“Bab 7: Belajar Bahasa Misi Anda,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)
“Bab 7,” Mengkhutbahkan Injil-Ku
Bab 7
Belajar Bahasa Misi Anda
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Tuhan mengisytiharkan, “Setiap orang akan mendengar kegenapan Injil dalam loghatnya sendiri, dan dalam bahasanya sendiri, melalui mereka yang telah ditahbiskan pada kuasa ini” (Ajaran dan Perjanjian 90:11).
Disenaraikan di bawah adalah cara anda boleh memperkuatkan iman anda bahawa Tuhan akan membantu anda mengajar dan bersaksi dalam bahasa misi anda:
-
Percaya bahawa anda telah dipanggil oleh Tuhan melalui seorang nabi.
-
Minta bantuan Tuhan melalui doa yang ikhlas.
-
Tekun mengkaji, berlatih, dan menggunakan bahasa misi anda setiap hari.
-
Menjadi layak untuk penemanan Roh Kudus dengan mematuhi perintah-perintah dan mengamalkan standard-standard misionari.
-
Sucikan motif anda dengan mengasihi Tuhan dan anak-anak-Nya dan berhasrat untuk memberkati mereka.
Berdedikasi dan Tekun
Belajar untuk mengajar dengan berkesan dalam bahasa misi anda memerlukan usaha tekun dan kurnia-kurnia Roh. Jangan terkejut jika tugas itu kelihatan susah. Ia mengambil masa. Bersabar dengan diri anda. Apabila anda membaktikan diri anda untuk mempelajari bahasa itu, anda akan memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi tujuan anda sebagai seorang misionari.
Anda tidak bersendirian dalam mempelajari bahasa misi anda. Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan membantu anda semasa anda mencari bantuan Mereka. Cari dan mintalah bantuan rakan anda, ahli-ahli, mereka yang anda ajar, misionari lain, dan orang lain.
Teliti mendengar dan bertutur bahasa itu dalam setiap peluang. Jangan takut membuat kesilapan. Semua orang yang belajar bahasa baharu membuat kesilapan. Orang akan memahami, dan mereka akan menghargai usaha anda untuk mempelajari bahasa mereka.
Teruskan memperbaiki kemahiran bahasa anda sehingga akhir misi anda. Apabila kebolehan anda untuk bertutur dalam bahasa itu berkembang, orang akan lebih mendengar apa yang anda katakan daripada cara anda mengatakannya. Anda akan kurang bimbang tentang bagaimana untuk berkomunikasi dan lebih mampu bertindak balas terhadap keperluan orang lain.
“Kami … berharap bahawa setiap misionari yang belajar … bahasa baharu akan menguasainya dalam setiap cara yang mungkin. … Dan apabila anda berbuat demikian, [pengajaran] anda dan kemahiran bersaksi akan bertambah baik. Anda akan lebih diterima dan mengagumkan secara rohani kepada [orang yang anda ajar]. …
“Jangan berpuas hati dengan apa yang kita gelar perbendaharaan kata misionari sahaja. Kembangkan diri anda dalam bahasa itu, dan anda akan memperoleh akses yang lebih besar kepada hati orang” (Jeffrey R. Holland, siaran satelit misionari, Ogos 1998).
Teruskan penggunaan bahasa misi selepas anda pulang ke rumah. Tuhan telah melabur banyak dalam anda, dan Dia mungkin perlukan kebolehan bahasa anda dalam hidup anda kelak.
Belajar Bahasa Inggeris
Jika anda tidak berbahasa Inggeris, anda harus mengkajinya sebagai seorang misionari. Ini akan memberkati anda semasa misi dan sepanjang hidup anda. Pembelajaran bahasa Inggeris juga akan memberkati keluarga anda.
Untuk bantuan lebih dalam mempelajari bahasa Inggeris, lihat EnglishConnect for Missionaries.
Asas-asas Pembelajaran Bahasa
Mengambil Tanggungjawab
Tetapkan matlamat untuk memperbaiki keupayaan bahasa anda, dan menyesuaikannya dengan kerap. Cipta satu rancangan pengkajian bahasa. Gunakan bahasa itu di setiap peluang.
