Panggilan Misi
Bab 1: Memenuhi Tujuan Misionari Anda


“Bab 1: Memenuhi Tujuan Misionari Anda,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Bab 1,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

Dan Jones berkhutbah

Dan Jones, salah seorang misionari hebat dalam zaman keagamaan ini, mengkhutbahkan injil di Wales.

© 1993 Clark Kelley Price. Jangan buat salinan.

Bab 1

Memenuhi Tujuan Misionari Anda

Tujuan Anda: Menjemput orang untuk datang kepada Kristus dengan membantu mereka menerima injil yang dipulihkan melalui iman kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, pertaubatan, pembaptisan, penerimaan kurnia Roh Kudus dan bertahan sampai akhir.

Pertimbangkanlah Ini

  • Apakah tujuan saya sebagai seorang misionari?

  • Apakah wewenang dan kuasa yang datang dengan panggilan saya?

  • Bagaimanakah saya bergantung, mengenali dan mengajar melalui Roh?

  • Apakah itu injil Yesus Kristus?

  • Apakah itu pesanan Pemulihan? Mengapakah ia sangat penting?

  • Apakah tanggungjawab saya untuk menubuhkan dan membangunkan Gereja Yesus Kristus?

  • Bagaimanakah saya akan tahu jika saya seorang misionari yang berjaya?

Tanggungjawab Anda untuk Mengajar Injil Yesus Kristus yang Dipulihkan

Anda dikelilingi oleh orang ramai. Anda temui mereka di jalan raya dan berjalan di kalangan mereka. Anda mengunjungi mereka di rumah mereka dan berhubung dengan mereka dalam talian. Mereka semua adalah anak-anak Tuhan—saudara dan saudari anda. Tuhan mengasihi mereka sepertimana Dia mengasihi anda.

Kebanyakan orang sedang mencari tujuan hidup. Mereka bimbang tentang masa depan dan keluarga mereka. Mereka perlukan perasaan kekitaan yang datang dari pengetahuan bahawa mereka adalah anak-anak Tuhan dan ahli keluarga abadi-Nya. Mereka ingin rasa selamat dalam dunia yang sering berubah nilai. Mereka hasratkan “kedamaian di dunia ini, dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang” (Ajaran dan Perjanjian 59:23).

Ramai yang “hanya ditahan dari kebenaran kerana mereka tidak tahu di mana untuk menemuinya” (Ajaran dan Perjanjian 123:12). Injil Yesus Kristus, seperti yang dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith, menyediakan kebenaran abadi. Kebenaran ini menangani keperluan rohani orang dan bantu memenuhi hasrat terdalam mereka.

Sebagai seorang wakil berwewenang Yesus Kristus, anda mengajar bahawa “penebusan datang dalam dan melalui Mesias Kudus” (2 Nefi 2:6). Anda menjemput orang ramai untuk datang kepada Kristus untuk menganuti Dia dan injil-Nya yang dipulihkan. Apabila mereka menerima jemputan anda, mereka akan mempunyai kegembiraan, harapan, kedamaian dan tujuan yang lebih besar.

Untuk datang kepada Juruselamat, orang perlu beriman kepada-Nya. Anda boleh membantu mereka mengembangkan iman ini semasa anda:

  • Ajarkan mereka injil Yesus Kristus yang dipulihkan dan bersaksi tentang kebenarannya.

  • Jemput mereka untuk membuat komitmen untuk hidup menurut ajaran-ajarannya.

  • Membuat susulan dan bantu mereka bertindak berdasarkan komitmen yang mereka buat.

  • Bantu mereka peroleh pengalaman di mana mereka merasakan pengaruh Roh Kudus (lihat 1 Nefi 10:17–19).

Iman kepada Yesus Kristus akan mendorong orang untuk bertaubat. Melalui penebusan dosa-dosa kita, Yesus membolehkan pertaubatan. Apabila orang bertaubat, mereka akan dibersihkan daripada dosa dan menjadi lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Mereka akan mengalami kebahagiaan dan kedamaian yang diterima dari keampunan.

Pertaubatan menyediakan orang untuk perjanjian pembaptisan dan kurnia Roh Kudus. “Datanglah kepada-Ku,” kata Juruselamat, “dan dibaptiskanlah dengan nama-Ku, agar kamu boleh dikuduskan melalui penerimaan Roh Kudus, agar kamu boleh berdiri tanpa noda di hadapan-Ku pada hari terakhir” (3 Nefi 27:20).

Apabila pemahaman dan kesaksian anda tentang Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya berkembang, hasrat anda untuk berkongsi injil akan meningkat. Anda akan rasa, seperti Lehi, “hebatnya … kepentingan untuk menjadikan hal-hal ini nyata kepada penghuni-penghuni bumi” (2 Nefi 2:8).

Penglihatan Pokok kehidupan

The Tree of Life [Pokok Kehidupan], oleh Avon Oakeson

Kajian Peribadi atau Dengan Rakan

Periksa imej yang disertakan semasa anda mengkaji penglihatan pokok kehidupan dalam 1 Nefi 8 dan 11.

  • Apakah pokok kehidupan melambangkan dalam penglihatan ini? (Lihat 1 Nefi 11:21–23.)

  • Apakah yang Lehi hasratkan selepas dia makan buah itu? (Lihat 1 Nefi 8:10–18.)

