“2–8 December. 1–3 Yohanes; Yudas: ‘Tuhan Itu Kasih’” Ikutlah Aku–Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“2–8 December. 1–3 Yohanes; Yudas,” Ikutlah Aku–Untuk Sekolah Minggu: 2019
2–8 Disember
1–3 Yohanes; Yudas
“Tuhan Itu kasih”
Apakah tema dan corak yang menonjol bagi anda apabila anda membaca 1–3 Yohanes dan Yudas? Bagaimanakah anda menggunakan mereka untuk membantu ahli-ahli kelas anda?
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput beberapa ahli-ahli kelas untuk kongsikan tema atau kebenaran khusus yang menonjol kepada mereka apabila mereka mengkaji Surat-surat Yohanes dan Yudas. Apakah mesej-mesej daripada surat-surat tersebut yang paling sesuai untuk mereka dan keluarga mereka?
Mengajar Ajaran
1 Yohanes 1:5–10; 2:3–11; 3:1–3; 4:7–21; 5:1–3
Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus merupakan teladan cahaya dan kasih yang sempurna.
-
Bagaimanakah anda membantu mereka yang diajar untuk kenali cahaya dan kasih Bapa Syurgawi dalam kehidupan mereka? Anda mungkin bermula dengan menulis perkataan cahaya dan kasih di atas papan tulis. Minta ahli-ahli kelas untuk kongsikan perkataan pertama yang datang ke minda apabila mereka memikirkan dua perkataan itu. Anda boleh bahagikan kelas ke dalam kumpulan dan tugaskan setiap kumpulan salah satu daripada tulisan ayat suci berikut: 1 Yohanes 1:5–10; 2:3–11; 3:1–3; 4:7–12; 4:16–21; 5:1–3. Kumpulan-kumpulan itu boleh mencari ayat-ayat itu untuk bukti cahaya dan kasih Tuhan dan untuk perkara yang kita boleh lakukan bagi menunjukkan kasih kita kepada Tuhan dan anak-anak-Nya. Ahli-ahli daripada setiap kumpulan boleh kongsikan dengan kelas apa yang mereka telah jumpai. Anda juga boleh jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengalaman-pengalaman di mana mereka mereka telah merasai kasih dan cahaya Bapa Syurgawi.
-
Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas merenungkan cahaya rohani dalam kehidupan mereka? Anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk lihat cahaya siling atau cahaya yang datang melalui sebuah tingkap dan kongsikan apa yang mereka tahu berkenaan cahaya fizikal. Bagaimanakah cahaya fizikal seumpama cahaya rohani? Anda mungkin boleh kaji Mazmur 27:1; Yohanes 1:4–5; 1 Yohanes 1:5–7; 3 Nefi 11:11; Ajaran dan Perjanjian 88:6–13 dan carikan gambaran tambahan bagaimana Tuhan dan Anak-Nya memberi cahaya dalam kehidupan kita. Ahli-ahli kelas juga boleh kongsikan pengalaman apabila mereka mencari dan menerima cahaya rohani dalam kehidupan mereka.
-
Ahli-ahli kelas mungkin ingin bernyanyi bersama atau mendengar sebuah lagu tentang cahaya, seperti “Tuhan Terangku” (Nyanyian Rohani, no. 30). Apakah yang diajar oleh lagu itu berkenaan Tuhan bagaikan satu cahaya? Video “Choose the Light” (LDS.org) dan penyataan dari Elder Robert D. Hales dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin dapat memberikan gambaran lebih bagaimana untuk peroleh cahaya yang lebih dalam kehidupan kita.
1 Yohanes 2:18–23, 26–28; 4:3; 2 Yohanes 1:7–11; 3 Yohanes 1:9–11; Yudas
Kita harus mengukuhkan diri terhadap ajaran-ajaran palsu.
-
Ada di antara ahli-ahli kelas atau orang tersayang mereka yang bergelutan dengan ajaran-ajaran palsu yang sedang mengancam keimanan mereka. Ia mungkin akan membantu mereka untuk belajar apa yang Yohanes dan Yudas ajar berkenaan kemurtadan. Pertimbangkan untuk menjemput sebahagian daripada kelas mencari huraian tentang ajaran-ajaran palsu atau kemurtadan dalam 1 Yohanes 2:18–23, 26–28; 4:3; 2 Yohanes 1:7–11; 3 Yohanes 1:9–11 dan sebahagian kelas lain mencari huraian sama dalam Yudas. Atau mereka boleh carikan jawapan untuk soalan-soalan seperti berikut: Bagaimanakah Yohanes dan Yudas mendefinisikan seorang anti-kristus? (lihat juga Panduan Tulisan Suci, Anti-Kristus,” scriptures.lds.org). Adakah sesuatu dalam ayat-ayat ini yang boleh diaplikasikan kepada cabaran-cabaran yang kita hadapi hari ini? Bagaimanakah kita boleh mengukuhkan diri daripada ajaran-ajaran palsu?