Jadikan Pengkajian Anda Bermakna
Gunakan apa yang anda kaji dalam situasi kehidupan sebenar dan dalam aktiviti harian anda. Fokus pada bahasa yang akan membantu anda mengatakan apa yang anda perlu katakan.
Berusaha untuk Berkomunikasi
Ucapkan bahasa itu dengan rakan anda sebanyak mungkin. Ambil peluang untuk belajar dan berlatih. Contohnya, anda boleh meminta ahli yang kembali atau seseorang yang anda ajar untuk membantu anda dengan bahasa itu. Bercakap dengan pembicara bahasa ibunda itu adalah yang terbaik.
Jangan Membandingkan Diri
Jangan membandingkan kemahiran bahasa anda dengan teman anda atau misionari lain. Perbandingan membawa kepada keangkuhan atau kekecewaan.
Belajar Konsep Baharu Secara Menyeluruh
Kerap Kaji semula apa yang anda telah kaji, dan berlatih dalam situasi baharu. Ini akan membantu anda ingat dan mengaplikasikan apa yang anda sedang belajar.
Cipta satu Rancangan Pengkajian Bahasa
Rancangan pengkajian bahasa membantu misionari baharu dan berpengalaman berfokus pada apa yang mereka boleh lakukan setiap hari bagi memperbaiki kebolehan bertutur dalam bahasa misi mereka. Rancangan anda akan merangkumi apa yang anda akan lakukan semasa pengkajian bahasa dan sepanjang hari.
Langkah-langkah berikut menunjukkan bagaimana anda boleh mencipta rancangan pengkajian bahasa dengan menggunakan proses penetapan matlamat dari bab 8. Ubahsuai proses ini jika perlu.
-
Berdoa untuk menetapkan matlamat dan membuat rancangan. Tetapkan matlamat mingguan dan harian bagi memperbaiki keupayaan umum anda untuk berkomunikasi dan mengajar injil. Masukkan perkara-perkara yang anda ingin ingat, seperti perkataan, frasa, tulisan suci, dan ayat-ayat.
-
Merekod dan menjadualkannya. Buat keputusan tentang alat bahasa yang akan membantu anda mencapai matlamat anda. Alat bahasa boleh termasuk tulisan suci, kamus, buku tatabahasa, aplikasi TALL Embark, dan yang lain. Jadualkan masa apabila anda akan secara rasmi mengkaji dan menggunakan bahasa itu. Contohnya, anda boleh baca dengan lantang dari Kitab Mormon selama 15 minit setiap hari semasa makan tengah hari.
-
Bertindak atas rancangan anda. Tuhan mengasihi usaha, jadi bekerjalah dengan tekun untuk mencapai matlamat anda. Lindungi masa pengkajian bahasa anda dan kemudian menjadualkannya semula jika konflik timbul.
-
Kaji semula dan buat susulan. Sering kaji semula rancangan pengkajian anda untuk menilai betapa baiknya ia berjalan. Jemput rakan, pemimpin misi, ahli, dan orang lain di kawasan anda untuk mencadangkan cara anda boleh memperbaiki diri. Mengambil bahagian dalam penilaian bahasa yang dijadualkan secara kerap untuk membuat carta kemajuan anda dan mengenal pasti cara untuk memperbaiki diri.
Imbangkan pengkajian bahasa anda di antara matlamat jangka panjang untuk mencipta landasan bahasa dan matlamat jangka pendek untuk aktiviti tertentu dan orang yang anda ajar.
Ketika masa pengkajian rasmi bahasa anda, imbangkan matlamat anda dan rancangan merentasi aspek asas bahasa yang ditunjukkan di bawah. Tentukan apa yang anda akan pelajari sepanjang hari.
kemahiran mendengar |
kemahiran membaca |
tatabahasa |
kemahiran bercakap |
kemahiran menulis |
perbendaharaan kata |
Belajar dengan Rakan Anda
Bantu rakan anda alami kejayaan dan memperoleh keyakinan dalam pembelajaran bahasa misi atau dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Puji rakan anda dan misionari lain dalam kemajuan mereka dengan ikhlas dan kerap.
Dengan kasih berikan maklum balas yang mudah dan praktikal. Berikan mereka banyak peluang untuk mengajar dan bersaksi. Perhatikan bagaimana seorang misionari yang lebih berpengalaman membantu rakannya dalam laporan nyata berikut.