  • Dalam penglihatan itu, apakah yang orang ramai perlu lakukan untuk makan buah itu? Apakah yang kita perlu lakukan untuk menerima semua berkat Korban Tebusan Juruselamat? Bagaimanakah komitmen dan perjanjian membantu kita mengambil bahagian dalam berkat-berkat tersebut?

  • Bagaimanakah anda dapat membantu orang lain makan buah-buah injil?

Wewenang dan Kuasa Panggilan Anda

Anda telah dipanggil dan ditetapkan untuk “[mengisytiharkan] khabar gembira tentang kebahagiaan besar, bahkan Injil abadi” (Ajaran dan Perjanjian 79:1). Seperti para putera Mosia, anda boleh mengajar dengan wewenang dan kuasa Tuhan (lihat Alma 17:2–3).

Di bawah arahan Kristus, wewenang untuk mengkhutbahkan injil telah dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith. Apabila anda ditetapkan sebagai seorang misionari, anda menerima wewenang ini. Ia datang dengan hak, keistimewaan, dan tanggungjawab untuk mewakili Tuhan dan mengajar injil-Nya.

Wewenang ini termasuk tanggungjawab untuk hidup layak bagi panggilan anda. Terimalah penetapan anda dengan serius. Jauhilah daripada dosa dan segala hal yang kasar atau kesat. Jauhilah daripada cara dan fikiran dunia. Ikutilah standard-standard dalam: Standard Penginjil (Misionari) Untuk Pengikut Yesus Kristus Sebagai wakil Tuhan, jadilah “teladan bagi semua orang yang percaya” (1 Timotius 4:12). Hormatilah nama Yesus Kristus melalui perbuatan dan kata-kata anda.

Selain wewenang, anda memerlukan kuasa rohani untuk memenuhi panggilan anda. Tuhan memberikan kuasa rohani semasa anda berusaha secara konsisten untuk memperkukuhkan kesaksian anda terhadap Dia, Yesus Kristus dan kebenaran injil yang anda ajar. Dia memberikan kuasa rohani semasa anda berdoa, mengkaji tulisan suci dan berusaha untuk memenuhi matlamat misionari anda. Dia berikan kuasa rohani apabila anda berusaha mematuhi perintah dan perjanjian-Nya yang anda telah buat semasa menerima tatacara-tatacara keselamatan (lihat Ajaran dan Perjanjian 35:24).

Kuasa rohani boleh nyata semasa anda:

Kajian Ayat Suci

Bagaimanakah anda menerima dan menguatkan kesaksian?

Bagaimanakah anda menerima kuasa rohani?

Kajian Peribadi

Kaji semula dan renungkan perjanjian berikut yang anda telah buat dengan Tuhan. Kaji berkat-berkat yang Tuhan telah janjikan kepada mereka yang mentaati perjanjian ini. Renungkan berkat-berkat yang anda telah terima kerana mentaatinya. Catatkan tanggapan dalam jurnal anda.

Pembaptisan dan Penetapan

Pentahbisan Imamat (untuk elder)

Anugerahan Bait Suci

  • Amalkan hukum kepatuhan.

  • Patuhi hukum pengorbanan.

  • Patuhi hukum injil Yesus Kristus.

  • Taati hukum kemurniaan akhlak.

  • Taati hukum pentahbisan.

  • (Lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, 27.2.)

Kajian Peribadi atau Dengan Rakan

Baca Yohanes 15:1–16. Bagaimanakah Kristus bagaikan pokok anggur? Bagaimanakah anda seperti cabang dari pokok itu? Bagaimana penetapan panggilan misi anda berkaitan dengan hubungan ini?

Baca sijil pelayanan anda. Rekodkan perasaan dan tanggapan anda tentang apa yang telah dibaca. Setiap kali anda mengkaji bab ini, pertimbangkan untuk mengulangi proses ini. Perhatikan bagaimana perasaan anda berubah dari masa ke masa.

Kajian Peribadi

Kaji Ajaran dan Perjanjian 109:13–15, 21–30, 38–39, 55–57. Ayat-ayat ini adalah petikan dari doa pembaktian Nabi Joseph Smith untuk Bait Suci Kirtland.

Senaraikan berkat-berkat yang Joseph Smith mohon demi ahli-ahli setia dan telah dianugerahi di rumah kudus Tuhan. Apakah perasaan anda tentang berkat-berkat ini?

Berusaha Untuk Memiliki Roh Kudus bersama Anda

Anda menerima kurnia Roh Kudus apabila anda ditetapkan sebagai ahli Gereja. Sebagai seorang misionari—dan sepanjang hidup anda—salah satu keperluan terbesar anda adalah untuk memiliki Roh Kudus bersama anda (lihat 1 Nefi 10:17; 3 Nefi 19:9). Roh Kudus adalah ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan.

Roh Kudus membimbing, mengajar dan menghibur anda. Dia membersih dan menguduskan anda. Dia bersaksi tentang kebenaran dan bersaksi tentang Bapa dan Putera. Dia mendatangkan penukaran hati anda dan kepada orang yang anda ajar. (Lihat 3 Nefi 27:20; 28:11; Eter 12:41; Moroni 8:26; 10:5; Yohanes 15:26.)

Roh Kudus “akan memperlihatkan kepadamu segalanya yang kamu harus lakukan” (2 Nefi 32:5). Dia akan mengembangkan kebolehan dan pelayanan anda jauh lebih baik daripada kebolehan anda sendiri.

