Ikutlah Aku
2–8 September. 1 Korintus 14–16: ‘Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan’


“2–8 September. 1 Korintus 14–16: ‘‘Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“2-8 September. 1 Korintus 14-16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

kolam pembaptisan di bait suci

2-8 September

1 Korintus 14–16

“Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan”

Sebelum mengkaji semula rangka panduan ini, baca 1 Korintus 14–16. Catatkan tanggapan awal anda tentang kebenaran yang akan membantu ahli-ahli kelas anda, dan teruskan mencari dorongan tambahan dari Roh sepanjang minggu.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon laporan

Jemput Perkongsian

Beri beberapa minit kepada ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula 1 Korintus 14–16 dan cari satu ayat yang mereka rasa bermakna. Jemput mereka untuk mencari seseorang di dalam kelas yang mereka boleh berkongsi ayat mereka dan menjelaskan mengapa mereka memilih ayat itu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

1 Korintus 14

Apabila Orang Suci berkumpul bersama, mereka perlu berusaha untuk saling membina.

  • Pertimbangkan untuk menggunakan pengajaran Paulus dalam 1 Korintus 14 untuk mengingatkan ahli-ahli kelas bahawa kita semua boleh membina—atau menyokong dan mengangkat—satu sama lain di gereja. Satu cara mudah untuk mengkaji semula bab ini adalah menulis satu soalan di papan tulis, seperti Apakah matlamat kita apabila kita berkumpul bersama? Jemput ahli-ahli kelas untuk mencari jawapan-jawapan yang sesuai 1 Korintus 14. Idea-idea lain boleh didapati dalam Moroni 6:4–5 dan Ajaran dan Perjanjian 50:17–23. Apabila ahli-ahli kelas berkongsi pencarian mereka, tanya mereka bagaimana kelas anda lakukan dalam mencapai matlamat. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman di mana mereka berasa dibina oleh sesuatu yang seorang ahli kelas telah kongsikan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami nasihat Paulus bahawa ahli-ahli perlu bernubuat, minta mereka mencadangkan definisi untuk perkataan bernubuat. Anda atau ahli-ahli kelas boleh menulis setiap definisi di papan tulis dan kaji semula bersama definisi bernubuat dalam Panduan Tulisan Suci dan nasihat Paulus dalam 1 Korintus 14:3, 31, 39–40. Apa yang boleh kita tambahkan kepada definisi kita dari sumber-sumber ini? (Lihat juga Wahyu 19:10.) Apa yang kita terinspirasi untuk lakukan di gereja dan di rumah sebagai hasil dari ajaran Paulus?

1 Korintus 15

Kerana Yesus Kristus dibangkitkan, kita semua akan dibangkitkan.

  • Bagaimanakah anda boleh menggunakan kesaksian Paulus dalam 1 Korintus 15 untuk menguatkan kesaksian ahli-ahli kelas tentang Kebangkitan? Satu cara adalah membahagikan kelas kepada dua kumpulan dan minta satu kumpulan untuk melihat dalam 1 Korintus 15 untuk akibat-akibat yang kita akan hadapi jika Yesus Kristus tidak dibangkitkan. Kumpulan yang kedua boleh mencari berkat-berkat yang kita terima kerana Kebangkitan-Nya. Setiap kumpulan boleh menulis di papan tulis apa yang mereka belajar. Apa yang mereka boleh tambahkan kepada senarai mereka selepas membaca pernyataan oleh Elder D. Todd Christofferson dalam “Sumber-sumber Tambahan”? Untuk membantu ahli-ahli kelas merasa Roh semasa perbincangan, paparkan satu gambar Juruselamat yang dibangkitkan (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga).

  • Kerana Paulus membalas orang yang tidak percaya dalam kebangkitan, kelas anda boleh bermanfaat dari lakon peranan dalam situasi yang serupa. Sebagai contoh, bagaimana mereka boleh menguatkan iman orang kesayangan dalam Kebangkitan? Apakah yang ahli-ahli kelas dapat dalam 1 Korintus 15 yang akan membantu mereka menjelaskan keperluan dan bukti Kebangkitan Yesus Kristus? Apa tulisan suci lain yang boleh digunakan? (Lihat, sebagai contoh Lukas 24:1–12, 36–46; Alma 11:42–45.)

  • Paulus merujuk kepada tiga tahap kemuliaan kebangkitan beberapa kali dalam suratnya (lihat 1 Korintus 15:40–42 dan 2 Korintus 12:1–2). Untuk membantu kelas anda menemui bagaimana wahyu moden menghuraikan pengajaran Paulus, anda boleh membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan beri setiap kumpulan sekeping kertas berbentuk seperti matahari (Ajaran dan Perjanjian 76:50–70), bulan (Ajaran dan Perjanjian 76:71–80), atau bintang (Ajaran dan Perjanjian 76:81–89). Jemput mereka untuk membaca ayat-ayat suci yang dikaitkan dari Ajaran dan Perjanjian 76 dan berkongsi apa yang mereka perlu buat untuk menerima kemuliaan yang berlainan seperti dijelaskan oleh Paulus. Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 137:7–10.

    matahari terbit

    Terdapat kemuliaan matahari (1 Korintus 15:41).

