“8–14 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“8–14 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
8-14 Julai
Kisah Rasul-Rasul 6–9
Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?
Baca Kisah Rasul-Rasul 6–9 dan catat tanggapan anda. Ini akan membantu anda menerima wahyu bagaimana untuk membantu ahli-ahli kelas mendekati Yesus Kristus melalui pembelajaran mereka dalam bab-bab ini.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Di papan tulis, tulis nama-nama beberapa orang yang disebut dalam Kisah Rasul-Rasul 6–9, seperti Stefanus, Saulus, Filipus, Ananias, Petrus, dan Tabita atau Dorkas. Jemput beberapa ahli-ahli kelas untuk berkongsi sesuatu yang mereka belajar dari salah satu orang-orang ini dalam pengkajian mereka minggu ini.
Mengajar Ajaran
Menentang Roh Kudus boleh menyebabkan kita menolak Juruselamat dan para nabi-Nya.
-
Kebenaran apakah yang ahli-ahli kelas belajar dari membaca cerita Stefanus minggu ini? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas mengkaji pengajaran Stefanus dalam Kisah Rasul-Rasul 7:37–53, mencari bagaimana pemimpin Yahudi adalah seperti Orang Israel kuno yang menolak para nabi. Anda boleh bertumpu kepada pernyataan Stefanus tentang pemimpin-pemimpin ini dalam Kisah Rasul-Rasul 7:51. Bagaimana 2 Nefi 28:3–6; 33:1–2; Mosia 2:36–37; Alma 10:5–6; dan Alma 34:37–38 membantu ahli-ahli kelas memahami pernyataan ini? Mengapa kita mungkin “menentang Roh Kudus”? Apa yang kita boleh buat untuk mengenali dan mengikuti dorongan Roh Kudus dengan lebih baik?
Hati kita mesti “tulus di sisi Tuhan.”
-
Mempelajari cerita Simon boleh membantu ahli-ahli kelas menilai sebab-sebab mereka hidup Injil. Untuk mempelajari cerita ini sebagai kelas, anda boleh tulis di papan tulis soalan-soalan Siapa Simon? Apa yang dia mahu? dan Bagaimana dia cuba mendapatkannya? Tugaskan setiap ahli kelas untuk membaca Kisah Rasul-Rasul 8:9–24, dan mencari jawapan untuk soalan-soalan ini. Apa yang kita boleh belajar dari pengalaman Simon?
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas anda memahami makna untuk hati mereka “tulus di sisi Tuhan” (Kisah Rasul-Rasul 8:21), anda boleh menjemput mereka untuk mengkaji Ajaran dan Perjanjian 121:41–46, dan mencari kata-kata atau frasa yang menggambarkan bagaimana seharusnya hati kita apabila kita berusaha melayani Tuhan dan menerima kurnia-Nya. Ahli-ahli kelas boleh membandingkan wawasan ini dengan cerita Simon, yang didapati dalam Kisah Rasul-Rasul 8:9–24. Kebenaran apakah yang Simon belum memahami? Bagaimana kita boleh membuat hati kita “tulus di sisi Tuhan?
-
Adakah ahli-ahli kelas anda membandingkan Stefanus dan Filipus dengan Simon dalam pengkajian peribadi mereka, seperti dicadangkan dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga? Jika ya, apa yang mereka belajar? Anda boleh menjemput mereka mencari bukti dalam bab-bab ini bahawa hati orang lain adalah tulus—orang seperti Filipus dan lelaki dari Etiopia (Kisah Rasul-Rasul 8:26–40) dan Saulus (Kisah Rasul-Rasul 9:1–22).
Roh Kudus akan membantu kita membimbing orang lain ke Yesus Kristus.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami bagaimana mereka boleh membimbing orang lain ke Yesus Kristus (lihat Kisah Rasul-Rasul 8:31), anda boleh menjemput dua ahli kelas untuk duduk menghadapi satu sama lain dan membaca dialog Filipus dan lelaki dari Etiopia dalam Kisah Rasul-Rasul 8:26–39. Ahli kelas yang ketiga boleh membaca bahagian yang bukan dialog. Apakah yang kita belajar dari contoh Filipus tentang mengajar Injil kepada orang lain?
-
Untuk meneroka contoh-contoh moden cerita dalam Kisah Rasul-Rasul 8:26–39, ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman mereka berkongsi Injil atau menyertai Gereja. Bagaimana Roh Kudus telah membantu mereka? Bagaimana seseorang bertindak sebagai pembimbing mereka? Jemput ahli-ahli kelas untuk merenung siapa yang mereka boleh membimbing ke Injil.
