehidupan terlalu pendek untuk dibelanjakan untuk membenci satu sama lain. … Kita tidak mahu Tuhan mengingati dosa-dosa kita, jadi ada sesuatu yang secara asasnya salah dengan kita tidak berhenti mengingati dosa orang lain” (“The Peaceable Things of the Kingdom,” Ensign, Nov. 1996, 83).