Ikutlah Aku
9–15 September. 2 Korintus 1–7: ‘Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan’


“9–15 September. 2 Korintus 1–7: ‘Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“9–15 September. 2 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Yesus Kristus

9–15 September

2 Korintus 1–7

“Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan”

Apabila anda membaca 2 Korintus 1–7 minggu ini, fikir tentang ahli-ahli kelas—yang datang ke kelas dan yang tidak. Bagaimanakah prinsip-prinsip dalam bab-bab ini boleh memberkati mereka?

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beri masa kepada ahli-ahli kelas untuk berkongsi idea-idea yang membantu kajian kitab suci mereka lebih berkesan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; 7:4–7

Percubaan kita boleh menjadi berkat.

  • Mungkin terdapat seseorang di kelas anda yang mengalami percubaan yang susah. Pengalaman yang Paulus gambarkan dan nasihat yang dia berikan dalam 2 Korintus boleh membantu ahli-ahli kelas memikir tentang berkat yang boleh datang dari percubaan mereka. Untuk memulakan perbincangan, anda boleh meminta seorang ahli kelas untuk berucap tentang bagaimana percubaan telah memberkati hidup dia atau apa yang dia belajar dari orang lain yang telah mengalami percubaan. Kemudian anda boleh memberi ahli-ahli kelas beberapa minit untuk mengkaji semula 2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; dan 7:4–7, mencari perkara yang Paulus ajar tentang tujuan dan berkat percubaan. (Untuk contoh pengajarannya, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.) Minta ahli-ahli kelas untuk berkongsi pencarian mereka. Anda boleh mencadangkan mereka membaca dengan kuat ayat yang mereka mendapatkan pengajaran tertentu dan kemudian berkongsi satu pengalaman atau kesaksian yang berkenaan dengan pengajaran itu.

  • Pertimbangkan untuk memberi ahli-ahli kelas masa untuk merenung bagaimana percubaan boleh memberkati hidup kita, termasuk mengkaji semula ajaran Paulus dalam 2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; dan 7:4–7. Dalam masa ini mereka boleh menulis bagaimana ajaran Paulus boleh digunakan dalam penderitaan yang mereka hadapi dalam hidup mereka.

  • Untuk menambah kepada perbincangan anda, pertimbangkan untuk menyanyi bersama ahli-ahli kelas nyanyian rohani kegemaran yang bersaksi tentang hiburan dan berkat yang Bapa Syurgawi dan Juruselamat beri kepada kita dalam masa percubaan—seperti “Teguhlah Landasan” (Nyanyian Rohani, no. 28). Selepas menyanyi bersama, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari satu frasa dalam 2 Korintus 1 dan 4 yang mereka rasa sesuai dengan pesanan nyanyian rohani itu.

2 Korintus 2:5–11

Kita menerima berkat dan memberkati orang lain apabila kita memaafkan.

  • Kita semua mempunyai pengalaman seseorang “menyedihkan” kita atau keluarga kita (ayat 5). Ahli-ahli kelas boleh mencari 2 Korintus 2:5–11, dan mencari nasihat dari Paulus tentang bagaimana memperlakukan seseorang yang telah menyinggung perasaan kita. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula Lukas 15:11–32; Yohanes 8:1–11; dan petikan oleh Elder Kevin R. Duncan (lihat “Sumber-sumber Tambahan”) untuk belajar lebih tentang bagaimana kita perlu memperlakukan mereka yang telah berdosa. Bagaimanakah kita melukai diri kita dan orang lain apabila kita tidak rela untuk memaafkan?

2 Korintus 5:14–21

Melalui Korban tebusan Yesus Kristus, kita boleh didamaikan dengan Tuhan.

  • Banyak orang datang ke gereja dengan keinginan untuk mendekati Tuhan, dan perbincangan dalam 2 Korintus 5:14–21 boleh membantu mereka. Untuk bermula, ahli-ahli kelas boleh menyelidik makna perkataan mendamaikan, mungkin bermula dengan mencari perkataan itu dalam kamus. Apakah pandangan yang didapati tentang didamaikan dengan Tuhan? Apakah pandangan tambahan yang kita dapat dari judul “Korban Tebusan” dalam Panduan Tulisan Suci? Bagaimanakah pandangan ini membantu kita memahami 2 Korintus 5:14–21? Anda mungkin mahu menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat, yang Korban tebusan-Nya membuat ia mungkin untuk kita bersatu kembali dengan Tuhan.

2 Korintus 7:8–11

Kesedihan ilahi membawa kepada pertaubatan.

