“1–7 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: ‘Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“1–7 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
1–7 Julai
Kisah Rasul-Rasul 1–5
“Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku”
Jika anda baca Kisah Rasul-Rasul 1–5 dan mencari bimbingan Roh, anda akan menerima ilham berkenaan apa kebenaran dalam bab-bab yang akan membantu ahli-ahli kelas bergantung lebih kepada Roh Kudus dan menjadi saksi beriman Tuhan Yesus Kristus.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Terdapat banyak ayat-ayat dan asas-asas yang bermakna dalam Kisah Rasul-Rasul 1–5. Satu cara untuk menemui yang mana paling bernilai dan berpatutan untuk ahli-ahli kelas adalah dengan membenarkan mereka memberitahu anda apa yang menonjol dalam pengkajian mereka. Bagaimanakah anda menjemput perkongsian sedemikian? Ia mungkin mudah seperti memberikan mereka beberapa minit untuk mencari dan kongsikan ayat-ayat dari Kisah Rasul-Rasul 1–5 di mana mereka mendengari suara Tuhan berfirman kepada mereka.
Mengajar Ajaran
Kisah Rasul-Rasul 1:1–8; 2:37–39; 4:1–16, 31–33
Yesus Kristus mengarah Gereja-Nya melalui Roh Kudus.
-
Membaca pengalaman Rasul-rasul dapat membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana mereka dapat menerima kuasa dan bimbingan daripada Roh Kudus dalam panggilan Gereja mereka. Satu cara untuk mengkaji semula pengalaman-pengalaman dalam Kisah Rasul-Rasul 1–5 adalah dengan menulis di atas papan tulis Roh Kudus membantu dalam panggilan saya dengan: dan kemudian jemput ahli-ahli kelas untuk cari Kisah Rasul-Rasul 1:1–8; 2:36–39; dan 4:1–16, 31–33, mencari cara-cara untuk melengkapkan ayat tersebut. Mengapakah Rasul-rasul memerlukan Roh Kudus?
-
Sebagai satu kelas, anda juga boleh meneroka bagaimana Yesus Kristus mengarah Gereja-Nya hari ini melalui Roh Kudus. Untuk melakukan ini, anda boleh menghubungi beberapa ahli-ahli kelas sebelumnya dan minta mereka untuk mengkaji semula laporan-laporan dalam Kisah Rasul-Rasul 1:1–8; 2:37–39; 4:1–16, 31–33 dan datang bersedia untuk kongsikan pengalaman peribadi yang umpama Rasul-rasul. Contohnya, mereka boleh kongsikan satu ketika di mana Roh Kudus telah membantu mereka untuk bersaksi tentang asas Injil atau menjawab soalan seseorang . Apakah yang telah mereka lakukan untuk mendapat bimbingan Roh Kudus?
Rasul-rasul Yesus Kristus telah dipanggil oleh Tuhan melalui wahyu.
-
Ia mungkin dapat membantu untuk ahli-ahli kelas Kuorum Dua Belas Rasul dalam Gereja silam dipanggil melalui wahyu, sepertimana hari ini. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas jelaskan bagaimana satu perniagaan mencari pengganti dalam jawatan eksekutif, contohnya melihat latar belakang persekolahan, pengalaman dan lain-lain. Minta mereka bandingkan ini dengan bagaimana Rasul Matias dipanggil dalam Kisah Rasul-Rasul 1:15–26 (lihat juga 1 Samuel 16:1–13). Bagaimanakah petikan oleh Presiden Gordon B. Hinckley dalam “Sumber-sumber Tambahan” memberi pemahaman tambahan kepada ahli-ahli kelas? (Lihat juga Russell M. Nelson, “Mendukung Para Nabi,” Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 74–77). Bagaimanakah pengetahuan ini mempengaruhi kepercayaan kita terhadap pemimpin-pemimpin yang telah dipanggil oleh Tuhan? Bagaimanakah anda peroleh kesaksian berkenaan nabi dan rasul-rasul moden?
Kisah Rasul-Rasul 2:22–47; 3:13–26; 4:5–12
Kita menerima berkat Korban tebusan jika kita mengikut asas pertama dan tatacara Injil.
