Ikutlah Aku
3–9 Jun. Yohanes 13–17: ‘Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku kasihi’


“3–9 Jun. Yohanes 13–17: ‘Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku kasihi’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“3–9 Jun. Yohanes 13–17,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Jamuan Terakhir

In Remembrance of Me, oleh Walter Rane

3–9 Jun

Yohanes 13–17

“Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku kasihi”

Ketika anda mengkaji Yohanes 13–17dengan penuh doa, renungkan bagaimana cara terbaik anda dapat menunjukkan kasih terhadap mereka yang anda ajar. Roh Kudus akan membawa idea ke minda ketika anda mengkaji tulisan suci, Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan rangka panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuliskan nombor 13 sehingga 17 di atas papan tulis, mewakili bab-bab dalam Yohanes yang ahli-ahli kelas telah bacakan minggu ini. Jemput beberapa ahli kelas untuk tuliskan, di sebelah setiap nombor bab, rujukkan ayat yang mereka dapati bermakna dan ingin bincangkan bersama kelas.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yohanes 13:1–17

Juruselamat merupakan teladan melayan orang dengan rendah hati.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas renungkan kepentingan Yesus membasuh kaki para pengikut-Nya, anda boleh jemput seorang ahli kelas untuk memainkan peranan Petrus dalam laporan ini dan ditemu bual oleh ahli-ahli kelas lain. Galakkan ahli-ahli kelas untuk mengkaji Yohanes 13:1–17 dan fikirkan soalan-soalan bermakna yang boleh ditanyakan kepada Petrus. Apakah yang kita dapat belajar daripada laporan ini yang mungkin mempengaruhi bagaimana kita melayan orang lain?

Yohanes 13:34–35

Kasih merupakan ciri yang mendefinisikan para pengikut Yesus Kristus.

  • Apakah yang mungkin menggalakkan ahli-ahli kelas untuk menjadi lebih penyayang? Anda mungkin boleh bertanyakan mereka bagaimana mereka tahu seseorang yang ditemui seorang pengikut Kristus. Apakah sifat-sifat yang diperhatikan pada orang tersebut? Anda boleh jemput mereka untuk mengkaji Yohanes 13:34–35 untuk belajar bagaimana penganut Juruselamat yang benar boleh dikenalpasti. Apakah yang boleh kita lakukan supaya kasih merupakan ciri yang mendefinisikan penganutan kita? Bagaimanakah ajaran ini mempengaruhi cara kita melayan orang, termasuklah di media sosial?

  • Bersama kelas, anda telah pelajari banyak tentang kehidupan Juruselamat tahun ini, termasuklah banyak teladan bagaimana Dia menunjukkan kasih-Nya kepada orang lain. Satu cara untuk membantu ahli-ahli kelas renungkan perintah dalam Yohanes 13:34 adalah dengan menuliskan Sebagaimana Aku Sudah Mengasihi Kamu di atas papan tulis dan minta ahli-ahli kelas untuk senaraikan contoh-contoh yang diingati dari Perjanjian Baru yang menggambarkan kasih Yesus. Kemudian anda boleh tuliskan Saling Mengasihi di atas papan tulis dan minta ahli-ahli kelas untuk senaraikan cara-cara kita boleh mengikut teladan kasih Dia. Nyanyikan atau dengar lagu rohani “Saling Mengasihi,” Nyanyian Rohani, no. 150, atau menonton salah satu video dalam “Sumber-sumber Tambahan” merupakan satu tambahan baik bagi aktiviti ini.

  • Jika kita tidak berasa amat penyayang terhadap orang, apakah yang boleh kita lakukan untuk memperoleh kurniaan kasih? Apakah nasihat dalam Moroni 7:48; 8:26 membantu dalam pemahaman kita berkenaan kurniaan ini? Siapakah yang kita kenali memerlukan rasa kasih kita?

keluarga sedang bermain

Kasih merupakan ciri yang mendefinisikan para pengikut Kristus.

Yohanes 14:16–27; 15:26; 16:7–15

Roh Kudus membolehkan kita memenuhi matlamat sebagai pengikut Yesus Kristus.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas belajar perbezaan peranan Roh Kudus, pertimbanglah untuk membahagikan mereka ke dalam beberapa kumpulan dan memberikan setiap kumpulan salah satu daripada ayat-ayat berikut: Yohanes 14:16–27; 15:26; dan 16:7–15. Jemput setiap kumpulan untuk tuliskan di atas papan apa yang mereka belajar tentang Roh Kudus dari ayat-ayat tersebut. Ahli-ahli kelas boleh berikan pandangan lain apabila mereka meneroka tulisan suci yang disenaraikan dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Bilakah kita merasai pengaruh Roh Kudus? Apakah objek atau alat bantuan visual yang boleh anda bawa ke kelas untuk membantu ahli-ahli kelas faham peranan-peranan Roh Kudus?

