Perjanjian Lama 2022
Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus


“Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Yesus sedang mengajar di lereng bukit

Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus

Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengajar anak-anak-Nya mengikut cara Juruselamat. Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini oleh wewenang imamat kudus-Nya. Walaupun anda bukan pengajar yang berpengalaman, namun apabila anda hidup dengan layak, berdoa setiap hari serta mempelajari tulisan suci, Bapa Syurgawi akan memberi anda pengaruh dan kuasa Roh Kudus akan membantu anda berjaya (lihat 2 Nefi 33:1).

Mereka yang diamanahkan kepada anda merupakan anak-anak Bapa Syurgawi dan Dia tahu keperluan mereka dan cara terbaik membantu mereka. Melalui Roh Kudus, Tuhan akan membimbing anda semasa anda membuat persediaan dan mengajar. Dia akan mengungkapkan perkara yang harus anda katakan dan lakukan (lihat 2 Nefi 32:5).

Tujuan penting pengajaran dan pembelajaran injil adalah untuk memperdalamkan penukaran hati kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Matlamat anda sebagai seorang pengajar adalah untuk membantu mereka yang anda ajar melakukan semua yang mereka boleh untuk menjadi lebih bertukar hati—suatu usaha yang melangkau jauh daripada masa pembelajaran di dalam kelas. Jemput mereka yang anda ajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran tentang Yesus Kristus dan injil-Nya dan bertindak atas perkara yang mereka pelajari. Galakkan mereka untuk membuat pengkajian secara individu dan dengan keluarga di luar kelas sebagai sumber utama pembelajaran injil mereka. Apabila mereka bertindak dengan iman melalui pengkajian secara individu dan dengan keluarga, mereka menjemput Roh ke dalam hidup mereka dan Roh akan membawa penukaran hati yang sejati. Segala yang anda lakukan sebagai seorang pengajar harus tertuju kepada objektif kudus ini.

Hanya ajar ajaran injil Yesus Kristus yang dipulihkan seperti yang terdapat dalam tulisan suci dan firman-firman para nabi zaman akhir. Ajaran tulen—kebenaran abadi dan tidak berubah yang Tuhan dan hamba-Nya ajarkan—menjemput Roh dan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan.

Panggilan untuk mengajar merupakan amanah yang kudus dan adalah perkara biasa ada kalanya anda merasa berat. Tetapi ingatlah Bapa Syurgawi anda telah memanggil anda dan Dia tidak akan meninggalkan anda. Ini pekerjaan Tuhan dan semasa anda melayani “dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu” (Ajaran dan Perjanjian 4:2), Dia akan memperbesarkan keupayaan, kurnia serta bakat anda dan pelayanan anda akan memberkati kehidupan mereka yang anda ajar.