Apabila kita tunduk kepada kehendak Tuhan, kita boleh menjadi alat dalam tangan-Nya.
-
Ahli-ahli kelas boleh belajar kebenaran berkuasa tentang penukaran hati mereka sendiri dengan mempelajari pengalaman Saulus, termasuk kebenaran bahawa semua orang boleh bertaubat dan berubah jika mereka rela. Anda boleh bertanya ahli-ahli kelas untuk membandingkan pengalaman Saulus dengan pengalaman Alma (lihat Mosia 17:1–4; 18; 26:15–21) dan Laman dan Lemuel (lihat 1 Nefi 3:28–31). Apakah ciri-ciri yang Saulus dan Alma ada yang membantu mereka bertaubat dan berubah? Apakah ciri-ciri yang menghalang Laman dan Lemuel dari berubah? Apakah pengaruh yang Saulus dan Alma ada selepas mereka bertukar hati? Apakah pesanan untuk hidup kita yang didapati dari cerita-cerita ini?
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas menerapkan pengalaman Saulus untuk mereka sendiri, anda boleh menjemput beberapa ahli-ahli kelas untuk datang bersedia dan berkongsi apa yang mereka pelajari dari setiap bahagian dalam ucapan Presiden Dieter F. Uchtdorf “Waiting on the Road to Damascus” (Ensign atau Liahona, Mei 2011, 70–77). Bagaimanakah kita kadang-kadang menunggu dalam perjalanan kita ke Damsyik? Menurut Presiden Uchtdorf, apa yang boleh membantu kita mendengar suara Tuhan dengan lebih baik? Anda mungkin mahu menonton video “The Road to Damascus” (LDS.org). Untuk mengilhamkan ahli-ahli kelas untuk mengikuti contoh Saulus dan menanya Tuhan, “Apa yang Tuhan mahu saya lakukan?” pertimbangkan untuk membincang pengalaman Presiden Thomas S. Monson yang didapati dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman mereka dalam mencari dan mengikuti kehendak Tuhan.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Kisah Rasul-Rasul 10–15 pada minggu yang akan datang, anda boleh berkongsi beberapa peristiwa dramatik dalam bab-bab ini—pelarian dari penjara yang ajaib, para penginjil dianggap salah sebagai tuhan-tuhan Roma, dan Rasul yang dilempar batu dan dibiarkan mati—kemudiannya hidup semula.
Sumber-sumber Tambahan
Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?
Ketika Presiden Thomas S. Monson menghadiri satu persidangan pancang, presiden pancang bertanya jika Presiden Monson akan melawat seorang gadis berumur 10 tahun bernama Christal Methvin, yang sedang menderita kerana penyakit kanser. Keluarga gadis ini tinggal 80 batu dari lokasi persidangan. Presiden Monson berkongsi yang berikut:
“Saya memeriksa jadual mesyuarat. … Memang tidak ada masa untuk melawat. Satu cadangan alternatif datang ke minda. Adakah kita tidak boleh ingat anak kecil itu dalam doa umum kita di persidangan? …
“… [Semasa dalam mesyuarat] saya mendengar satu suara berkata kepada roh saya semasa saya sedang menyemak nota-nota dan bersedia untuk berdiri di mimbar. Pesanan itu ringkas, kata-katanya biasa: “Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Tuhan.” (Markus 10:14.) Nota-nota saya menjadi kabur. Fikiran saya berpaling kepada anak kecil itu yang memerlukan berkat. Keputusan telah dibuat. Jadual mesyuarat itu telah diubah. …
“… [Di rumah keluarga Methvin] Saya memandang seorang anak yang terlalu sakit untuk berdiri—hampir terlalu lemah untuk bercakap. Penyakit telah mengambil penglihatannya. Kehadiran roh begitu kuat sehingga saya jatuh ke lutut, mengambil tangan lemahnya, dan berkata, ‘Christal, saya di sini.’ Dia berbisik, ‘Brother Monson, saya tahu kamu akan datang’” (“The Faith of a Child,” Ensign, Nov. 1975, 20–22).
Beberapa tahun kemudian, Presiden Dieter F. Uchtdorf berkongsi cerita ini, menjemput kita untuk “berusaha menjadi orang-orang yang Tuhan boleh mempercayai untuk mendengar bisikan-Nya dan menjawab, seperti Saulus lakukan dalam perjalanannya ke Damsyik, ‘Tuhan, apa yang Tuhan mahu saya lakukan?’” (“Waiting on the Road to Damascus,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 75).