“Bab 2: Menyelidiki Tulisan Suci dan Memakai Perlengkapan Perang Tuhan,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)
“Menyelidiki Tulisan Suci dan Memakai Perlengkapan Perang Tuhan,” Mengkhutbahkan Injil-Ku
Bab 2
Menyelidiki Tulisan Suci dan Memakai Perlengkapan Perang Tuhan
Selidiki Tulisan Suci
Yesus Kristus “ialah kehidupan dan cahaya dunia. Lihatlah, Dia ialah firman kebenaran dan kesolehan” (Alma 38:9; lihat juga Yohanes 1). Mengkaji firman Tuhan dalam tulisan suci akan memberi anda hidup yang kelimpahan (lihat Yohanes 10:10). Firman-Nya akan memenuhi anda—dan orang yang anda ajar—dengan cahaya dan kebenaran. Ia akan membantu anda—dan mereka yang anda ajar—hidup dengan soleh dan menerima perlindungan dan kekuatan ilahi. Ia akan membantu anda mengenali Dia dan merasai kasih-Nya, yang manis melebihi segala yang manis. Firman-Nya akan memenuhi jiwa anda dengan kebahagiaan (1 Nefi 8:11–12, lihat ayat 1–34).
Tulisan suci adalah satu kurnia syurga. Salah satu berkat besar misi anda adalah mempunyai jadual masa untuk mengkajinya setiap hari.
Pengkajian injil adalah salah satu jenis pekerjaan rohani yang paling memuaskan. Ia menyegarkan mental dan rohani. Seperti Alma ajarkan, apabila anda “menanam” firman Tuhan dalam hati anda, ia akan “menerangi pengertian [anda]” dan menjadi lazat bagi anda (Alma 32:28; lihat juga Enos 1:3–4). Semasa anda terus mengkaji dan mengaplikasikan firman Tuhan, ia akan “berakar; dan … menjadi pokok yang tumbuh menuju kehidupan kekal” (Alma 32:41; lihat juga ayat 42–43). Pengetahuan dan kesaksian anda tentang injil akan meningkat. Hasrat dan kebolehan anda untuk berkongsi injil juga akan meningkat.
Belajar daripada seorang pengajar baik adalah penting, tetapi juga penting bagi anda untuk mempunyai pengalaman pembelajaran yang bermakna dari kajian tulisan suci anda sendiri. Ini juga benar bagi orang yang anda ajar.
Memahami tulisan suci mungkin mencabar pada mulanya. Namun, apabila anda tetap bersabar mengkaji firman Tuhan, pemahaman anda akan meningkat. Anda akan menghargai masa anda dengan tulisan suci. Anda akan menanti-nantikan apa yang anda akan pelajari dan alami.
Mengenali dan menyukai tulisan suci boleh menjadi satu berkat sepanjang hayat pelayanan misionari anda. Semasa anda mengalami berkat-berkat pengkajian tulisan suci semasa misi anda, anda akan ingin teruskan sepanjang hidup anda.
“Tujuan utama semua tulisan suci adalah untuk memenuhi jiwa kita dengan iman kepada Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus—percaya bahawa mereka wujud; percaya dala rancangan Bapa untuk kebaqaan dan kehidupan abadi kita; iman kepada Korban Tebusan dan Kebangkitan Yesus Kristus, yang menghidupkan rancangan kebahagiaan ini; iman untuk menjadikan injil Yesus Kristus amalan kehidupan kita; dan iman untuk mengenali ‘satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus, yang sudah [Dia] utus’ (Yohanes 17:3)” (D. Todd Christofferson, “The Blessing of Scripture,” Liahona, Mei 2010, 34).
Mencari Roh
Mempelajari injil adalah lebih dari memperoleh maklumat. Ia juga merupakan satu proses rohani untuk mengaplikasikan kebenaran abadi di bawah bimbingan Roh Kudus (lihat Yakub 4:8; Ajaran dan Perjanjian 50:19–25). Cari dan percayai Roh untuk mengajar anda semasa anda mengkaji tulisan suci. Ini akan berlaku pada tahap di mana anda menyamakan diri dengan tulisan suci dan dengan niat yang bersungguh-sungguh untuk bertindak atas apa yang anda pelajari (lihat 1 Nefi 19:23; Moroni 10:4; Joseph Smith—Sejarah 1:18).