Memiliki Roh Kudus bersama anda haruslah menjadi salah satu hasrat anda yang paling utama. Anda akan merasai penemanan-Nya apabila anda:

Presiden Russell M. Nelson

“Saya memohon kepada anda untuk meningkatkan kemampuan rohani anda untuk menerima wahyu. … Pilihlah untuk melakukan pekerjaan rohani yang diperlukan untuk menikmati kurnia Roh Kudus dan mendengar suara Roh dengan lebih kerap dan lebih jelas” (Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 96).

Belajar untuk Mengenali Roh

Anda akan memenuhi tujuan misionari anda dengan lebih baik apabila anda belajar untuk mengenali dan mengikuti bimbingan Roh Kudus. Roh biasanya berkomunikasi secara senyap, melalui perasaan dan fikiran anda. Tumpukan diri anda untuk mencari, mengenali, dan mengikuti bisikan halus ini. Ia datang dalam pelbagai cara (lihat bab 4, lihat juga Ajaran dan Perjanjian 8:2–3; 11:12–14; Galatia 5:22–23).

Ajar melalui Roh

Injil Yesus Kristus adalah “kuasa Tuhan untuk menyelamatkan semua orang yang percaya” (Roma 1:16). Oleh demikian, pesanan Pemulihan injil perlu diajar melalui kuasa ilahi—kuasa Roh Kudus.

Tuhan berfirman, “Roh akan diberikan kepadamu melalui doa dan iman; dan jika kamu tidak menerima Roh janganlah kamu mengajar” (Ajaran dan Perjanjian 42:14; lihat juga 50:13–14, 17–22). Apabila anda mengajar melalui kuasa Roh Kudus, Dia akan:

  • Ajarkan anda kebenaran dan mengingatkan anda tentang ajaran yang telah dikaji (lihat Yohanes 14:26).

  • Berikan kata-kata untuk diucapkan apabila anda memerlukannya (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:85).

  • Membawa pesanan anda ke hati orang yang anda ajar (lihat 2 Nefi 33:1).

  • Membantu anda—dan mereka yang menerima melalui Roh—untuk memahami satu sama lain dan diteguhkan serta bersukacita bersama (lihat Ajaran dan Perjanjian 50:17–22).

  • Bersaksi tentang kebenaran pesanan anda dan mengesahkan kata-kata anda kepada orang yang menerima anda (lihat Ajaran dan Perjanjian 100:5–8).

Tuhan akan memberkati anda dengan banyak apabila anda mencari, bergantung dan mengajar melalui Roh Kudus (lihat bab 4 dan 10).

One by One [Satu Demi Satu], oleh Walter Rane

Injil Kristus dan Ajaran Kristus

Injil Yesus Kristus mentakrifkan pesanan dan tujuan anda. Ia menjawab “apa” dan “mengapa” bagi pelayanan misionari anda. Injil-Nya termasuk semua ajaran, asas, hukum, perintah, tatacara, dan perjanjian yang wajib untuk keselamatan dan permuliaan.

Pesanan injil adalah bahawa kita boleh mencapai kuasa penyelamatan, penebusan Yesus Kristus dengan mempercayai Dia, bertaubat, dibaptiskan, menerima kurnia Roh Kudus dan bertahan sampai akhir (lihat 3 Nefi 27:13–22).

Ini juga dikenali sebagai ajaran Kristus. Mengamalkan ajaran ini adalah cara kita datang kepada Kristus dan diselamatkan (lihat 1 Nefi 15:14). Ini diajar dengan berkuasa dalam Kitab Mormon (lihat 2 Nefi 31; 32:1–6; 3 Nefi 11:31–40). Tujuan anda adalah untuk membantu orang datang kepada Kristus dengan membantu mereka mengamalkan ajaran-Nya.

Hyrum Smith

“Khutbahkan asas-asas pertama Injil—khutbahkannya berkali-kali; anda akan dapati setiap hari idea-idea baru dan kefahaman tambahan akan diwahyukan kepada anda. Anda boleh memperkembangkannya supaya boleh memahami dengan lebih jelas. Kemudian anda akan dapat menjadikan ia lebih jelas difahami oleh mereka yang anda ajar” (Hyrum Smith, dalam History, 1838–1856, jilid E-1 [1 Julai 1843–30 April 1844], 1994, josephsmithpapers.org).

Kajian Kitab Suci

Apakah yang tulisan suci dan perisytiharan berikut ajarkan tentang injil Yesus Kristus dan ajaran Kristus? Buat catatan dalam jurnal kajian untuk bantu anda faham dan ingat.

The Converting Power of the Book of Mormon [Kuasa Mengubah Kitab Mormon], oleh Ben Sowards

Iman kepada Yesus Kristus

Iman adalah landasan untuk semua asas injil yang lain. Ia asas berdasarkan tindakan dan berkuasa.

Iman kita perlu berpusat kepada Yesus Kristus untuk membimbing kita ke keselamatan. Juruselamat mengajar, “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16).

Iman kepada Yesus Kristus termasuk mempercayai bahawa Dia Putera Tunggal Tuhan. Mempercayai Dia sebagai Juruselamat dan Penebus kita (lihat Mosia 3:17; 4:6–10; Alma 5:7–15). Mempunyai keyakinan penuh terhadap Dia dan firman, ajaran dan janji-Nya. Iman kepada Kristus berkembang apabila kita mengikuti ajaran dan teladan-Nya dengan sepenuh hati (lihat 2 Nefi 31:6–13; 3 Nefi 27:21–22).

