“24–30 Jun. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21: ‘Dia Sudah Bangkit’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“24–30 Jun. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
24–30 June
Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21
“Dia Sudah Bangkit”
Sebelum meneroka idea-idea mengajar dalam rangka panduan ini, baca Matius 28; Markus 16; Lukas 24; dan Yohanes 20–21, dan renungkan bagaimana bab-bab itu boleh digunakan untuk memperkuatkan iman mereka yang diajar.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk membantu ahli-ahli kelas kongsi apa yang mereka telah pelajari dalam kajian peribadi atau keluarga, minta mereka tuliskan satu kebenaran daripada tugas bacaan yang mereka rasa perlu dikongsi dengan “seluruh umat manusia” (lihat Markus 16:15). Di akhir kelas, tanya jika mereka peroleh kebenaran tambahan yang ingin dikongsikan.
Mengajar Ajaran
Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20
Oleh kerana Yesus telah dibangkitkan, kita juga akan dibangkitkan.
-
Untuk memberi peluang yang sebanyak mungkin bagi ahli-ahli kelas kongsikan apa yang mereka telah pelajari tentang Kebangkitan, anda boleh luangkan beberapa minit bagi mereka untuk mengkaji semula tugas bacaan minggu ini dan “Kebangkitan” dalam Panduan Tulisan Suci dan tuliskan kebenaran-kebenaran yang dipelajari berkenaan Kebangkitan. Benarkan mereka kongsi apa yang mereka tulis, dan menggalak ahli-ahli kelas untuk mengangkat tangan apabila mereka mendengar seseorang berkongsi kebenaran yang serupa dengan apa yang mereka telah tuliskan. Mengapakah kebenaran-kebenaran itu penting bagi kita? Bagaimanakah pengetahuan bahawa kita akan dibangkitkan mempengaruh perasaan kita terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Tunjukkan muzik video “He Is Risen” (LDS.org) boleh membantu menjemput Roh ke dalam perbincangan ini.
Kita boleh jemput Juruselamat untuk “tinggallah dengan kami.”
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat perhubungan di antara pengalaman mereka dengan pengalaman pengikut-pengikut dalam perjalanan ke Emaus, lukiskan satu jalan di atas papan tulis, dan jemput ahli-ahli kelas untuk tuliskan butiran daripada laporan dalam Lukas 24:13–35 pada satu belah jalan itu. Kemudian, di sebelah lain jalan itu, mereka boleh tuliskan persamaan yang diperhatikan dalam pengalaman diri sebagai pengikut Yesus Kristus. Contohnya, mereka boleh tuliskan Mata mereka tidak mengenal (Lukas 24:16) di satu belah jalan dan Kita kadangkala tidak kenali dorongan Tuhan dalam hidup kita di belah yang lain.
-
Terdapat dua lagu rohani yang berdasarkan Lukas 24:13–35: “Ya, Tinggallah Besertaku” dan “Tinggal Denganku” Nyanyian Rohani, no. 68, 69. Bagaimanakah anda menggunakan lagu rohani itu untuk membantu ahli-ahli kelas memperoleh maksud yang lebih dalam laporan ayat suci?
Matius 28:16–20; Markus 16:14–20; Lukas 24:44–53
Kita diperintah untuk mengkhutbahkan Injil kepada seluruh dunia.
-
Perintah yang Juruselamat terbangkit berikan kepada Rasul-rasul untuk mengkhutbahkan Injil-Nya jugalah untuk kita hari ini. Bagaimanakah anda membantu ahli-ahli kelas melihat peranan mereka dalam mengkhutbahkan Injil? Anda mungkin boleh menjemput mereka untuk membayangkan diri memberi nasihat kepada seorang ahli keluarga atau rakan yang bersedia untuk memulakan misi sepenuh masanya. Apakah yang anda boleh kongsikan daripada firman Juruselamat kepada Rasul-rasul-Nya? Bagaimanakah kita mengaplikasikan firman yang sama dalam usaha kita untuk mengkhutbahkan Injil dengan orang lain?
“Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku.”
-
Anda mungkin punyai ahli-ahli kelas yang fahami Tomas, ingin melihat Tuhan yang bangkit dahulu sebelum dia percaya. Kelas Sekolah Minggu boleh menjadi tempat untuk ahli-ahli kelas memperkukuhkan keimanan satu sama lain berkenaan perkara yang tidak dapat dilihat. Anda mungkin boleh bermula dengan bertanyakan seseorang untuk merumuskan pengalaman Tomas dalam Yohanes 20:19–28. Anda juga boleh tunjukkan video “Blessed Are They That Have Not Seen, and Yet Have Believed” (LDS.org). Ahli-ahli kelas boleh senaraikan perkara-perkara yang Tuhan mintakan kita percaya tanpa melihat. Kemudian anda boleh minta mereka kongsikan pengalaman yang telah memperkukuhkan kesaksian mereka berkenaan perkara-perkara tersebut. Apakah berkat-berkat yang telah datang kepada ahli-ahli kelas apabila mereka beriman?