Mengkaji tulisan suci dengan penuh doa akan membuka tingkap wahyu untuk Roh berbicara kepada minda dan hati anda. Dia akan memberkati anda dengan bimbingan, ilham, dan jawapan kepada soalan-soalan anda. Melalui pengkajian tulisan suci anda, Roh Kudus akan menguatkan dan menghiburkan anda. Dia akan memberi anda pengetahuan dan keyakinan yang akan memberkati kehidupan anda dan membolehkan anda memberkati orang lain secara abadi.
Cari Jawapan kepada Soalan-Soalan.
Sebagai seorang misionari, anda akan mendengar banyak soalan. Anda juga akan mempunyai soalan anda sendiri. Mencari tulisan suci dan sumber-sumber lain yang diluluskan menjawab soalan-soalan ini adalah satu cara yang berkuasa untuk mengkaji. Catatkan soalan-soalan dan apa yang anda pelajari dan rasa dalam jurnal kajian anda.
Gunakan sumber-sumber yang tepat dan boleh dipercayai dalam kajian anda—terutamanya tulisan suci, kata-kata para nabi hidup, dan Mengkhutbahkan Injil-Ku. Gunakan sumber-sumber dalam Gospel Library, seperti Panduan Tulisan Suci dan Esei Topik Injil. Pelajari sumber-sumber yang boleh didapati dalam bahasa orang yang anda ajar.
“Satu perkara yang saya telah pelajari dalam kehidupan adalah betapa kerap Tuhan menjawab soalan-soalan kita dan memberi nasihat melalui tulisan suci. … Marilah kita berdoa kepada Tuhan, memohon bantuan atau jawapan; dan ia akan datang apabila kita membuka tulisan suci dan mula mengkajinya. Kadangkala ia seolah-olah suatu petikan yang beratus atau ribuan tahun telah ditetapkan khusus untuk menjawab soalan kita” (M. Russell Ballard, “Be Strong in the Lord, and in the Power of His Might” [Brigham Young University fireside, 3 Mac 2002], 5, speeches.byu.edu).
Amalkan Apa yang Anda Pelajari
“Apabila anda merasai kebahagiaan yang datang dari memahami injil, anda akan mahu mengamalkan apa yang anda telah pelajari” Berusaha untuk hidup secara harmoni dengan apa yang anda pelajari. Melakukannya akan menguatkan iman, pengetahuan, dan kesaksian anda. Bertindak atas apa yang anda pelajari akan membawa pemahaman tambahan dan yang berkekalan. (Lihat Yohanes 7:17.)
“Ajaran yang benar, difahami, akan mengubah sikap dan kelakuan. Kajian [ajaran] injil akan memperbaiki tingkah laku dengan lebih cepat daripada satu kajian tingkah laku” (Boyd K. Packer, “Little Children,” Ensign, Nov. 1986, 17).
Gunakan Gospel Library
Gospel Library ialah satu sumber dalam talian yang boleh meningkatkan pengkajian dan pengajaran anda. Biasakan diri dengan kepelbagaian cirinya. Faedah-faedah penggunaan Gospel Library dalam kajian dan pengajaran anda disenaraikan di bawah.
-
Ia memberi anda akses kepada tulisan suci, kata-kata para nabi hidup, dan kandungan Gereja lain dalam banyak bahasa dari segi teks, audio, dan format video.
-
Jika anda membuat catatan tentang apa yang anda pelajari dalam Gospel Library dan tanggapan yang anda telah terima, anda boleh terus mengakses dan diperkuatkan oleh maklumat itu selepas misi anda.
-
Ia membenarkan anda berkongsi tulisan suci, petikan daripada nabi hidup, dan video dengan mereka yang anda ajar dengan mudah.
-
Kebanyakan orang yang anda ajar dan baptis akan menggunakan Gospel Library untuk mengakses sumber-sumber Gereja. Biasakan diri dengan ciri-ciri Gospel Library supaya anda boleh membantu mereka belajar menggunakannya.
Gunakan Teknologi dengan Soleh
Tuhan dan para nabi-Nya telah mengamanahkan anda dengan teknologi untuk membantu mencapai pekerjaan-Nya. Teknologi boleh meningkatkan kajian tulisan suci anda dan Mengkhutbahkan Injil-Ku. Sumber digital juga boleh membantu anda merancang. Mereka boleh membantu dalam pengajaran anda dan dalam usaha anda untuk mencari orang untuk diajar.
Menggunakan teknologi dengan bijak dan soleh dapat membantu anda memenuhi tujuan misionari anda dan menggunakan masa dengan berkesan. Ia juga boleh membantu anda mengelakkan bahan yang tidak sesuai.