-
Bagaimanakah anda mengajar mencari kuasa dan maksud kebenaran mudah Petrus dan Yohanes (kepercayaan kepada Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus dan bertahan sampai akhir)? Satu cara untuk meneroka kepentingan asas-asas dan tatacara Injil tersebut, kadangkala dirujuk sebagai ajaran Kristus (lihat 2 Nefi 31). Anda mungkin boleh bawa lima helai poster ke kelas dan tuliskan di atas setiap poster salah satu daripada ajaran Kristus: Percaya dalam Yesus Kristus, Pertaubatan, Pembaptisan, Kurnia Roh Kudus, Bertahan Sampai Akhir. Bahagikan kelas ke dalam lima kumpulan, dan berikan setiap kumpulan satu poster. Jemput setiap kumpulan untuk kaji semula definisi tajuk poster mereka dalam Panduan Tulisan Suci atau Mengkhutbahkan Injil-Ku. Kemudian mereka boleh mengkaji semula Kisah Rasul-Rasul 2:22–47; 3:13–26; dan 4:5–12 dan tuliskan pada poster mereka contoh-contoh yang diperoleh berkenaan tajuk tugasan dari tulisan suci. Bagaimanakah asas dan tatacara Injil membantu kita memperoleh berkat-berkat Korban Tebusan Juruselamat? Apakah peranan asas-asas dan tatacara Injil dalam rancangan keselamatan Bapa Syurgawi?
-
Anda boleh tanyakan penginjil sepenuh masa, yang baru kembali, atau penginjil bahagian untuk menggunakan beberapa minit menjelaskan bagaimana mereka mengajar orang tentang ajaran Kristus dengan menggunakan Pelajaran 3 dalam Mengkhutbahkan Injil-Ku. Mengapakah ajaran Kristus pesanan utama penginjil-penginjil kita? Bagaimanakah seseorang yang telah dibaptiskan dan menerima kurnia Roh Kudus mengaplikasikan ajaran Kristus secara berterusan?
Roh Kudus mengilhami kita untuk bertindak ke atas perkara yang kita pelajari.
-
Apabila ahli-ahli kelas mengkaji tulisan suci di rumah atau bersama di dalam kelas setiap minggu, mereka mungkin sering berasa “sangat gelisah” (Kisah Rasul-Rasul 2:37). Anda mungkin diilhami untuk membantu mereka mengambil langkah seterusnya dengan bertanyakan, “Apakah yang kita harus lakukan?” (Kisah Rasul-Rasul 2:37). Baca Kisah Rasul-Rasul 2:37–47 bersama, menjemput ahli-ahli kelas untuk carikan perkara kumpulan seramai 3,000 orang lakukan sebagai keputusan dari jemputan Petrus. Mereka juga mungkin kongsikan cara-cara mereka bertindak akan ilham yang diterima dari pengkajian firman Tuhan. Kemudian anda mungkin simpankan masa di akhir kelas untuk benarkan mereka bertanya “Apakah yang harus saya lakukan?” dan catatkan tanggapan mereka.
Kisah Rasul-Rasul 3; 4:1–21; 5:12–42
Apabila kita dipenuhi dengan Roh Kudus, kita boleh berkongsi Injil dengan berani.
-
Laporan Petrus dan Yohanes bersaksikan Yesus dengan berani dapat mengilhami kelas anda untuk tidak berasa takut akan pandangan orang lain ketika mereka berkongsikan kesaksian Injil. Apakah yang mengagumkan ahli-ahli kelas tentang keberanian Petrus dan Yohanes Kisah Rasul-Rasul 3; 4:1–21; dan 5:12–42? Apakah perhubungan di antara menerima kurnia Roh Kudus dan kebolehan untuk bersaksi dengan berani? Laporan-laporan bab-bab tersebut telah dilakonkan semula dalam video-video “Peter Preaches and Is Arrested,” “Peter and John Are Judged,” dan “Peter and John Continue Preaching the Gospel” (LDS.org). Ahli-ahli kelas mungkin juga punyai pengalaman untuk dikongsikan di mana mereka, atau seseorang yang mereka kenali, mempertahankan dan bersaksikan Injil.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Tanyakan ahli-ahli kelas untuk fikirkan bagaimanakah mereka akan bertindak jika mereka tahu bahawa mengikuti Injil akan menyebabkan kematian. Beritahu mereka bahawa Kisah Rasul-Rasul 6–9 mereka akan membaca tentang seseorang yang bersedia untuk mati untuk kepercayaan anda.
Sumber-sumber Tambahan
Pemanggilan seorang ahli Rasul.
Gordon B. Hinckley berkongsi gambaran tentang proses pemanggilan Rasul yang baru: “Prosedurnya unik dalam Gereja Tuhan. Tiada yang cuba mendapat jawatan, tiada pencurian jawatan, tiada kempen untuk meningkatkan hemah seseorang. Bandingkan cara Tuhan dengan cara dunia. Cara Tuhan lebih sunyi, lebih damai, dan tiada keriuhan duit. Ia tanpa egotisme atau keangkuhan atau cita-cita. Di bawah rancangan Tuhan, mereka yang bertanggungjawab untuk memilih pegawai dijajahi satu soalan: Siapakah yang Tuhan inginkan?’ Adanya suatu perasaan keamanan dan pertimbangan yang teliti. Dan banyak doa yang diterima untuk mendapat penetapan Roh Kudus bahawa pilihan adalah baik” (“God Is at the Helm,” Ensign, Mei 1994, 53).