Saya baru saja tiba di kawasan kedua saya apabila rakan saya memberitahu bahawa ia adalah giliran saya untuk berkongsi tanggapan rohani di janji temu makan malam. Rakan pertama saya sentiasa gembira untuk mengajar, dan saya biasanya memberi sumbangan kecil dalam pelajaran itu dan kemudian mendengar.
Saya cuba meyakinkan rakan saya bahawa dia harus memberi tanggapan rohani itu, tetapi dia menggalakkan saya untuk mengambil tugasan itu. Saya berlatih dengan bantuannya.
Apabila saat itu tiba, saya membuka tulisan suci saya dan membaca dari 3 Nefi 5 dan 7. Saya bergelut tetapi berjaya menjelaskan mengapa saya rasa ayat-ayat pilihan saya adalah penting, dan saya berasa lega setelah saya selesai. Apabila soalan ditanya, saya memandang rakan saya untuk menjawab, tetapi dia tidak membuka mulutnya. Itulah saat saya kagum dengan diri saya kerana menjawab dalam bahasa Perancis yang dapat difahami. Saya menjadi lebih kagum kerana ahli itu tidak sedar bahawa saya tidak yakin tentang kemahiran komunikasi saya. Saya memperoleh keyakinan dan sedari bahawa bahasa Perancis saya lebih baik daripada sangkaan saya.
Beberapa minggu berlalu, dan rakan saya terus membenarkan saya mengajar—walaupun saya fikir saya tidak boleh melakukannya dan bahkan dia mungkin tertanya-tanya jika saya boleh melakukannya. Saya berasa telah menjadi satu alat kepada Bapa syurgawi kita dan bukannya rakan yang pendiam.
Pembelajaran Budaya dan Bahasa
Budaya dan bahasa sangat berkaitan. Memahami budaya orang akan membantu menjelaskan cara bahasa digunakan. Pemahaman ini juga akan membantu anda menyampaikan aspek-aspek unik pesanan Pemulihan dalam cara yang jelas kepada orang.
Salah satu hal terbesar yang anda boleh lakukan untuk memperoleh kepercayaan dan kasih orang adalah untuk menghormati dan memeluk budaya mereka dengan cara yang sesuai. Ramai misionari yang hebat telah melakukan ini (lihat 1 Korintus 9:20–23).
Kurnia Bahasa
Kurnia-kurnia Roh adalah nyata. Kurnia bahasa dan penterjemahan bahasa ada banyak. Beberapa ini termasuk berbicara, memahami, dan penterjemahan bahasa. Hari ini kurnia bahasa sering dinyatakan dalam pembelajaran dan pengkajian yang dipertingkatkan oleh Roh untuk membantu para misionari belajar bahasa itu dalam misi mereka.
Roh Kudus boleh menyatakan kebenaran kesaksian anda walaupun terdapat perbezaan bahasa di antara anda dan mereka yang anda ajar. Begitu juga, Roh Kudus boleh membawa perkataan dan frasa kepada ingatan anda dan membantu anda memahami apa yang orang katakan dari hati mereka.
Selalunya, anda tidak akan mendapat kurnia-kurnia ini tanpa usaha. Anda perlu aktif mencarinya untuk memberkati orang lain (lihat Ajaran dan Perjanjian 46:8–9, 26). Sebahagian dari mencari kurnia bahasa adalah untuk berusaha dan melakukan segala yang anda boleh untuk mempelajari bahasa itu. Bersabar semasa anda dengan penuh doa mengkaji dan berlatih bahasa. Percaya bahawa Roh akan membantu anda semasa anda tekun berusaha. Beriman bahawa anda boleh mempunyai kurnia bahasa membantu anda dan mereka yang anda ajar.
Apabila anda bergelut untuk mengungkapkan diri seperti yang anda inginkan, ingatlah bahawa Roh dapat bercakap kepada hati anak-anak Tuhan. Presiden Thomas S. Monson mengajarkan:
“Terdapat satu bahasa … yang biasa bagi setiap misionari—iaitu bahasa Roh. Ia tidak dipelajari dari buku teks yang ditulis oleh manusia, tidak juga melalui pembacaan dan menghafal. Bahasa Roh datang kepada dia yang mencari dengan sepenuh hatinya untuk mengenali Tuhan dan mematuhi perintah-perintah ilahi-Nya. Kemahiran dalam bahasa ini membenarkan seseorang merentas halangan, mengatasi rintangan, dan menyentuh hati manusia” (“The Spirit Giveth Life,” Ensign, Jun 1997, 2).