Ikuti Roh tentang bila dan bagaimana untuk menggunakan teknologi dalam cara yang akan membantu menguatkan iman anda kepada Yesus Kristus dan iman mereka yang anda layani dan ajar.
Ikutlah Langkah Keselamatan untuk Menggunakan Teknologi
Empat langkah yang digariskan di bawah akan membantu anda menggunakan teknologi dengan sesuai. Mematuhi langkah ini adalah satu cara penting bagi anda untuk “pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Tuhan, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat iblis yang jahat” (Efesus 6:11).
Biasakan Diri dengan Dorongan Rohani
Nefi berjanji, “jika kamu akan masuk ke dalam melalui jalan itu, dan menerima Roh Kudus, ia akan memperlihatkan kepadamu segalanya yang kamu harus lakukan” (2 Nefi 32:5). Bapa Syurgawi anda telah memberi anda dua kurnia berkuasa yang akan membantu anda: hak pilihan moral dan kurnia Roh Kudus. Anda ada kuasa untuk memilih mengikut bimbingan Roh Kudus. Bimbingan-Nya adalah penting dalam membantu anda berbuat baik ketika menggunakan teknologi. Ia juga membantu melindungi anda daripada kejahatan.
Fokus pada Tujuan Misionari Anda
Tuhan berfirman, “Jika tumpuan matamu adalah satu pada kemuliaan-Ku, seluruh tubuhmu akan dipenuhi dengan cahaya, dan tidak akan ada kegelapan dalam dirimu; dan tubuh itu yang telah dipenuhi dengan cahaya memahami segala hal” (Ajaran dan Perjanjian 88:67). Tumpuan mata satu-satunya pada kemuliaan Tuhan bermaksud memberi tumpuan sepenuhnya pada tujuan Tuhan, yang juga merupakan tujuan anda sebagai misionari.
Penggunaan teknologi anda harus berpusat pada tujuan anda. Pasangkan peranti anda hanya selepas anda mengenal pasti tujuan misionari yang anda akan gunakan. Kemudian padamkannya apabila tujuan itu selesai.
Anda mungkin akan menghadapi kandungan yang tidak sesuai di Internet apabila anda melayari web tanpa tujuan tertentu di minda.
Berdisiplin
Mormon menulis: “Aku adalah pengikut Yesus Kristus, Putera Tuhan. Aku telah dipanggil oleh-Nya untuk memaklumkan firman-Nya di kalangan umat-Nya, agar mereka dapat memperoleh kehidupan kekal” (3 Nefi 5:13). Seperti Mormon, anda seorang pengikut Kristus. Melayani sebagai seorang misionari sepenuh masa adalah satu peluang istimewa untuk memperdalamkan penganutan anda.
Kata-kata pengikut dan disiplin datang dari perkataan akar yang sama maksudnya dengan “pelajar” atau “murid.” Untuk menjadi seorang pengikut Kristus bermaksud anda berusaha untuk mengikuti Dia dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Ini bermaksud bahawa anda sentiasa belajar dan mengajar tentang Kristus.
Berdisiplin dan membuat pilihan yang soleh dalam cara anda menggunakan teknologi. Pilih untuk mengikut langkah keselamatan. Apabila anda bercakap secara bersemuka dengan orang, jangan semak mesej atau menjawab panggilan. Kawal cara anda menggunakan alat-alat ini. Jangan biarkan ia mengawal anda.
Tuhan mengisytiharkan, “Dia yang menerima hukum-Ku dan melakukannya, merekalah pengikut-Ku; dan dia yang berkata dia menerimanya dan tidak melakukannya, mereka bukanlah pengikut-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 41:5). Walaupun tidak ada seorang pun yang sempurna, Tuhan mengharapkan usaha yang konsisten dan berterusan untuk mengikuti-Nya.
Keindahan Injil adalah bahawa kita boleh diampuni apabila kita bertaubat—dan Tuhan inginkan kita bertaubat tanpa tangguhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 109:21). Jika anda membuat satu kesilapan, termasuk penggunaan teknologi yang tidak sesuai, bertaubat serta merta dan teruskan usaha untuk mematuhi hukum-Nya. Ini adalah sebahagian daripada menjadi pengikut Kristus.
Jadilah Satu
Tuhan berfirman, “Jadilah satu; dan jika kamu tidak bersatu kamu bukanlah milik-Ku.” (Ajaran dan Perjanjian 38:27). Bantu misi anda memupuk satu budaya perpaduan, kepercayaan, pertangungjawaban, dan belas kasihan agar anda boleh memperkuatkan dan menyokong satu sama lain.
