“16–22 September. 2 Korintus 8–13: ‘Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi Dengan Senang Hati’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“16–22 September. 2 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
16–22 September
2 Korintus 8–13
“Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi Dengan Senang Hati”
Ketika anda membaca 2 Korintus 8–13, fikirkan tentang mereka yang anda ajar dan rancangkan aktiviti yang dapat membantu mereka menemui asas-asas dalam bab-bab tersebut. Kemudian kaji semula rangka panduan ini untuk idea-idea tambahan.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Ini satu cara untuk menjemput ahli-ahli kelas kongsikan apa yang mereka telah pelajari dari 2 Korintus 8–13. Minta beberapa orang tuliskan di atas papan tulis satu ungkapan kegemaran dari pembacaan mereka, dan kemudian minta ahli kelas lain untuk mencarinya dalam kitab suci. Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan mengapa ungkapan-ungkapan tersebut bermakna bagi mereka.
Mengajar Ajaran
Orang Suci dengan senang hati berkongsikan apa yang mereka ada untuk memberkati mereka yang miskin dan kurang berkemampuan.
-
Tuhan telah memerintah Orang Suci-Nya untuk membantu menjaga mereka yang memerlukannya, dan ayat-ayat dalam 2 Korintus 8–9 boleh mengilhami ahli-ahli kelas anda dalam usaha mereka. Untuk membantu mereka, anda mungkin boleh tuliskan soalan-soalan di papan tulis seperti Mengapakah kita memberi? dan Bagaimanakah patut kita memberi? Separuh daripada kelas boleh mencari jawapan dalam 2 Korintus 8:1–15, separuh kelas lagi mencari dalam 2 Korintus 9:6–15. (Anda mungkin jelaskan bahawa dalam bab 8, ayat 1–5, Paulus memberitahu akan Orang Suci Makedonia sebagai teladan pemberi yang besar hati.) Bagaimanakah asas-asas yang diajar oleh Paulus membantu kita menjaga mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan lebih baik?
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami cara Tuhan memenuhi keperluan duniawi Orang Suci-Nya, terdapat banyak sumber yang di senaraikan dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Anda mungkin dapat menugaskan beberapa ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula satu atau lebih sumber-sumber tersebut dan kongsikan apa yang menarik perhatian mereka. Bolehkah ahli-ahli kelas mencari idea-idea dalam 2 Korintus 8:1–15; 9:6–15 menunjukkan bahawa Orang Suci zaman Paulus menjaga mereka yang miskin sepertimana kita lakukan hari ini?
Nabi-nabi palsu ingin memperdaya.
-
Kerana kita, seperti Orang Suci Korintus, mudah dipengaruhi ajaran-ajaran palsu, kita dapat manfaat dengan mengkaji semula amaran yang Paulus berikan kepada orang Korintus tentang “rasul palsu.” Ahli-ahli kelas mungkin dapat cari contoh ajaran-ajaran palsu yang mempengaruhi kita hari ini dalam mesej Elder Quentin L. Cook’s “Gagah Berani dalam Kesaksian Yesus” (Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 40–43). Anda mungkin boleh tugaskan seseorang untuk membaca mesej ini sebelum kelas dan kongsikan dengan kelas apa yang diajar berkenaan bagaimana kita boleh mengelak “batu sandungan” yang membawa kita jauh daripada Injil. Apakah ajaran-ajaran umum dunia lain yang boleh membawa kita jauh daripada kebenaran Injil? Anda mungkin suruh ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula 2 Korintus 11:21–33 dan kongsikan apa yang mereka telah pelajari daripada ayat-ayat berikut berkenaan “hamba Kristus” yang benar.
Kita harus “uji” kepercayaan kita dalam Injil Yesus Kristus.
