Perjanjian Lama 2022
Idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga


“Idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga”, Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2022

Imej
keluarga sedang membaca kitab suci di meja

Idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga

Berikut ialah beberapa idea untuk membantu anda menggalakkan ahli kelas mengkaji firman Tuhan di rumah, secara individu dan sekeluarga. Sila peka terhadap ahli kelas yang tidak dapat mengkaji tulisan suci bersama keluarga mereka (contohnya, hidup bersendirian atau tinggal bersama keluarga yang bukan ahli gereja).

  • Jemput ahli kelas untuk berkongsi pengalaman yang mereka peroleh semasa mengkaji tulisan suci di rumah. Contohnya, anda boleh minta mereka kongsi satu ayat yang mengagumkan mereka dan jelaskan sebab ia bermakna.

  • Minta ahli kelas untuk memberi contoh perkara yang mereka lakukan untuk menjadikan pengkajian kitab suci peribadi atau keluarga mereka lebih bermakna. (Idea-idea boleh didapati di “Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” dan “Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.)

  • Jemput ahli kelas untuk berkongsi cara mereka bertindak atas tanggapan yang mereka terima semasa pengkajian tulisan suci peribadi atau sekeluarga.

  • Luangkan masa beberapa minit untuk tunjukkan ahli kelas beberapa sumber yang Gereja sediakan untuk membantu ahli mempelajari injil. Sumber-sumber ini termasuk bantuan tulisan suci yang terdapat di scriptures.ChurchofJesusChrist.org; panduan mengajar dan sumber lain dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer; kandungan yang tertumpu pada remaja di youth.ChurchofJesusChrist.org; buku panduan seminari dan institut; serta video, rakaman audio dan imej yang terdapat di MediaLibrary.ChurchofJesusChrist.org. Kebanyakan sumber ini boleh didapati di dalam aplikasi Gospel Library.

  • Luangkan masa beberapa minit untuk terangkan cara penggunaan aplikasi Gospel Library untuk mempelajari tulisan suci, termasuk cara menanda ayat dan mencatat tanggapan.

  • Jemput seorang atau beberapa ahli kelas untuk berkongsi cara mereka telah mengajar asas injil tertentu kepada keluarga mereka.

Cetak