Perjanjian Lama 2022
Pola untuk Mengajar


“Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
seorang remaja sedang mempelajari kitab suci

Pola untuk Mengajar

Setiap garis panduan dalam sumber ini mengikut pola menjemput, berkongsi dan mengajar ajaran.

Jemput Perkongsian

Sebagai sebahagian aktiviti kelas, jemput ahli kelas untuk berkongsi pandangan dan pengalaman minggu lalu ketika mereka mempelajari tulisan suci secara individu dan sekeluarga serta menerapkan apa yang telah dipelajari. Bantu ahli kelas melihat bahawa pembelajaran peribadi mereka di luar kelas adalah penting. Penukaran hati individu kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan datang bukan sahaja melalui pembelajaran Ahad tetapi juga melalui pengalaman harian mereka. Apabila ahli kelas mendengar pengalaman dan kesaksian masing-masing tentang Yesus Kristus dan injil-Nya, mereka lebih cenderung untuk mencari pengalaman yang serupa bagi diri sendiri.

Bukan semua orang akan membaca setiap bab pelajaran, dan bahkan mereka yang telah membaca mungkin berasa tidak selesa untuk berkongsi. Pastikan setiap ahli kelas rasa dihargai dalam kelas, sama ada mereka mempunyai sesuatu untuk dikongsi atau tidak.

Mengajar Ajaran

Anda dan ahli kelas perlu memberi tumpuan kepada Yesus Kristus dan ajaran-Nya—kebenaran abadi Injil—yang terdapat dalam petikan tulisan suci yang diberikan. Semasa anda membincangkan ajaran tulisan suci, apakah ayat, petikan, pengalaman, soalan dan sumber tambahan yang boleh anda kongsi? Bagaimanakah anda boleh menggunakan sumber-sumber ini untuk membantu ahli kelas tahu dan memahami asas-asas injil? Bagaimanakah anda dapat membantu mereka memupuk iman terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Cetak