Sebagai seorang misionari, bantu orang membuat dan mentaati komitmen yang membina iman mereka kepada Yesus Kristus. Komitmen-komitmen ini menyediakan mereka untuk menerima tatacara dan membuat dan mentaati perjanjian kudus dengan Tuhan.

Pertaubatan

Iman kepada Yesus Kristus mendorong kita untuk bertaubat (lihat Helaman 14:13). Pertaubatan adalah proses berpaling kepada Tuhan serta berpaling daripada dosa. Apabila kita bertaubat, tindakan, keinginan, dan fikiran kita berubah dan menjadi lebih berharmoni dengan kehendak Tuhan.

Melalui korban tebusan-Nya, Juruselamat membayar harga untuk dosa-dosa kita (lihat Mosia 15:9; Alma 34:15–17). Apabila kita bertaubat, kita boleh diampuni kerana Yesus Kristus dan pengorbanan-Nya, kerana Dia menuntut hak belas kasihan-Nya untuk orang yang bertaubat (lihat Moroni 7:27–28). Sepertimana Lehi katakan, “penebusan kita datang … melalui jasa, dan belas kasihan, dan rahmat Mesias Yang Kudus” (2 Nefi 2:6, 8).

Pertaubatan adalah lebih daripada usaha kehendak untuk mengubah kelakuan atau mengatasi kelemahan. Pertaubatan ialah berpaling kepada Kristus dengan ikhlas. Ia memberi kita kuasa untuk mengalami “perubahan yang hebat” dalam hati kita (lihat Alma 5:12–14). Ia termasuk menyerah kepada Roh dan kepada kehendak Tuhan dengan rendah hati. Apabila kita bertaubat, kita meningkatkan komitmen untuk melayani Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Kita dilahirkan semula secara rohani dalam Kristus.

Pertaubatan ialah asas positif yang membawa kebahagiaan dan kedamaian. Ia membawa kita “kepada kuasa Penebus, sehingga kepada keselamatan jiwa [kita]” (Helaman 5:11).

Menjadi berani dan penuh kasih dalam membantu orang ramai memahami mengapa mereka harus bertaubat. Dengan menjemput orang yang anda ajar untuk membuat komitmen, anda menjemput mereka untuk bertaubat dan menawarkan harapan kepada mereka.

Kajian Kitab Suci

Apakah yang anda boleh pelajari dari tulisan suci berikut tentang mengisytiharkan pertaubatan?

Pembaptisan

Iman kepada Yesus Kristus dan pertaubatan menyediakan kita untuk tatacara pembaptisan. “Buah pertama dari pertaubatan adalah pembaptisan” (Moroni 8:25). Kita memasuki pintu gerbang ke kehidupan abadi apabila kita dibaptiskan secara pencelupan oleh seseorang yang memiliki wewenang daripada Tuhan.

Apabila kita dibaptiskan, kita membuat satu perjanjian dengan Tuhan. Semasa kita mematuhi perjanjian ini, Tuhan berjanji untuk memberi kita penemanan Roh Kudus, mengampuni dosa-dosa kita, dan memberi kita keahlian dalam Gereja Yesus Kristus (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79; Moroni 6:4). Kita dikumpulkan kepada Tuhan dan dilahirkan semula secara rohani melalui tatacara yang gembira dan penuh harapan ini.

Membaptis dan menetapkan orang yang anda ajar adalah pusat tujuan anda. Bantu mereka faham bahawa menjadi layak untuk pembaptisan, mereka perlu memenuhi syarat-syarat dalam Ajaran dan Perjanjian 20:37.

Kajian dengan Rakan

Cari tulisan suci berikut:

Berdasarkan kajian tulisan suci di atas, buat dua senarai bertulis:

  1. Kelayakan untuk pembaptisan

  2. Perjanjian-perjanjian yang dibuat semasa pembaptisan

Bincang dengan rakan anda bagaimana untuk mengajar ini kepada orang lain.

Penetapan dan Kurnia Roh Kudus

Pembaptisan terdiri daripada dua bahagian: pembaptisan air dan pembaptisan Roh. Selepas kita dibaptiskan dengan air, pembaptisan menjadi lengkap apabila kita ditetapkan melalui perletakan tangan oleh seseorang yang memiliki wewenang daripada Tuhan. Melalui penetapan kita boleh menerima kurnia Roh Kudus dan pengampunan dosa-dosa kita.

Nabi Joseph Smith telah mengajar, “Pembaptisan melalui pencelupan hanya sebahagian daripada pembaptisan, ia tidak berkesan tanpa sebahagian yang lain—iaitu, pembaptisan melalui Roh Kudus” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 95).

Alma mengajar, “Seluruh umat manusia … mesti dilahirkan kembali; ya, dilahirkan oleh Tuhan, diubah daripada keadaan mereka yang badaniah dan terjatuh, ke keadaan kesolehan, ditebus oleh Tuhan, menjadi putera dan puteri-Nya; dan demikianlah mereka menjadi makhluk baru” (Mosia 27:25–26).

Bagi orang yang bertaubat, pembaptisan air dan Roh adalah kelahiran semula rohani.