  • 1 Korintus 15 adalah salah satu tempat dalam kitab suci di mana pembaptisan untuk orang mati disebutkan (lihat ayat 29; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 128:18). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman mereka melakukan pembaptisan atau tatacara lain untuk nenek moyang mereka. Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman Wilford Woodruff dalam “Sumber-sumber Tambahan” sebagai sebahagian daripada perbincangan. Mengapa Paulus merujuk pembaptisan untuk orang mati sebagai bukti Kebangkitan?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Minta ahli-ahli kelas untuk berfikir tentang percubaan yang mereka hadapi atau kelemahan yang mereka ada. Beritahu mereka bahawa apabila mereka membaca 2 Korintus, mereka akan belajar apa yang membantu Paulus menghadapi percubaannya dan bagaimana dia melihat kelemahannya.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

1 Korintus 14–16

Kepentingan Kebangkitan.

Elder D. Todd Christofferson mengajar:

“Pertimbangkan seketika kepentingan Kebangkitan dalam menyelesaikan sekali dan untuk semua identiti benar Yesus dari Nasaret dan persaingan falsafah yang hebat dan soalan-soalan hidup. Jika Yesus benar-benar dibangkitkan, ia semestinya benar bahawa Dia adalah makhluk ilahi. Tidak ada orang fana yang mempunyai kuasa di dalamnya untuk hidup semula selepas kematian. Kerana Dia dibangkitkan, Yesus bukan hanya seorang tukang kayu, seorang guru, seorang rabbi, atau seorang nabi. Kerana Dia dibangkitkan, Yesus semestinya seorang Tuhan, bahkan Putera Tunggal Bapa.

“Oleh itu, apa yang Dia ajar adalah benar; Tuhan tidak boleh berbohong.

“Oleh itu, Dialah Pencipta bumi, seperti dikatakan-Nya.

“Oleh itu, syurga dan neraka adalah benar, seperti diajar-Nya.

“Oleh itu, terdapat dunia roh, di mana Dia melawat selepas kematian-Nya.

“Oleh itu, Dia akan datang sekali lagi, seperti dikatakan malaikat, dan ‘sendiri memerintah di bumi.’

“Oleh itu, terdapat kebangkitan dan penghakiman terakhir untuk semua” (“Kebangkitan Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 113).

Tatacara untuk orang mati: “Satu sinar cahaya dari takhta Tuhan.”

Elder Wilford Woodruff berkata bahawa apabila dia belajar ahli-ahli Gereja yang hidup boleh menerima tatacara keselamatan bagi pihak nenek moyang mereka yang sudah mati, “ia seperti satu sinar cahaya dari takhta Tuhan. Ia membuka satu ladang dengan luas seperti keabadian pada minda kita.” Dia juga berkata: “Ia kelihatan kepada saya bahawa Tuhan yang menyatakan prinsip itu kepada manusia adalah bijaksana, adil dan benar, memiliki sifat yang terbaik dan fikiran sihat dan pengetahuan. Saya berasa Dia konsisten dengan kedua-dua kasih, belas kasihan, keadilan dan penghakiman, dan saya berasa untuk mengasihi Tuhan lebih dari sebelumnya dalam hidup saya. … Saya berasa untuk mengatakan hallelujah ketika wahyu pembaptisan untuk orang mati datang kepada kita. …”

“Perkara pertama yang datang ke minda saya.” dia berkata, “adalah bahawa saya mempunyai seorang ibu di dunia roh. Dia mati ketika saya berusia 14 bulan. …” Kemudian, dia bercakap tentang masa dia mempunyai peluang untuk mendapatkan ibunya dimeteraikan kepada bapanya: “Dia akan mempunyai tempat di kebangkitan pertama; dan ini sahaja akan membayar saya untuk semua kerja dalam hidup saya” (Teachings of Presidents of the Church: Wilford Woodruff, [2011], 185–86).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengenali orang yang anda ajar. Tidak ada dua orang yang betul-betul sama, setiap orang yang anda ajar mempunyai latar belakang, perspektif, dan bakat-bakat yang unik. Berdoa untuk mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan ini untuk melibatkan pelajar-pelajar anda. Apabila anda mengenali mereka yang anda ajar dengan lebih baik, anda boleh mencipta pengajaran yang bermakna untuk mereka (lihat Teaching in the Savior’s Way, 7).