“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022
Sumber-sumber Tambahan
Sumber-sumber ini terdapat dalam aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.
Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak
Muzik rohani mengundang Roh dan mengajar ajaran melalui cara yang luar biasa. Selain menggunakan versi cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak, anda boleh mencari rakaman video dan audio bagi banyak lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan dalam aplikasi Sacred Music dan Gospel Media.
Buku Panduan Seminari dan Institut
Buku panduan seminari dan institut menyediakan latar belakang sejarah dan ulasan ajaran untuk asas-asas yang terdapat di dalam tulisan suci. Buku panduan ini turut mengilhami idea-idea ajaran untuk kelas Sekolah Minggu.
Majalah Gereja
Majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja menyediakan artikel dan ciri lain yang boleh menjadi asas-asas tambahan untuk Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu.
Tajuk Injil
Dalam Topik Injil (topics.ChurchofJesusChrist.org) anda boleh mencari maklumat asas mengenai pelbagai topik injil, disertai pautan kepada sumber yang berguna, seperti yang berkaitan dengan pesanan, artikel, tulisan suci dan video persidangan umum.
Mengkhutbahkan Injil-Ku
Panduan untuk penginjil ini menyediakan gambaran keseluruhan tentang asas-asas injil.
Untuk Kekuatan Remaja (risalah)
Sumber ini menggariskan standard Gereja yang boleh membantu kita menerapkan injil dan menikmati Roh sebagai teman anda. Pertimbangkan untuk kerap merujuk pada sumber ini, terutamanya jika anda mengajar golongan remaja.
Video dan Karya Seni
Karya seni, video dan media lain boleh membantu mereka yang anda ajar memahami ajaran dan membayangkan cerita dalam tulisan suci. Lawati Gospel Media di MediaLibrary.ChurchofJesusChrist.org untuk menyemak imbas koleksi sumber media Gereja. Gospel Media juga tersedia dalam aplikasi mudah alih. Terdapat banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam kelas, dalam Buku Seni Injil.