  • 2 Korintus 7:8–11 memberi satu penjelasan baik tentang kesedihan ilahi dan peranannya dalam pertaubatan. Apakah yang kita belajar tentang kesedihan ilahi dari 2 Korintus 7:8–11 dan kata-kata Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Sumber-sumber Tambahan”? Mengapakah kesedihan ilahi penting dalam pertaubatan?

  • Anda mungkin mendapat tanggapan untuk menggalakkan perbincangan lebih lanjut tentang pertaubatan. Jika demikian, anda boleh cuba sesuatu seperti ini: Tulis pada papan tulis Pertaubatan adalah . Minta ahli-ahli kelas untuk mencari cara melengkapkan frasa ini, dengan menggunakan perkara yang mereka belajar dari 2 Korintus 7:8–11, dan juga dari kitab suci dan sumber lain dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Bagaimanakah mereka boleh menggunakan pengajaran ini untuk membantu seseorang memahami bagaimana bertaubat dengan ikhlas?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Tanya ahli-ahli kelas jika mereka pernah berdoa untuk percubaan atau kesukaran mereka dikeluarkan. Dalam 2 Korintus 8–13, mereka akan mengetahui tindak balas Paulus apabila dia berdoa untuk ini tetapi doanya tidak dijawab dalam cara yang dia harapkan.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

2 Korintus 1–7

Melihat orang lain seperti Tuhan melihat mereka membantu kita memaafkan.

Elder Kevin R. Duncan mengajar: “Satu perkara penting untuk memaafkan orang lain adalah untuk cuba melihat mereka seperti Tuhan melihat mereka. Ada kalanya, Tuhan akan membantu kita untuk memahami hati, jiwa, dan roh seseorang yang telah menyinggung kita. Pandangan ini mungkin akan menyebabkan kita merasai kasih yang memberangsangkan terhadap orang tersebut.” (“Salap Penyembuhan Pengampunan,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 34).

Kesedihan ilahi mengilhamkan perubahan dan harapan.

Presiden Dieter F. Uchtdorf menjelaskan:

Kesedihan ilahi mengilhamkan perubahan dan harapan melalui Korban tebusan Yesus Kristus. Kesedihan duniawi menarik kita ke bawah, memadamkan harapan, dan memujuk kita untuk memberi lebih kepada godaan.

Kesedihan ilahi membawa kepada penganutan dan penukaran hati. Ia menyebabkan kita membenci dosa dan mengasihi kebaikan. Ia menggalakkan kita untuk berdiri teguh dan berjalan dalam cahaya kasih Kristus. Pertaubatan yang benar adalah mengenai perubahan, bukannya penyiksaan” (“Kamu Boleh Lakukan Sekarang!” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 56).

Apakah itu pertaubatan?

Elder Neil L. Andersen mengajar:

“Apabila kita berdosa, kita berpaling dari Tuhan. Apabila kita bertaubat, kita berpaling kepada Tuhan.

“Jemputan untuk bertaubat jarang sekali adalah suara hukuman tetapi adalah rayuan penyayang untuk berpaling dan kembali kepada Tuhan [lihat Helaman 7:17]. Ia adalah panggilan seorang Bapa penyayang dan Putera Tunggal-Nya untuk menjadi lebih daripada kita, untuk mencapai kehidupan yang lebih tinggi, untuk berubah, dan merasai kegembiraan mentaati perintah-perintah. Sebagai pengikut Kristus, kita bergembira untuk berkat pertaubatan dan kebahagiaan untuk pengampunan. Mereka menjadi sebahagian daripada kita, membentuk cara kita berfikir dan berasa. …

“Untuk kebanyakan orang, pertaubatan adalah satu perjalanan dan bukannya acara satu masa. Ia tidak senang. Untuk berubah adalah sukar. Ia memerlukan berlari terhadap angin, dan berenang ke hulu. Yesus berkata, ‘Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku’ [Matius 16:24]. Pertaubatan adalah berpaling dari beberapa perkara, seperti ketidakjujuran, kesombongan, kemarahan, dan pemikiran yang tidak baik, dan berpaling kepada perkara-perkara lain, seperti kebaikan, tidak mementingkan diri sendiri, kesabaran dan kerohanian. Ia adalah berpaling kepada Tuhan” (“Repent … That I May Heal You,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 40–41).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memasukkan mereka yang sedang bergelut. Kadangkala, ahli-ahli kelas yang sedang bergelut hanya memerlukan orang memasukkan mereka untuk berasa dikasihi. Pertimbangkan untuk memberi mereka tugasan untuk mengambil bahagian dalam ajaran yang akan datang. Jangan berputus asa jika mereka tidak bertindak balas pada usaha anda pada mulanya. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 8–9.)