-
Yudas menggunakan gambaran yang menarik untuk menghuraikan pengajar palsu, atau mereka yang “menghina perkara-perkara yang sama sekali tidak dimengerti oleh mereka” (Yudas 1:10). Anda mungkin jemput beberapa ahli-ahli kelas untuk lukiskan beberapa gambaran yang dihuraikan dalam Yudas 1:12–13 sambil ahli-ahli kelas lain teka ayat apa yang sedang dilukis. Bagaimanakah gambar-gambar ini mewakili pengajar palsu dan anti-kristus? Contohnya, bagaimanakah amalan buruk membentuk “pencemaran dalam perjumpaan makan [kita]”? Apakah yang boleh kita lakukan untuk memperkukuhkan diri terhadap “orang yang memperolok”? (lihat Yudas 1:18–21). Mengapakah Yudas mencadangkan kita untuk “tunjukkan belas kasihan” (Yudas 1:22) terhadap mereka yang memperolokkan Injil?
Apabila kita beriman terhadap Kristus dan dilahirkan dari Tuhan, kita boleh mengatasi dunia.
-
Salah satu daripada aktiviti minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga bercadang untuk mengkaji 1 Yohanes 5 supaya kita ketahui bagaimana kita boleh mengatasi dunia. Anda mungkin boleh jemput ahli-ahli kelas kongsikan apa yang mereka dapati dan tuliskannya di atas papan tulis. (Anda juga mungkin ingin berikan mereka masa dalam kelas untuk mengkaji semula bab itu.) Atau anda boleh jemput ahli-ahli kelas membaca bahagian-bahagian dari mesej Elder Neil L. Andersen “Mengatasi Dunia” (Ensign atau Liahona, Mei 2017, 58–62) dan kongsi apa yang dipelajari. Contohnya, apakah pandangan yang diperoleh daripada kisah yang Elder Andersen kongsi tentang Presiden David O. McKay dan Elder Bruce D. Porter? Mungkin ahli-ahli kelas boleh kongsikan contoh-contoh orang yang mereka rasa telah berusaha untuk mengatasi dunia.
Kegembiraan datang apabila kita membantu orang lain “menurut ajaran Tuhan.”
-
Terdapat ahli-ahli kelas yang dapat memahami perasaan Yohanes apabila dia berkata bahawa “tidak ada yang lebih menggembirakan” kecualilah mendengar bahawa Gayus (salah satu daripada “anak” dia) menurut ajaran Tuhan. Ahli-ahli kelas mungkin dapat manfaat daripada mendengar pengalaman satu sama lain. Anda mungkin dapat bermula dengan membaca bersama 3 Yohanes 1:1–4 dan ayat suci dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Apakah yang kitab suci mengajar kita tentang sumber kegembiraan yang benar? Ahli-ahli kelas boleh kongsikan bagaimana perasaan mereka sebagai ibu bapa, penginjil, pembimbing gereja, atau pengajar apabila mereka tahu bahawa orang yang diajar menurut ajaran Tuhan. Anda mungkin hubungi beberapa ahli-ahli kelas sebelum ini dan minta mereka untuk bawakan gambar orang yang mereka telah bantu bawa kepada Kristus dan kongsikan pengalaman itu.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Bagaimanakah lambang-lambang seperti naga, makhluk bersayap, dan domba yang terkorban mengajar kita tentang rancangan Tuhan bagi anak-anak-Nya? Jemput ahli-ahli kelas untuk fikirkan soalan ini apabila mereka mengkaji Wahyu dalam minggu-minggu yang akan datang.
Sumber-sumber Tambahan
Cahaya menghalaukan kegelapan.
Elder Robert D. Hales mengajar bagaimana kita dapat menghalaukan kegelapan dari kehidupan kita dan berjalan di dalam cahaya:
“Ketika saya kecil, saya biasanya menunggang basikal pulang dari latihan bola keranjang waktu malam. Saya akan menyambungkan satu penjana yang berbentuk buah pir pada tayar basikal saya. Kemudian apabila saya mengayuh, tayar itu akan memusingkan rotor kecil, yang menghasilkan tenaga elektrik dan cukup untuk memberikan satu, sinaran cahaya lampu yang diingini. Ia satu mekanisme yang mudah tetapi berkesan. Tetapi saya perlu mengayuh supaya ia berfungsi! Saya belajar dengan cepat bahawa jika saya berhenti mengayuh basikal, lampu itu akan terpadam. Saya juga belajar bahawa apabila saya ‘bersemangat terlibat’ [Ajaran dan Perjanjian 58:27] mengayuh, lampu itu akan menjadi lebih cerah dan kegelapan di hadapan saya boleh dihalaukan.
“Pembentukan cahaya rohani datang daripada pengayuhan rohani setiap hari. Ia datang daripada doa, mengkaji kitab suci, berpuasa, dan melayan—melalui menghidupi Injil dan mematuhi perintah-perintah” (“Out of Darkness into His Marvelous Light,” Ensign, Mei 2002, 71).