Kajian Kitab Suci

Apakah berkat-berkat daripada memiliki kurnia Roh Kudus?

Mengapakah kita harus hasratkan kurnia Roh Kudus?

Injil Yesus Kristus sudah dipulihkan melalui wahyu daripada Tuhan kepada Nabi Joseph Smith dan para nabi lain.

Mengikuti Yesus Kristus adalah satu komitmen sepanjang hidup. Kita bertahan sampai akhir apabila kita beriman kepada Kristus, bertaubat setiap hari, menerima semua tatacara dan perjanjian injil, mentaati perjanjian-perjanjian itu dan memperoleh penemanan Roh Kudus di sepanjang kehidupan kita. Ini termasuk memperbaharui perjanjian yang kita telah buat dengan mengambil sakramen.

Tuhan ialah Gembalaku, oleh Yongsung Kim

The Lord Is My Shepherd [Tuhan ialah Gembalaku], oleh Yongsung Kim. Imej dengan ihsan Havenlight.

Injil—Jalan Untuk Kita Kembali kepada Bapa Syurgawi

Injil Yesus Kristus boleh mengubah cara kita hidup dan siapa kita akan menjadi. Asas-asasnya bukan hanya langkah-langkah yang kita alami sekali dalam kehidupan kita. Apabila kita mengulanginya sepanjang hidup, ia membawa kita lebih dekat kepada Tuhan dan menjadi satu pola hidup yang semakin berganjaran. Ia membawa kedamaian, kesembuhan, dan keampunan. Ia juga mentakrifkan jalan yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada kita untuk memperoleh kehidupan abadi bersama-Nya.

Injil Yesus Kristus membimbing kerja anda sebagai seorang misionari. Ia juga menumpukan usaha anda. Bantu orang memperoleh iman dalam Yesus Kristus untuk pertaubatan (lihat Alma 34:15–17). Ajar dan bersaksi bahawa kegenapan injil Yesus Kristus dan wewenang imamat telah dipulihkan. Jemput orang untuk dibaptiskan dan mengamalkan ajaran-ajaran Juruselamat.

Injil Yesus Kristus Memberkati Semua Anak Tuhan

Injil Yesus Kristus adalah untuk semua anak Tuhan. Tulisan suci mengajar bahawa “semua adalah sama” kepada Tuhan. Dia menjemput “semua datang kepada Dia dan mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya; dan Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada Dia” (2 Nefi 26:33).

Injil memberkati kita sepanjang kehidupan fana kita dan sepanjang keabadian. Kita akan lebih gembira—sebagai individu dan keluarga—apabila kita mengamalkan ajaran-ajaran Yesus Kristus (lihat Mosia 2:41; “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org). Pengamalan injil memperdalamkan kebahagiaan kita, mengilhami tindakan kita, dan memperkayakan perhubungan kita.

Salah satu pesanan hebat injil yang dipulihkan adalah kita semua sebahagian daripada keluarga Tuhan. Kita adalah putera dan puteri terkasih-Nya. Tidak kira apa pun situasi keluarga kita di bumi, setiap kita adalah ahli keluarga Tuhan.

Satu lagi bahagian besar pesanan kita adalah keluarga boleh bersatu secara abadi. Keluarga ditetapkan Tuhan. Para nabi zaman akhir telah mengajar:

“Rancangan kegembiraan ilahi [Bapa Syurgawi] membolehkan hubungan keluarga diteruskan selepas kematian. Tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian yang sedia ada di rumah Tuhan yang kudus memungkinkan setiap orang kembali ke hadirat Tuhan dan membolehkan keluarga-keluarga disatukan secara abadi” (“Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia”).

Ramai orang mempunyai peluang yang terhad untuk berkahwin atau mempunyai hubungan keluarga yang penuh kasih. Ramai yang telah mengalami perceraian dan keadaan keluarga lain yang sukar. Namun, injil memberkati kita secara individu tanpa mengira keadaan keluarga kita. Apabila kita beriman, Tuhan akan menyediakan cara untuk kita memperoleh berkat-berkat keluarga yang penuh kasih, sama ada dalam kehidupan ini atau dalam kehidupan yang akan datang (lihat Mosia 2:41).

Pesanan Pemulihan: Asas Iman

Tidak kira di mana anda melayani atau siapa yang anda ajar, tumpukan pengajaran anda kepada Yesus Kristus dan Pemulihan injil-Nya. Semasa anda mengkaji ajaran dalam pelajaran misionari, anda akan mendapati bahawa kita mempunyai satu pesanan: Yesus ialah Kristus, Juruselamat dan Penebus kita. Melalui seorang nabi moden, Bapa Syurgawi telah memulihkan pengetahuan tentang rancangan-Nya demi keselamatan kita. Rancangan ini berpusat pada Yesus Kristus. Melalui korban tebusan-Nya, Juruselamat membolehkan kita semua diselamatkan daripada dosa dan kematian dan kembali kepada Bapa Syurgawi.

Bantu orang yang anda ajar memahami yang berikut:

  • Tuhan adalah Bapa kita di syurga. Dia mengasihi kita dengan sempurna. Setiap orang di bumi adalah anak Tuhan dan ahli keluarga-Nya.