Idea-idea untuk Pengkajian dan Aplikasi
Kajian Peribadi
-
Kaji semula sumber-sumber bahasa di Portal Misionari. Mengenal pasti sesuatu yang anda belum cuba, dan tetapkan matlamat untuk mencubanya dalam beberapa hari yang akan datang.
-
Dalam majlis daerah anda yang seterusnya, tanya seorang misionari berpengalaman yang fasih berbahasa apa yang dia telah lakukan untuk belajar bahasa itu.
Kajian Dengan Rakan dan Pertukaran Rakan
-
Berlatih mengajar satu sama lain pelajaran misionari dalam bahasa misi anda. Pada mulanya, para misionari baharu mungkin mengajar dengan mudah, berkongsi kesaksian yang mudah, dan menyebut tulisan suci yang dihafal. Apabila keyakinan dan kebolehan mereka meningkat, mereka akan dapat lebih sepenuhnya mengambil bahagian dalam pengajaran.
-
Kaji semula idea-idea dalam bab ini dan sumber bahasa di Portal Misionari. Bincangkan cadangan-cadangan yang anda boleh gunakan dalam kajian dengan rakan pada minggu depan.
-
Minta rakan anda untuk mendengar sebutan anda dan membantu anda memperbaikinya. Minta dia untuk peka tentang situasi apabila anda tidak difahami. Buat satu senarai perkataan, frasa, atau tatabahasa yang akan membantu. Jelaskan dan berlatih bagaimana untuk menggunakan senarai itu dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang.
-
Berlatih untuk aktif mendengar. Rancangkan satu masa pada siang hari untuk mendengar dengan aktif bagi mengenal pasti perbendaharaan kata dan corak yang anda telah pelajari. Apabila anda mendengar satu frasa yang diungkapkan secara berbeza dari cara yang anda ucapkan, tuliskannya dan berlatih.
-
Buat satu senarai hal-hal yang orang mungkin katakan pada hari itu. Rancang dan berlatih cara anda boleh membalas.
Majlis Daerah, Persidangan Zon dan Majlis Kepimpinan Misi
-
Jemput pembicara asli untuk menghadiri salah satu pertemuan ini. Aturkan para misionari untuk mengajar mereka dalam kumpulan kecil. Minta para pembicara asli untuk perhatikan dan memberi maklum balas tentang kebolehan bahasa misionari.
-
Tugaskan satu atau dua orang misionari lebih awal untuk menceritakan tentang kejayaan yang mereka peroleh dalam mengkaji bahasa itu.
-
Tugaskan seorang misionari yang berpengalaman untuk menyampaikan sebahagian bahasa yang biasanya sukar bagi para misionari. Minta dia berikan contoh penggunaan bahasa yang baik, dan minta para misionari berlatih.
-
Minta misionari tempatan yang biasa dengan budaya itu berkongsi pendapat mereka.
Pemimpin Misi dan Penasihat Misi
-
Tekankan kepentingan mengkaji bahasa dengan konsisten setiap hari.
-
Galakkan para misionari untuk menggunakan bahasa misi sebanyak mungkin.
-
Sediakan elemen-elemen rancangan pengkajian bahasa misi dalam jadual pembelajaran yang sistematik. Kaji semula ini dalam mesyuarat majlis daerah.
-
Cari peluang untuk bercakap dengan para misionari dalam bahasa yang mereka pelajari. Temu duga mereka dalam bahasa ini dari semasa ke semasa.
-
Tanyakan para pemimpin dan ahli tempatan tentang idea-idea bagaimana para misionari boleh memperbaiki keupayaan bahasa mereka.
-
Berikan arahan dalam persidangan zon atau majlis kepimpinan misi tentang kesilapan yang biasa para misionari yang mempelajari bahasa misi anda lakukan.
-
Ajarkan para misionari tentang kurnia-kurnia rohani.
-
Perhatikan para misionari apabila mereka mengajar dalam bahasa misi.