Semua misionari harus berasa selesa untuk meminta bantuan apabila diperlukan. Seorang misionari yang kuat dalam Roh boleh membantu seseorang yang berasa lemah (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:106). Jika anda rasa tergoda, minta bantuan rakan atau pemimpin misi anda.
Hampir semua cabaran yang berkaitan dengan Internet atau dengan pornografi berlaku ketika keterasingan. Guna peranti hanya apabila anda dapat melihat skrin satu sama lain. Jadilah berani dan bertanggungjawab kepada satu sama lain.
Tuhan mempunyai keyakinan terhadap setiap misionari yang telah Dia panggil, termasuk anda. Dia telah menyediakan rakan dan pemimpin untuk membantu melindungi dan menyokong anda. Sama seperti Alma menyokong rakannya Amulek, berusahalah untuk menguatkan satu sama lain (lihat Alma 15:18).
Apakah Yang Harus Anda Lakukan Jika Anda Mudah Diserang atau Terdedah?
Belajar untuk mematuhi empat langkah keselamatan ini memerlukan usaha, disiplin, dan latihan. Bahkan selepas langkah keselamatan menjadi bahagian semula jadi dalam cara anda berfikir dan bertindak, ada masanya anda mungkin berasa lemah atau terdedah. Anda mungkin mempunyai tabiat teknologi yang tidak baik sebelum misi anda yang sukar diatasi. Ada misionari yang bergelut dengan pornografi sebelum panggilan mereka dan mungkin tergoda untuk kembali ke kelakuan dahulu.
Asas-asas berikut akan membantu anda mengamalkan langkah keselamatan dan mengukuhkan diri anda daripada godaan:
-
Prihatin terhadap fikiran, perasaan, dan kelakuan anda. Faham bagaimana ia boleh membuat anda lebih terdedah kepada penyalahgunaan teknologi.
-
Pilih untuk bertindak. Bertindak balas dengan cara yang soleh dan produktif terhadap perasaan anda.
-
Belajar, bertaubat, dan memperbaiki. Gunakan pengalaman anda untuk terus belajar dan memperbaiki.
Anda tidak perlu mengatasi cabaran-cabaran dengan sendiri. Bergantung pada kekuatan yang datang melalui Korban Tebusan Juruselamat dan perjanjian yang anda dengan-Nya. Tuhan tahu cabaran-cabaran yang anda hadapi, dan Dia akan membantu anda dalam pekerjaan besar ini.
Selalu mengingati Juruselamat dapat membantu anda menggunakan teknologi dengan soleh. Jujur kepada kepercayaan yang Dia telah berikan kepada anda. Berazam untuk “berjalan dengan lurus di hadapan-Nya” (Alma 53:21; lihat juga ayat 20). Bersyukur untuk segala yang Dia dan Bapa telah lakukan untuk anda akan membantu anda membuat pilihan yang baik tentang bagaimana anda menggunakan sumber digital.
Misi anda adalah satu peluang hebat untuk belajar menggunakan teknologi dengan bijaksana. Komitmen dan tabiat baik yang anda bangunkan semasa misi akan memberi manfaat di sepanjang hidup anda.
Pakaikan Perlengkapan Perang Tuhan
Kebolehan anda untuk menentang godaan akan meningkat apabila anda mengkaji dan menggunakan tulisan suci, kata-kata para nabi hidup, Mengkhutbahkan Injil-Ku, Standard Penginjil (Misionari) untuk Pengikut Yesus Kristus, dan langkah keselamatan yang digariskan dalam bab ini.
Dengan memakai “perlengkapan perang Tuhan,” anda akan dapat membezakan kebenaran dan kesalahan. Kaki anda akan dipakaikan “injil kedamaian.” Memakai “perisai dada kesolehan” akan melindungi anda. Dengan “perisai keimanan,” anda akan dapat memadamkan semua anak panah berapi dari Si Jahat. Anda akan mengambil “pedang Roh[-Nya]” untuk mengajar kebenaran dengan kuasa dan wewenang. Anda akan dilindungi daripada pengaruh duniawi yang mungkin akan menyebabkan anda hanyut, terpisah dan juga terasing. (Lihat Efesus 6:10–18, lihat juga 1 Nefi 8:20, 30; 15:24–25; Helaman 3:29–30; Ajaran dan Perjanjian 27:15–18; Joseph Smith—Matius 1:37; 2 Timotius 3:15–17.)