  • Bapa Syurgawi menyediakan satu rancangan untuk kita menerima kebaqaan dan kehidupan abadi, iaitu berkat terbesar-Nya (lihat Musa 1:39). Kita telah datang ke bumi untuk belajar, berkembang, dan bersedia untuk kegenapan berkat-berkat-Nya.

  • Sebagai sebahagian daripada rancangan-Nya, Bapa Syurgawi telah memberi perintah-perintah untuk membimbing kita dalam kehidupan ini dan membantu kita kembali kepada-Nya (lihat, sebagai contoh, Keluaran 20:3–17).

  • Dalam kehidupan ini, kita semua berdosa, dan kita semua mati. Kerana kasih Bapa Syurgawi terhadap kita, Dia telah menghantar Putera-Nya, Yesus Kristus, untuk menebus kita daripada dosa dan kematian.

  • Kerana korban tebusan Yesus, kita boleh dibersihkan daripada dosa-dosa apabila kita bertaubat dan dibaptiskan dan ditetapkan. Ini membawa kedamaian dan membolehkan kita kembali ke hadirat Tuhan dan menerima kebahagiaan penuh.

  • Kerana Kebangkitan Yesus, kita semua akan dibangkitkan selepas kita mati. Ini bererti roh dan tubuh setiap orang akan bersatu semula dan hidup selamanya.

  • Sepanjang sejarah Alkitab, Tuhan mengungkapkan injil-Nya dan menubuhkan Gereja-Nya melalui para nabi. Berulang kali, banyak orang menolaknya. Pola kejatuhan dari injil dan keperluan untuk memulihkannya bermula pada zaman Perjanjian Lama.

  • Selepas kematian dan Kebangkitan Juruselamat, para Rasul-Nya memimpin Gereja buat satu ketika. Akhirnya, mereka mati, wewenang imamat hilang, dan sekali lagi kejatuhan dari ajaran-ajaran Juruselamat berlaku. Orang ramai mengubah ajaran dan tatacara.

  • Injil Yesus Kristus telah dipulihkan oleh Bapa Syurgawi melalui Nabi Joseph Smith. Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus muncul kepada Joseph pada musim bunga tahun 1820. Kemudian Joseph Smith menerima wewenang imamat dan diarahkan untuk mengorganisasikan Gereja Yesus Kristus semula di atas muka bumi.

Ajarkan bahawa Gereja Yesus Kristus bukanlah satu lagi agama lain. Ia juga bukanlah gereja Amerika. Sebaliknya, ia adalah pemulihan “kegenapan injil” Yesus Kristus (Ajaran dan Perjanjian 1:23). Ia tidak akan diambil dari bumi lagi.

Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus bersaksi tentang Yesus Kristus dan misi ilahi-Nya sebagai Juruselamat dunia. Ia juga merupakan kesaksian yang kuat bahawa Yesus Kristus telah memulihkan injil dan Gereja-Nya melalui Nabi Joseph Smith. Jemput dan bantu orang untuk membaca Kitab Mormon dan berdoa tentang pesanannya.

Percayalah janji unggul dalam Moroni 10:3–5. Galakkan orang untuk bertanya kepada Tuhan dengan tulus ikhlas dan niat yang bersungguh-sungguh sama ada Kitab Mormon adalah firman Tuhan. Berdoa dengan niat yang bersungguh-sungguh bermaksud bersedia untuk bertindak berdasarkan jawapan yang datang dari kesaksian Roh Kudus. Kesaksian itu menjadi landasan iman seseorang bahawa Kristus telah memulihkan Gereja-Nya. Bantu mereka yang anda ajar untuk mencari pengesahan rohani itu.

Kajian Kitab Suci

Bagaimanakah anda harus menggunakan Kitab Mormon dalam pekerjaan misionari?

Kajian Peribadi

Bayangkan anda akan menulis satu perenggan tentang pesanan Pemulihan di media sosial atau untuk saluran berita tempatan. Dalam jurnal kajian anda, tuliskan satu tajuk yang menggambarkan pesanan utama. Kemudian catatkan fikiran dan perasaan anda tentang pesanan ini. Sertakan bagaimana pemahaman yang lebih baik telah mengubah cara anda menjalankan hidup dan cara anda melihat dunia.

Menubuhkan dan Membangunkan Gereja

Semasa Yesus Kristus memulihkan Gereja-Nya, Dia mengarahkan Nabi Joseph Smith dan orang lain untuk “menubuhkan” dan “membangunkan[nya]” (Ajaran dan Perjanjian 31:7; 39:13). Gereja ditubuhkan dan dibina apabila orang yang ada kesaksian dibaptiskan dan ditetapkan, mentaati perjanjian mereka, bersedia ke bait suci, dan membantu mengukuhkan bahagian atau cabang mereka.

lelaki sedang berdoa

Sebagai seorang misionari, anda membantu menubuh dan membangunkan Gereja Juruselamat. Terdapat banyak cara anda boleh melakukan ini. Anda boleh menyokong ahli-ahli semasa mereka berkongsi injil melalui asas kasih, berkongsi, dan menjemput (lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, 23.1). Anda boleh membantu orang menerima pembaptisan dan berkembang dalam iman mereka. Anda boleh membantu ahli-ahli baharu menyesuaikan diri dalam kehidupan baharu mereka dan meneruskan perkembangan rohani. Anda juga boleh membantu ahli yang kembali memperkukuhkan iman mereka terhadap Yesus Kristus.