  • Pertimbangkan untuk menjemput beberapa ahli kelas sebelumnya untuk mengkaji salah satu daripada ucapan persidangan umum dalam “Sumber-sumber Tambahan” (atau ucapan persidangan lain yang mereka tahu) tentang Roh Kudus. Benarkan mereka untuk kongsikan secara ringkas apa yang mereka telah pelajari dalam kelas. Apakah pesanan-pesanan tersebut menokok kepada apa yang kita telah belajar mengenai Roh Kudus dari Yohanes 14–16?

Yohanes 15:1–12

Apabila kita mematuhi Juruselamat, kita akan bermanfaat dan bersuka cita.

  • Apakah yang ahli-ahli kelas belajar daripada perumpamaan Juruselamat minggu ini berkenaan cabang dan pokok anggur? Pertimbangkan untuk bawakan satu tanaman kecil ke kelas dan gunakannya untuk membantu ahli-ahli kelas menggambarkan perumpamaan Juruselamat. Selepas membaca Yohanes 15:1–12 bersama kelas, anda boleh bincangkan apa maksudnya untuk “bersatu dengan [Kristus]” (Yohanes 15:4). Anda boleh jemput beberapa ahli kelas untuk kongsikan bagaimana mereka mendapati Yohanes 15:5 adalah benar. (Lihat juga kenyataan daripada Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan.”) Video “The Will of God” (LDS.org) mungkin juga membantu dalam perbincangan ini.

Yohanes 17

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus bersatu secara sempurna, dan Mereka inginkan kita untuk bersatu juga.

  • Anda mungkin tidak dapat mengajar semua kebenaran yang penting dari Yohanes 17 dalam satu perbincangan kelas, tetapi terdapat satu cara untuk membantu kelas anda mengkaji beberapa. Senaraikan di atas papan tulis konsep-konsep dari Yohanes 17, seperti berikut:

    • Perhubungan kita dengan Yesus Kristus

    • Perhubungan Yesus Kristus bersama Bapa-Nya

    • Perhubungan kita bersama dunia

    • Perhubungan kita bersama satu sama lain sebagai pengikut-Nya

    Jemput setiap ahli kelas untuk pilih salah satu daripada konsep-konsep tersebut dan bacakan Yohanes 17, mencari ayat yang berkaitan dengannya. Minta beberapa ahli kelas untuk kongsikan apa yang mereka telah pelajari.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Matius 26; Markus 14; Lukas 22; dan Yohanes 18 dalam minggu yang akan datang, anda mungkin dapat beritahu mereka bahawa dalam bab-bab tersebut mereka akan membaca tentang saat-saat yang amat penting dalam rancangan keselamatan hebat Tuhan.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Yohanes 13–17

Video mengenai kasih di LDS.org.

  • “Saling Mengasihi”

  • “Pengorbanan Keluarga, Pemberian, dan Kasih”

  • “Preparation of Thomas S. Monson: He Learned Compassion in His Youth”

Roh Kudus.

Bersatu dengan Kristus.

Perhatikan kata bersatu mempunyai maksud kekal dan berkomitmen, Elder Jeffrey R. Holland telah mengajar:

“Maka erti [kata] ialah ‘tetap—tetapi tetap selamanya.’ Itulah panggilan pesanan Injil . … Datanglah, tetapi datang untuk kekal. Datanglah dengan pendirian dan ketahanan. …

“Yesus berfirman, ‘Tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa’ [Yohanes 15:5]. Saya bersaksikan bahawa itulah kebenaran Tuhan. Kristus merupakan segalanya bagi kita dan kita haruslah ‘bersatu’ dengan Dia secara tetap, tidak berganjak, tabah, selama-lamanya. Agar hasil Injil mekar dan memberkat kehidupan kita, kita haruslah melampirkan diri kepada Dia, Juruselamat kepada kita semua, dan kepada Gereja-Nya, yang mengandungi nama kudus-Nya. Dialah pokok anggur yang merupakan punca kekuatan benar dan satu-satunya sumber kehidupan abadi. Bersama Dia kita bukan hanya akan bertahan tetapi juga menang dan berjaya dalam sebab kudus yang tidak akan menggagalkan kita” (“Abide in Me,” Ensign atau Liahona, Mei 2004, 32).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjemput Roh. “Tiada pengajar fana, tidak kira betapa mahir atau berpengalaman, boleh menggantikan Roh. Namun kita boleh menjadi alat dalam tangan Tuhan untuk membantu anak-anak-Nya belajar melalui Roh. Untuk melaksanakannya, kita mengundang dorongan Roh ke dalam kehidupan kita dan menggalakkan mereka yang diajar untuk melakukannya juga. … Muzik kudus, tulisan suci, kata-kata nabi hari ini, ungkapan kasih dan kesaksian, dan saat-saat renungan sunyi semuanya mengundang hadirat Roh” (Teaching in the Savior’s Way, 10).