Idea-idea untuk Pengkajian dan Aplikasi
Kajian Peribadi
-
Cuba beberapa cadangan berikut untuk mempertingkatkan kajian tulisan suci anda:
-
Baca tulisan suci dengan soalan dan kebimbangan dalam minda.
-
Kongsi apa yang anda pelajari dengan misionari lain dan dengan mereka yang anda ajar. Menjelaskan ajaran atau asas akan membantu anda mengingatinya dan memperoleh kejelasan.
-
Mengkaji mengikut topik. Fokus pada topik-topik yang akan membantu anda dan orang yang anda ajar.
-
Tanyakan diri, “Apakah yang pengarang katakan? Apakah pesanan utama? Bagaimanakah ini berkaitan dengan saya? Bagaimanakah ia membantu orang yang sedang diajar?”
-
Bayangkan atau lukiskan apa yang anda sedang kaji. Contohnya, bayangkan bagaimana perasaan Amon ketika dia berdiri di hadapan raja bangsa Laman.
-
Tuliskan idea utama ayat dalam satu ayat atau perenggan pendek.
-
Hafal tulisan suci yang menjelaskan dan menyokong asas-asas yang anda ajar.
-
-
Menilai diri anda secara berikut (1=tidak pernah, 3=kadangkala, dan 5=hampir selalunya).
-
Saya berkembang dalam iman saya dan mengenali Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dengan lebih baik.
-
Saya fikirkan orang yang saya ajar apabila saya mengkaji.
-
Sepanjang hari, saya fikirkan tentang apa yang saya pelajari pagi itu.
-
Semasa saya mengkaji, idea-idea yang tidak terfikir sebelum ini datang ke minda.
-
Saya mencatat tanggapan dan idea rohani di tempat yang sesuai.
-
Saya kekal sedar semasa mengkaji.
-
Saya menantikan kajian peribadi.
-
Saya menantikan kajian dengan rakan.
Kaji semula jawapan anda. Apa yang anda lakukan dengan baik? Bagaimana anda boleh memperbaiki? Tetapkan satu atau dua matlamat untuk memperbaiki kualiti kajian anda.
-
Kajian Rakan dan Pertukaran Rakan
-
Baca bersama beberapa perenggan berikut. Bincangkan berkat-berkat yang datang dari mengkaji firman Tuhan. Ayat manakah yang paling baik untuk membantu mereka yang anda ajar?
Majlis Daerah, Persidangan Zon dan Majlis Kepimpinan Misi
-
Minta para misionari tuliskan satu atau dua soalan tentang injil dari pelajaran dalam bab 3. Soalan-soalan ini boleh peribadi atau dari orang yang mereka ajar. Jemput para misionari untuk kongsi soalan-soalan mereka dengan kumpulan. Bagi setiap soalan, bincangkan berikut:
-
Bagaimanakah menjawab soalan ini memberkati kehidupan misionari?
-
Bagaimanakah ia boleh memberkati kehidupan orang yang dia ajar?
-
Bagaimanakah seorang misionari dapat mencari jawapannya?
-
-
Bahagikan para misionari ke dalam beberapa kumpulan, dan tugaskan setiap kumpulan untuk mengkaji salah satu daripada empat langkah keselamatan dan tulisan suci yang disertakan. Jemput para misionari untuk kongsi apa yang mereka telah pelajari dan bagaimana langkah keselamatan telah membantu mereka.
Pemimpin Misi dan Penasihat Misi
-
Kadangkala sertailah para misionari dalam kajian dengan rakan mereka.
-
Semasa temu duga atau perbualan, tanyakan beberapa soalan berikut:
-
Apakah tanggapan yang anda peroleh dari kajian tulisan suci anda baru-baru ini?
-
Apakah bab atau bahagian dari Mengkhutbahkan Injil-Ku yang telah banyak membantu anda dalam dua minggu yang lepas? Bagaimanakah ia telah membantu anda?
-
Apakah yang anda sedang lakukan dalam kajian peribadi anda yang membantu anda belajar?
-
-
Dalam temu duga, pertimbangkan untuk kaji semula langkah selamat untuk menggunakan teknologi dan tanyakan para misionari apa yang mereka pelajari apabila mereka mengamalkannya.
-
Kongsi pemahaman dari kajian peribadi anda. Kongsi catatan dari jurnal kajian dan kesaksian anda tentang kepentingan pengkajian injil.