-
Kadangkala ahli-ahli Gereja berasa terlanda dengan tuntutan-tuntutan kehidupan—termasuklah apa yang mereka lihat sebagai tuntutan untuk menjadi seorang Orang Suci Zaman Akhir. Nasihat Paulus untuk “ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan kepada Kristus” dapat membantu dan ahli-ahli kelas bertumpu kepada “kesetiaan kepada Kristus” (2 Korintus 13:5; 11:3). Anda mungkin boleh baca bersama 2 Korintus 11:3 dan bincangkan maksud “kesetiaan kepada Kristus.” Anda boleh suruh ahli-ahli kelas bayangkan mereka telah dijemput untuk menulis satu penerangan berkenaan Injil Yesus Kristus untuk satu suratkhabar, dengan had kata 100 perkataan. Berikan masa untuk mereka tuliskan perihalan itu, dan biarkan mereka kongsikan dengan satu sama lain apa yang mereka telah tuliskan. Jika mereka memerlukan bantuan, mereka boleh rujuk kepada Yohanes 3:16–17; 3 Nefi 27:13–21; dan True to the Faith, 76. Jemput ahli-ahli kelas untuk renungkan jika mereka tetap setia kepada dasar asas-asas Injil.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas “uji” bagaimana mereka boleh mempermudahkan kehidupan mereka untuk menjadi pengikut yang lebih baik, anda mungkin kongsikan dengan mereka penyataan Presiden Dieter F. Uchtdorf’s dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas boleh bincangkan bagaimana mereka boleh mengikut jemputan Presiden Uchtdorf untuk “beri tumpuan kepada ajaran-ajaran, asas-asas, dan aplikasi-aplikasi Injil.” Apakah idea lain yang ahli-ahli kelas ada berkenaan bagaimana kita boleh uji diri untuk memastikan kita tetap setia kepada kepercayaan?
Rahmat Juruselamat mencukupi untuk membantu kita mencari kekuatan dalam kelemahan kita.
-
Apakah yang anda mungkin katakan kepada seorang rakan yang telah berdoa untuk kelegaan daripada kelemahan fizikal tetapi berasa bagaikan doanya tidak terjawab? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas renungkan soalan ini sambil mereka membaca 2 Korintus 12:5–10 dengan sendiri. Kemudian mereka boleh kongsikan pemahaman daripada ayat-ayat tersebut yang dapat membantu situasi ini. Mereka juga boleh kongsikan pengalaman apabila, melalui rahmat Yesus Kristus, mereka memperoleh kekuatan di ketika lemah. Bagaimanakah pengalaman itu mempengaruhi kehidupan mereka?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Galatia, anda mungkin tanyakan mereka jika mereka kenali sesiapa yang telah meninggalkan Injil. Jika ya, mereka akan ingin baca bagaimana Paulus menjemput orang Galatia yang telah menyimpang daripada Injil untuk kembali.
Sumber-sumber Tambahan
Cara Tuhan menafkahi mereka yang miskin dan tidak berkemampuan.
-
Mosia 4:16–27; Alma 34:27–29; Ajaran dan Perjanjian 104:14–18.
-
Handbook 2: Administering the Church (2010), 6.1.
-
“Sepersepuluh dan Persembahan,” Untuk Kekuatan Remaja (2011), 38–39.
-
Nyanyian Rohani: “Ker’na Kudib’ri Banyak,” “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?” (Nyanyian Rohani, no. 99, 101).
-
-
Kita boleh mempermudahkan cara untuk menjalani Injil.
Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar:
“Saudara dan saudari, menjalani Injil tidak perlu menjadi rumit.
“Ia sangat terus-terang. Ia boleh digambarkan seperti ini:
-
“Mendengar firman Tuhan dengan niat yang bersungguh-sungguh membawa kita kepada mempercayai Tuhan dan janjian-janjian-Nya.
-
“Semakin kita percaya kepada Tuhan, semakin hati kita dipenuhi dengan kasih untuk-Nya dan untuk orang lain.
-
“Kerana kasih kita untuk Tuhan, kita ingin mengikuti-Nya dan menyelaraskan tindakan kita dengan firman-Nya.
-
“Kerana kita mengasihi Tuhan, kita mahu melayan-Nya: kita mahu memberkati kehidupan orang lain dan membantu orang yang miskin dan orang yang memerlukan pertolongan.
-
“Semakin kita berjalan dalam jalan penganutan ini, semakin kita ingin belajar firman Tuhan.
“Dan begitu seterusnya, setiap langkah membawa ke langkah yang akan datang dan mengisi kita dengan iman, harapan dan ihsan yang semakin berkembang.
“Ia adalah mudah, dan ia berfungsi dengan baik.
“Saudara dan saudari, jika kamu pernah berfikir bahawa Injil tidak berfungsi dengan baik untuk kamu, saya menjemput kamu untuk langkah ke belakang, memeriksa kehidupan kamu dari pandangan yang lebih tinggi, dan memudahkan pendekatan penganutan kamu. Beri tumpuan kepada ajaran-ajaran, prinsip-prinsip, dan aplikasi-aplikasi Injil yang asas. Saya berjanji bahawa Tuhan akan membimbing dan memberkati kamu dalam perjalanan anda ke satu kehidupan yang memuaskan, dan Injil akan berfungsi dengan lebih baik untuk anda” (“Ia Berfungsi Dengan Baik,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 22).