Ahli-ahli baharu dan kembali berkembang dalam kesaksian dan iman apabila mereka mempunyai pengalaman injil dalam kehidupan mereka. Untuk membantu mendatangkan ini, mereka perlu:

  • Mempunyai kawan yang merupakan ahli Gereja.

  • Diberikan tanggungjawab dalam Gereja.

  • Dipelihara oleh firman Tuhan.

(Lihat Gordon B. Hinckley, “Converts and Young Men,” Ensign, Mei 1997, 47.)

Para misionari, pemimpin tempatan, dan ahli Gereja lain harus menerima peluang untuk memelihara dan memperkukuhkan ahli-ahli baharu dan yang kembali. Pelayanan ini membantu “memelihara mereka di dalam jalan yang benar” (Moroni 6:4).

Pergi Serata Tempat untuk Berbuat Baik

Semasa pelayanan fana-Nya, Juruselamat melayani orang lain. Dia pergi ke serata tempat untuk “berbuat baik” dan “mengkhutbahkan injil” (Kisah Rasul-Rasul 10:38; Matius 4:23). Apabila anda mengikuti teladan-Nya, anda akan temui orang untuk dilayani dan yang akan menerima anda.

Melalui pelayanan, anda memenuhi dua perintah besar untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama manusia (lihat Matius 22:36–40; 25:40; Mosia 2:17). Melalui pelayanan, anda dan orang lain boleh bersatu dalam cara yang kuat dan mengilhamkan.

Sebagai seorang misionari, anda memberi pelayanan yang dirancang setiap minggu (lihat Standard Penginjil [Misionari], 2.7 dan 7.2, untuk maklumat dan garis panduan). Di bawah arahan presiden misi, anda boleh mencari peluang untuk melayani dalam komuniti melalui JustServe (di mana ia dibenarkan) dan usaha bantuan kemanusiaan dan bencana Gereja.

Setiap hari, berdoa dan carilah peluang tidak terancang untuk berbuat baik. Dengarkan Roh dan tahu masanya untuk berbuat baik.

Presiden Gordon B. Hinckley

“Anda ingin menjadi gembira? Lupakan diri anda dan sibukkan diri dalam tujuan hebat ini. Hulurkan usaha anda untuk membantu orang. … Berdirilah lebih tinggi, angkatlah mereka yang lemah lutut, peganglah lengan mereka yang terkulai. Jalankan injil Yesus Kristus” (Gordon B. Hinckley, Teachings of Presidents of the Church: Gordon B. Hinckley [2016], 209).

Kajian Kitab Suci

Apakah peranan pelayanan dalam kehidupan Juruselamat?

Apakah peranan pelayanan dalam misi Amon dan Harun?

Apakah yang Tuhan minta anda lakukan?

Misionari yang Berjaya

Kejayaan anda sebagai seorang misionari ditentukan terutamanya oleh hasrat dan komitmen anda untuk mencari, mengajar, membaptis, dan menetapkan penganut baharu serta membantu mereka menjadi pengikut Kristus dan ahli Gereja-Nya yang beriman (lihat Alma 41:3).

Kejayaan anda tidak ditentukan oleh bilangan orang yang anda ajar atau baptis. Tidak juga ditentukan berdasarkan jawatan kepimpinan anda.

Kejayaan anda tidak bergantung kepada bagaimana orang memilih untuk bertindak balas terhadap anda, jemputan anda atau budi baik anda. Orang mempunyai hak pilihan untuk menerima pesanan injil atau tidak. Tanggungjawab anda adalah untuk mengajar dengan jelas dan berkuasa supaya mereka boleh membuat pilihan yang akan memberkati mereka.

Fikirkan tentang perumpamaan Juruselamat tentang wang emas dalam Matius 25:14–28. Tuan itu, yang mewakili Tuhan, memuji kedua-dua hamba-Nya yang beriman walaupun saiz persembahan mereka berbeza (lihat Matius 25:21, 23). Dia juga memberi mereka ganjaran yang sama, dan menjemput mereka untuk “bersukacitalah bersama-sama tuanmu” kerana mereka menggandakan apa yang diberikan mereka.

Tuhan telah memberikan anda bakat dan kurnia untuk digunakan dalam pelayanan-Nya. Bakat dan kurnia anda berbeza dari bakat dan kurnia orang lain. Sedarlah bahawa semua ini adalah penting, termasuk yang kurang ketara. Apabila anda membaktikan bakat dan kurnia anda kepada-Nya, Dia akan gandakannya dan melakukan mukjizat dengan kebolehan anda.

Elak membandingkan diri anda dengan misionari lain dan mengukur hasil luaran usaha anda dengan usaha mereka. Membuat perbandingan hanya memberi hasil negatif, seperti kekecewaan atau keangkuhan. Membuat perbandingan juga sering menyesatkan. Tuhan hanya inginkan usaha terbaik anda—untuk “melayani-Nya dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatan mu” (Ajaran dan Perjanjian 4:2; penekanan ditambahkan).