Juruselamat menjemput kita untuk memelihara domba-domba-Nya.
-
Apakah yang akan membantu ahli-ahli kelas menerima jemputan Juruselamat untuk “memelihara domba-domba [Dia]”? Anda boleh bermula dengan menjemput mereka untuk membaca Yohanes 21:15–17 dengan senyap, menggantikan nama Simon dengan nama diri dan “anak dombaku” dan “dombaku” dengan nama-nama orang yang mereka rasa Tuhan inginkan mereka untuk melayan—contohnya, mereka yang dilayani, jiran-jiran, atau orang yang mereka kenali di sekolah atau tempat kerja. Setelah beberapa minit, ahli-ahli kelas boleh kongsikan tanggapan-tanggapan yang mereka peroleh. Apakah maksudnya untuk memelihara domba dan anak domba Juruselamat? Kenyataan oleh Presiden Russell M. Nelson dan Elder Marvin J. Ashton dalam “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu menjawab soalan ini.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas baca Kisah Rasul-Rasul 1–5 minggu ini, suruh mereka beri perhatian bagaimana seorang nelayan yang tidak pernah ke sekolah menjadi pemimpin Gereja Kristus yang hebat sambil ia disebar di seluruh dunia. Apabila mereka mengkaji bab-bab tersebut, mereka akan nampak perubahan yang berlaku.
Sumber-sumber Tambahan
Apakah maksudnya untuk memelihara domba Juruselamat?
Presiden Russell M. Nelson telah kongsikan gambaran-gambaran berikut daripada teks Yunani silam Yohanes 21:
“Dalam [Yohanes 21:15], perkataan memelihara datang daripada istilah Yunani bosko, yang bermaksud ‘mengkhasiatkan atau untuk makan di padang rumput.’ Perkataan domba datang daripada kata kecil arnion, maksudnya ‘domba kecil.’ …
“Dalam [Yohanes 21:16], perkataan memelihara datang daripada istilah, poimaino, yang bermaksud ‘untuk menggembala, mengawasi, atau untuk dijaga.’ Perkataan domba datang daripada kata kecil probaton, maksudnya ‘domba dewasa.’ …
“Dalam [Yohanes 21:17], perkataan pelihara lagi datang daripada istilah bosko, merujuk kepada khasiat. Perkataan domba datang daripada kata kecil probaton, maksudnya domba dewasa.
Tiga ayat itu, yang bagaikan sama dalam bahasa Inggeris, sebenarnya mengandungi tiga mesej pesanan dalam bahasa Yunani:
-
Anak-anak domba perlu di beri khasiat untuk membesar;
-
Domba perlu di jaga;
-
Domba perlu dikhasiatkan” (“Shepherds, Lambs, and Home Teachers,” Ensign, Aug. 1994, 16).
Bagaimanakah kita dapat memelihara domba-domba [Dia]?
Elder Marvin J. Ashton menjelaskan bagaimanakah kita boleh memenuhi perintah Tuhan untuk memelihara domba-dombaNya:
“Yesus berfirman, ‘Peliharalah domba-domba-Ku.’ (Yohanes 21:16.) Anda tidak boleh pelihara mereka jika anda tidak tahu di mana mereka berada. Anda tidak boleh pelihara mereka jika anda berikan sebab untuk mereka menentang anda. Anda tidak dapat mencari mereka jika kita tidak punyai makanan. Anda tidak dapat memelihara mereka yang tidak berihsan. Anda tidak dapat memelihara mereka jika anda tidak sudi berusaha dan berkongsi. …
“Mereka yang memerlukan bantuan datang dalam segala umur. Ada domba-Nya yang muda, kesunyian, dan sesat. Ada yang letih, sengsara, dan tua. Ada yang dalam keluarga kita sendiri, jiran kita, atau di sudut dunia yang jauh di mana kita dapat membantu dengan sumbangan puasa. Ada yang kebuluran makanan. Ada yang kebuluran kasih dan perhatian.
“Jika kita memberi domba-Nya alasan untuk menentang kita, proses pemeliharaan menjadi susah, jika tidak mustahil. Tiada yang boleh mengajar atau membantu dengan sindiran atau sendaan. Pemerintahan diktator atau ‘saya betul dan anda salah’ akan menyangkal segala usaha untuk memelihara domba yang sesat. Satu dinding penentangan akan dibina, dan tiada orang yang akan bermanfaat. …
“Kita menunjukkan kasih melalui tingkah laku kita. Ungkapan kasih sayang tidak bermakna jika tingkah laku tidak sepadan. Semua domba-domba-Nya memerlukan sentuhan gembala yang memelihara” (“Give with Wisdom That They May Receive with Dignity,” Ensign, Nov. 1981, 91).