Anda akan sedih jika orang belum mahu menerima injil. Kadangkala anda akan berasa kecewa. Bahkan para misionari dan nabi yang hebat dalam tulisan suci kadangkala berasa kecewa (lihat 2 Nefi 4:17–19; Alma 26:27). Dalam masa sedemikian, ikutilah teladan Nefi dengan berpaling kepada Tuhan, menaruh kepercayaan anda kepada-Nya, berdoa untuk kekuatan dan mengingati hal-hal baik yang Dia telah lakukan untuk anda (lihat 2 Nefi 4:16–35).

dua orang misionari berdoa

Apabila anda berpaling kepada Tuhan pada masa yang susah, Dia telah berjanji, “Aku akan menguatkan kamu dan menolong kamu; Aku akan melindungi” (Yesaya 41:10). Melalui iman kepada Kristus, anda boleh mencari kedamaian dan jaminan tentang usaha anda. Iman akan membantu anda maju ke hadapan dan meneruskan hasrat soleh.

Tumpukan pada komitmen terhadap Kristus dan tujuan misionari anda—bukannya hasil luaran. Hasilnya sering tidak kelihatan serta merta. Pada masa yang sama, pastikan harapan anda tinggi tanpa menghiraukan cabaran yang anda hadapi. Harapan yang tinggi akan meningkatkan keberkesanan, hasrat anda dan keupayaan anda untuk mengikuti Roh.

Beberapa cara anda boleh menilai komitmen anda kepada Tuhan dan usaha anda untuk menjadi seorang misionari yang berjaya dinyatakan di bawah.

Apabila anda telah melakukan yang terbaik, anda mungkin masih mempunyai kekecewaan, tetapi anda tidak akan kecewa dengan diri anda. Anda boleh tahu bahawa Tuhan gembira dengan anda apabila anda merasai Roh bekerja melalui anda.

Kajian Kitab Suci

Bagaimanakah perasaan hamba-hamba Tuhan tentang pekerjaan itu? Bagaimanakah hamba-hamba Tuhan mempengaruhi orang yang mereka layani? Bagaimanakah perasaan anda dengan kerja ini?

Kajian Peribadi

  • Baca Helaman 10:1–5 dan 3 Nefi 7:17–18. Bagaimanakah perasaan Tuhan tentang para misionari ini dan pelayanan mereka?

  • Fikirkan usaha misionari Abinadi dan Amon (lihat Mosia 11–18; Alma 17–20; 23–24). Mengapa kedua-dua misionari itu diterima oleh Tuhan walaupun hasil usaha mereka berbeza?

  • Rekodkan apa yang anda belajar dalam jurnal kajian anda.


Idea-idea untuk Pengkajian dan Aplikasi

Kajian Peribadi

Kajian dengan Rakan dan Pertukaran Rakan

  • Pilih salah seorang misionari hebat berikut, dan baca tulisan suci yang disenaraikan. Semasa anda membaca, bincangkan bagaimana misionari ini (1) memahami dan komited kepada panggilannya, (2) menunjukkan sikap dan hasratnya untuk pekerjaan itu dan (3) membantu orang lain menerima injil.

  • Pilih dua lagu rohani tentang Pemulihan injil. Baca atau nyanyikan lagu rohani itu. Bincangkan maksud seni kata itu.

Majlis Daerah, Persidangan Zon dan Majlis Kepimpinan Misi

  • Jemput dua atau tiga orang penganut baharu untuk berkongsi pengalaman penukaran hati mereka. Bagaimanakah perasaan mereka terhadap para misionari? Bagaimanakah perasaan mereka tentang apa yang para misionari ajarkan? Apakah yang membantu mereka mentaati komitmen? Apakah yang paling mempengaruhi penukaran hati mereka?

  • Beberapa hari sebelum pertemuan, tugaskan beberapa orang misionari untuk renungkan soalan-soalan terpilih dari “Pertimbangkanlah Ini” di permulaan bab itu. Minta setiap misionari untuk menyediakan satu ucapan selama dua hingga tiga minit mengenai soalan yang ditugaskan. Semasa majlis daerah atau persidangan zon, jemput para misionari untuk berikan ucapan mereka. Selepas ucapan-ucapan itu, bincangkan apa yang telah dipelajari dan bagaimana ia boleh digunakan dalam pekerjaan misionari.

  • Bahagikan para misionari ke dalam empat kumpulan. Minta setiap kumpulan untuk senaraikan sebanyak mungkin kebenaran, perjanjian, dan tatacara-tatacara yang telah dipulihkan dan diungkapkan melalui Nabi Joseph Smith. Minta setiap kumpulan kongsi senarai mereka. Jemput para misionari untuk berkongsi bagaimana kebenaran-kebenaran yang diungkapkan melalui Pemulihan telah mempengaruhi kehidupan mereka.

  • Bincangkan apa maksudnya untuk menjadi seorang misionari yang berjaya. Jemput para misionari untuk memberi contoh-contoh yang spesifik.

Pemimpin Misi dan Penasihat Misi

  • Ketika temu duga atau perbualan dengan para misionari, minta mereka untuk kongsi dengan anda:

    • Kesaksian mereka tentang Yesus Kristus.

    • Kesaksian mereka tentang injil yang dipulihkan dan misi Joseph Smith.

    • Kesaksian mereka tentang Kitab Mormon.

    • Tanggapan tentang tujuan mereka sebagai seorang misionari.

  • Jemput para misionari untuk mencatat dalam jurnal kajian beberapa tujuan misi mereka. Semasa temu duga atau dalam perbualan, minta mereka berkongsi apa yang mereka telah tuliskan.

  • Hantar surat tahniah kepada ahli-ahli baharu.